Jumaat, 3 Jun 2011

Pusat Karaoke satu Keperluan?

Ini jawapan standard Kerajaan Negeri Kedah yang di Kepalai oleh PAS. Kerajaan yang pada satu masa dulu menghamburkan kata-kata 'Hudud matlamat kami', "Membangun bersama Islam', "Tegakkan negara Islam', 'Jihad' dan pelbagai lagi slogan Islam yang memukau rakyat jelata.

Tetapi itu semua hanya laungan atas pentas. Realitinya mereka hanyalah pembohong agama nombor wahid. Rupa-rupanya Islam hanya alat untuk mereka mendapat kuasa. Selepas dapat kuasa, pusat-pusat maksiat pun sudah tidak boleh dicegah dan dihapuskan. Sebaliknya menjadi KEPERLUAN.

Selepas pendedahan AlogStaq tentang pusat karaoke keluarga yang tumbuh bagai cendawan di Alor Setar sahaja, inilah jawapan bukan islamik yang diberikan oleh exco berkenaan. Itu belum lagi kita ambilkira pusat-pusat hiburan lain yang tumbuh di luar Alor Setar. Sg Petani, Kulim dan beberapa bandar lagi. Hatta di belakang Caltex Tanah Merah pun ada pusat Karaoke Keluarga. Adakah ini dikatakan terkawal?
Adakah ini berdasarkan keperluan?

Untuk penyokong PAS, jika pusat hiburan sebeginipun PAS tidak mampu nak kawal, bagaimana dengan yang lain-lain ... Hudud, negara Islam ....

Nampaknya pengundi telah ditipu ....


Pusat karaoke terkawal

Ditulis oleh Pengarah

Rabu, 01 Jun 2011 15:01 - Terakhir Dikemaskini Khamis, 02 Jun 2011 18:45

Alor Setar, 1 Jun - Kewujudan pusat karaoke di negeri ini masih terkawal di bawah penyeliaan pihak berkuasa tempatan. Ia hanya dibenarkan beroperasi dalam kawasan bandar dan tidak di dalam kampung.

Demikian penjelasan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato' It Phahrolrazi Zawawi mengulas isu pertambahan pusat karaoke di negeri Kedah. "Ia diwujudkan mengikut keperluan, jika terlalu banyak pusat karaoke pun mereka tak boleh hidup jika tiada permintaan," ujarnya.

Beliau tidak nampak keperluan untuk mengharamkan karaoke sepenuhnya kerana setakat ini pihak berkuasa agama tidak pernah mengeluarkan fatwa bahawa ianya haram. Ia berbeza, katanya, dengan pusat hiburan lain yang turut menjual arak.

"Dasar kita mengenai arak dan judi adalah jelas, kita tak membenarkan sama sekali kewujudan premis baru untuk jualan arak dan judi. Begitu juga orang Islam tidak dibenarkan bekerja di premis tersebut," ujarnya.

Beliau memberi jaminan untuk mengawal pusat karaoke melalui penguatkuasaan jika terdapat elemen yang menyalahi peraturan yang terdapat di pusat tersebut. Begitu juga jika wujudnya pusat karaoke haram di kampung-kampung, ianya hendaklah dilaporkan supaya dapat diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

8 comments:

Tanpa Nama berkata...

Ada unsur rasuah kot?

Tanpa Nama berkata...

Apa nak heran. Hukum-hukum bagi PAS mudah saja. Kalau mereka buat apa pun tak pa dan boleh. Kalau orang buat depa kutuk siang malam. Masa orang lain berkuasa benda yang sama depa kutuk siang malam. Bila depa berkuasa depa buat lebih teruk tak pa pulak. Itulah mereka. Agaknya Allah nak tunjuk kat kita semua apa maknanya 'munafik'. Bila depa buat tuduhan macam-macam kat pemimpin UMNO (contohnya Tun M tengok cerita lucah dan macam-macam lagi) tak pulak timbul nakkan 4 saksi. Tapi bila puak depa kena tuduh dengan bukti yang cukup lengkap sibuk pulak tanya 4 saksi. Itulah tahap hipokrasi mereka yang tak boleh disembunyikan lagi.

om berkata...

> cakap len...buat len!!!!
>baru depa tau...dulu depa dok bangkang...la ni depa jadi kjaan...baru tau langit tinggi-rendah!!!
> takkan dok tunggu fatwa dari ulamak kot??? ..kan hampa ada ulamak sendiri....klu mcm tu...baik xpayah jadi pemimpin!!!
> keperluan yg paling utama ialah mewujudkan pusat kiraoke...kah kah kah!!!
> pelaq betui hampa ni...
>aku tobat tak sokong hampa dah!!!
>KEDAH DARUL KIRAOKE???? hehehehe

Ahmad Albab berkata...

bUKAN LAGU TU,
HANGPA KENA TAHU DAN INGAT/
pAS MENANG HARI ITU KERANA DALAM UMNO PUN ADA SABOTAG.aHLI UMNO PUN ADA YG SEDEKAH UNDI KAT PASA.Taka da kena mengena dengan perjuangan Pas pun.Antara yg sabatoj UMNO tu hangpa kenai ke depa la ni.Ada yg jadi ketua bahagian,ketua pemuda,wanita.Kemudian hari ini umno belum lagi elok dan molek.Bergaduh tak henti-henti.Habis sapa nak undi sama umno.Habaklah sama kat dato Bashah dan semua ketua bahagian yg sabotaj umno masa p[ilihanraya dulu.tak kan yg tu pun hangpa tak reti dan paham.hari ini puak-puak ni yg metekedarah elaun penyelaras dun/parlimen dan pakai kereta besak.selagi umno kotok macam daki selama itulah orang sokong pas.Dato bashah hoi hang kena tengok betoi-betoi.Depa kata umno kedah relax tak habis lagi.Buat Juara Rakyat yang mai dalam majlis tu budak tadika je.Belnja 10 ribu.Kalau bagi kat orang miskin pun ada juga pasai.Juara Rakyat tak sampai.Yang kenyang toke khemah,toke catering,toke lembu,toke siaraya,toke lori.Kesan tak dak pun.Menteri mai bersyarah kat budak tadika dengan orang yg mai beli sayuk sambil berjalan.alahai apa nak jadi dgn umno.budak sekolah pun gelak dengan istilah juara rakyat.ahkirnya umno terbalik juga kerana tak reti buat kerja.Kertas kerja cukup elok.Pantau-pantaulah sama jangan bazir duit.Pas menang bukan pasai slogan sejahtera ke ,Islam ke,tak buat kerja.Pas menang pasai dalam umno sendiri tak ikut ajaran Islam.Dato Bashah cepat pebetoi dalam umno.Kalau tidak sia-sia Bapak Najib beri amanah jadi orang No 1 dlm umno kedah.Kalau dok lekeh juga PAS kawan dengan DAP pun depa menang juga.itulah nasib umno dikedah.Pas goyang kaki pun ,menang juga.

Tanpa Nama berkata...

apa masalahnya kalau ada pusat karaoke????nak nyanyi!!! biasala...salahka??? ustaz khazim alias al hafiz dalam setiap ceramahnya mesti selit beberapa buah lagu untuk halwa teliga...aku pun heran dengan orang umno ni...hampa pi jengok tengok dalam karaoke di aloq setaq, ada dak orang yang pakai kopiah puteh dok nayanyi dalam tu..orang UMNOGOK yang paling banyak dok melalak..dalam kepala otak umno ni bila sebut karaoke mesti ada benda tak elok sebab yang dok buat benda tak elok tu orang UMNOngok la..banyak juga yang bawa famili pun nyanyi utk riadah...INILAH TARAF MINDA MANUSIA UMNO YANG NGOK...mcm SOBRI SUDIN...

Mat Kiram

om berkata...

>AKU SOKONG 200% TLISAN MAT KIRAM!!!
> APA SLAHNYE ADE BYK PUSAT KARAOKE KAT aLOQ STAQ DAN TEMPAT2 LAIN KAT KEDAH!!!
> ITU ADALAH KEPERLUAN YG PERLU DIISI( KATA2 DARI IR APA NAMA XTAU)....ITU LAH KEBAJIKAN YG PERLU DIJAGA DAN DISUAP KEPADA RAKYAT YG DAHAGAKAN KEBAJIKAN DARI KEJAAN YG MENGAKU ISLAM!!
> KALAU BUKA KARAOKE ...SEMUA ORG BOLEH PI...KAPIAQ BOLEH P...ORG PAS PI...ORG UMNO PUN P...KLU BUAT SURAU/MASJID...ORG KAPIAQ XLEH P SOLAT( P TAZKIRAH BOLEH KOT???)...LA NI NK JAGA KEBAJIKAN SEMUA....BAIK BGI LESEN BUKA KARAOKE...DUIT CUKAI PUN BOLEH DAPAT TIAP2 TAHUN
> HAK HAMPA BUAT SEMUA BETOI...!!!
> LA NI KAN PAS DAH UBAH... DULU NK DIRIKAN NEGARA ISLAM ...LA NI DAH UBAH... NK BUAT NEGARA KEBAJIKAN PULAK...HEHE

aku menulis bkn kerna nama... berkata...

terimakasih kjaan pas kedah....
kami ank2 muda sangat terhutang budi...kerana kini kami banyak pilihan ...nak masuk mana2 pusat karaoke kat aloq staq
dulu umno/bn xberani lulus byk lesen...sebab takut kat hampa..nanti hampa dok kata umno kapiaq!!
la ni...hampa brani lulus lesen...kerana nak jaga keperluan!!!
keperluan sapa???
ini lah negeri kebajikan yg pas kedah dah laksanakan....rupanya hampa lebih proaktif drp pas pusat???
syabas....wecome 2 walpare state!!

Tanpa Nama berkata...

negara berkebajikan dengan menjaga isteri-isteri orang dan berkhalwat dengan isteri orang dibilik 121..Mat sapu..sapu jangan tak sapu..DIN PUDURAYA..Balun bini orang jangan tak balun..Mahfus, layak ketuai negara badut..ulama fasiq dan ular dalam semak dan hantu raya saja layak sertai PAS..Minta dijauhkan anak-anak kita dari hampiri PAS hampas

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates