Isnin, 13 Jun 2011

Renungan bersama


PAS sudah berubah. Ulama sudah
dibuang ketepi dalam saf kepimpinan

Politik ala Israel atau Gestapo telah meresap
ke dalam PAS. PAS ibarat patung wayang kulit
yang dikawal tok dalang ...

PAS lupa apa yang telah dilakukan Anwar kepada
UMNO dan pemimpin2nya. Yang ikhlas berjuang
akan dihapuskan. Hany ada hanya yang jadi pak angguk
dan perasuah

Begitu hinanya PAS dimata Anwar tapi PAS masih
beriya-iya rapat dengan musuh Islam ini. Hukum agama
hanya untuk orang lain tetapi tidak untuk Anwar
PAS ibarat melukut ditepi gantang.

Sesumpah moden. Seumpah yang boleh bertukar warna
dan wajah dalan sekelip mata. Pelakon terbaik abad ini.
Janji-janji Dajjal yang dibawanya. Janji syurga Dajjal
ditaburnya.

PAS adalah budak suruhan Anwar dalam
mengejar cita-citanya. PAS hanya mainan Anwar.

Sentiasa berjanji. Dan jangan lupa Dajjal akan sentiasa berjanji
demi menghasut manusia memusuhi Allah.
Inilah pembawa janji dajjal

Kita berdoa semoga mereka segera menyedari kesilapan
yang dilakukan

PAS sudah berubah. Islam, Ulama, Hudud,
Negera Islam, pimpinan Ulama sudah tiada.
Yang ada negara Berkebajikan.
NEGARA BERKEBAJIKAN SUDAH DILAKSANAKAN OLEH UMNO DAN BN SUDAH 50 Tahun lebih. Jadi PAS hanya berethorik mengikut citarasa Anwar. Kita tonton video ini dan ambil sedikit pengajaran untuk kita sama fikirkan.



Saya sempat bertanya bersama ustaz Kazim sambil  menjamah makanan ringan mengenai Pas yang mempergunakan agama Islam demi kepentingan politik semata-mata. Betapa jahatnya parti yang bermuka-muka kononnya mereka Islam tetapi semuanya kosong belaka. Begitulah yang berlaku kepada Pas yang mendabik dada kononnya merekalah yang lebih Islam daripada Islam tetapi menjadi hamba sebuah parti kafir laknatullah seperti DAP.

Ustaz Kazim mengupas bagaimana Pas sanggup mempergunakan orang Melayu yang beragama Islam agar berpecahbelah dan menjadi berpuak-puak supaya parti DAP menjadi sebagai sebuah parti majoriti. Semangat Ustaz Kazim terhadap Islam dan dan bangsa Melayu wajar dipuji kerana ia melebihi ulamak Pas yang bercakap hanya retorik politik semata-mata.

Kata Ustaz Kazim, manusia yang paling fasik adalah manusia yang mengelarkana diri orang lain dengan gelaran yang tidak baik termasuk mengelarkan diri orang lain dengan kafir.

Pas hanya memperjuangkan agama bukan dijalan Allah tetapi hanya dengan dendam kesumat terhadap orang Islam lain dan sanggup bersama kafir seperti DAP dan perjuangan ini bukan dikehendaki oleh Allah SWT.

Apabila suasana begini wujud maka usaha untuk mendidik masyarakat menjadi orang Islam beriman akan gagal kerana intisari dalam ceramah Pas lebih mirip kepada kutukan dan ejekan. Sikap mengutuk dan mempersendakan individu-individu dan golongan tertentu menjadi lumrah kepada kebanyakan penceramah agama di dunia Islam masa kini.

"Seseorang meminta Rasulullah SAW supaya baginda mendoakan orang musyrik mendapat bala bencana. Baginda menjawab, "Aku bukan diutus menjadi tukang laknat tetapi untuk menjadi rahmat." - Namun PAS lakukan sebaliknya

Sabda baginda ini sepatutnya dijadikan panduan kepada pendakwah Islam. Pendakwah sepatutnya memahami realiti kehidupan masyarakat di sekeliling mereka dan menggunakan akal yang rasional dalam merancang program dan pendekatan dakwah kepada masyarakat. 

Jika masyarakat jahil tentang agama Islam pendakwah sepatutnya menumpukan perhatian kepada aspek yang boleh memperkukuhkan akidah Islam dan mengajar serta menggalakkan mereka mengamalkan perkara-perkara berkaitan dengan fardu ain terlebih dahulu daripada membicarakan perkara-perkara yang menyukarkan akal fikiran masyarakat dan menyebabkan mereka merasai betapa sukarnya menjadi umat Islam.-sebab itulah PAS gagal dalam kerja dakwahnya dan hanya berjaya mengejar kehendak duniawi saja.

Sikap gemar mengejek dan merendahkan keperibadian orang lain bukan merupakan ciri-ciri pendakwah yang berwibawa. -Ini hobi tetap Ostad PAS. Rasulullah SAW menyeru pendakwah Islam supaya memahami kecapaian akal fikiran manusia ketika berdakwah. Sikap radikal dan 'ujub (merasai diri terlalu warak dan beriman) bukan merupakan sifat pendakwah Islam. Kuliah subuh sepatutnya digunakan untuk menerapkan ilmu wahyu dalam hati nurani masyarakat bukan menghemburkan cacian dan cercaan kepada orang yang tidak bersefahaman dengan ideologi politik.

Pendakwah Islam sepatutnya menjadi orang yang paling sabar menghadapi kerenah masyarakat kerana peranan mereka ialah mendorong masyarakat ke arah syurga. - Adakah Ostd PAS seorang penyabar?Jika hati nurani pendakwah dilatih menjadi orang yang sabar dan mempunyai azam yang kuat untuk mendorong masyarakat ke arah kebahagiaan hakiki iaitu memasuki syurga, mereka tidak akan menghina dan mempersendakan orang yang jahil agama.

Sikap gemar mengejek dan merendahkan keperibadian orang lain bukan merupakan ciri-ciri pendakwah yang berwibawa. Realiti yang wujud masa kini ialah terdapat pendakwah Islam kurang perihatin terhadap akhlak Islam dalam penyampaian ilmu wahyu. Sentimen politik lebih mempengaruhi pemikiran mereka ketika menyampaikan ilmu wahyu. Sepatutnya penceramah memahami bahawa orang yang hadir dalam majlis ilmu wahyu ialah orang yang mengharapkan panduan dan didikan agama bukan kutukan dan cercaan. Sedangkan mencerca orang musyrik pun dilarang oleh Rasulullah SAW.

Perkara ini dijelaskan oleh Abu Hurairah r.a. dengan katanya, "Seseorang meminta Rasulullah SAW supaya baginda mendoakan orang musyrik mendapat bala bencana. Baginda menjawab, "Aku bukan diutus menjadi tukang laknat tetapi untuk menjadi rahmat." Sabda baginda ini sepatutnya dijadikan panduan kepada pendakwah Islam.

Fikirkanlah sendiri...Anda lebih bijak mengetahui, yang mana kaca dan yang mana permata. PAS hanya mempergunakan Islam demi politik duniawi tanpa sedar yang mereka sebenarnya tangan-tangan yang memburukkan Islam itu sendiri.

Segala baik dan buruk politik mereka diterjemah dalam Islam kononnya mereka benar maksum tanpa melakukan sebarang salah dan dosa. Demi politik dunia, mereka sanggup menggunakan Islam sebagai alat untuk memegang kuasa dunia dan harta benda rakyat.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Apa nak di hairankan....PAS ditubuhkan dahulu hanya sebagai lawan kepada UMNO, bukan untuk tujuan lain..dari dulu lagi kebanyakan pemimpin yg memimpin PAS adalah mereka yang tidak berpuas hati dengan kepemimpinan UMNO semata-mata.

Laungan UMNO tidak Islamik, PAS lebih Islamik hanya untuk menarik perhatian umat Islam agar menyokong dan memberi kuasa kepada PAS untuk mereka menguburkan UMNO.

PAS ditubuhkan atas dasar dendam dan niat yang tidak betul..hanya untuk menghancurkan UMNO - Saudara seIslam mereka..

Laungan penubuhan Negara Islam dan Hukum Hudud ala PAS hanya sebagai kosmetik untuk menarik perhatian Umat ISlam dinegara ini namun perjuangan menegakan Islam langsung tidak terlaksana...

PAS menjulang slogan Membangun Bersama Islam, namun apa yang terjadi di Kelantan setelah 20 tahun PAS memerintah negeri itu masih mundur bukan kerana tiada bantuan kerajaan pusat tetapi akibat ketidakcekapan pentadbiran PAS yang kononnya mengikut Islam...Isle ala PAS adalah..

Jika benar PAS memerintah mengikut sistem Islam dengan betul tidak mungkin terjadinya penyelewengan, salah guna kuasa, nepotisme, kronisme dalam pentadbirannya..

Kini ALLAH s.w.t membuka satu2 wajah pemimpin PAS yg ada kini yg mana mereka lebih cenderung berkawan dan bekerjasama dengan kafir harbi (DAP).

Apa makna semuanya ini? Jika perjuangan PAS hanya untuk berkuasa dan menggantikan UMNO (kononnya) jadi laungan berkaitan Islam adalah retorik selama puluhan tahun semata-mata.

Bayangkan bertapa hancurnya hati para penyokong mereka (klu yang benar12 ikhlas sokong sebb Islam la) yg mengharapkan penubuhan Negara Islam oleh PAS kononya, walhal ia hanyalah retorik mereka untuk berkuasa.

Jadi siapa PAS sebenarnya? Apakha dasar PAS yg sebenarnya?? Jelas PAS x lebih hanyalah sebuah parti yg mengaku mereka lebih Islamik daripada umat Islam yg lain hanya kerana mahukan undi...

Taubat lah PAS...kini golongan Ulama' dan pemimpin Islam yang ikhlas menyertai PAS kononnya merasakan PAS menyediakan platform menegakkan undang2 dan negara Islam akhirnya tertipu..bukan sahaja ditikam dari belakang malah mereka (golongan ulama') telah dicampakkan ke dalam 'tong sampah' apa bila ada pemimpin PAS (Anwarinas) yg merasakan perjuangan menegakkan Dauliah Islamiah tidak lagi relevan bagi mereka untuk merampas Putrajaya daripada UMNO/BN.

Jelas perjuangan PAS bukan untuk menegakkan Dauliah Islamiah tetapi semata-mata untuk berkuasa memerintah negara dengan melakukan apa jua cara. Jika dulu mereka menjual Islam ala PAS, bila tidak laris lagi kini mereka campakkan sahaja produk tersebut.

Setelah berlakukanya berbagai kerosakan dan pepecahan dalam saf jemaah umat Islam di negara ini dan tidak kurang juga berlakunya kematian (kejadian memali) akibat laungan negara Islam ala PAS kini mereka tanpa rasa bersalah menukar haluan, slogan, perjuangan semudah memetk jari dan memejamkan mata...

Sedangkan pejuangan menegakkan negara Islam telah diperjuangkan selama hampir 30 tahun...adakah sekarang mereka merasakan perjuangan menegakan Islam itu sudah tidak relevan untuk parti PAS? Jadi apa dasarnya PAS ditubuhkan??

Mudahnya, PAS kini tidak lagi relevan untuk memastikan Umat Islam semakin dihormati dan menyatu padukan umat Islam dinegara ini..PAS tidak lagi relevan untuk Umat Islam dan Melayu khususnya dinegara ini...Wallahualam..

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates