Selasa, 28 Jun 2011

Siapakah yang sesat?

Video di bawah Kedah Times petik untuk tatapan semua. Terutama penyokong-penyokong PAS Kedah yang mempertahankan Nik Aziz serta menampal gambar Nik Aziz di kereta-kereta mereka. Ini kerana mereka terlalu taksub dengan Nik Aziz sehingga buta berfikir apa sebenarnya yang dibawa oleh Nik Aziz.

Kalau kita belajar mengenal Allah dengan sifat-sifat 20 Nya, maka tidak akan tergamak untuk kita mengeluarkan kata-kata seperti yang Nik Aziz kata tentang Nabi Muhammad. Allah dengan sifat-sifatNya yang tidak sama sekali sama dengan sifat Makhluk, sudah tahu dari azali lagi bahawa Muhammad adalah bakal Rasul pilihanNya. Nabi Muhammad sejak dilahirkan sudah menunjukkan ciri-ciri kerasullannya. Bukan seperti kata Nik Aziz yang Nabi Muhammad hanya serupa Mamat budak kampung.

Allah dengan sifat Ilmu Nya, PekehendakNya serta PekuasaNya, sudah tentu menjadikan Nabi kita Muhammad SAW seorang yang istimewa. Bukan setelah dijadikan manusia, baru Allah tengok dalam ramai-ramai tu siapa dia nak pilih seperti kata Nik Aziz. 
Ini sudah sah satu penghinaan terhadap Nabi kita yang diajar oleh Nik Aziz. Apakah hukuman orang menghina Nabi? Minta penyokong PAS Kedah jawab.

Kepada mereka yang kasihan kepada sahabat-sahabat kita yang masih memuja PAS dan Nik Aziz, tunjukkan lah video ini. Apakah kita berhak menjentik telinga Nik Aziz? Apakah kita berhak menampar muka Nik Aziz?

Semuga penyokong-penyokong PAS insaf dan kembali kepangkal jalan.

Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk mengedarkan video ini kepada sahabat-sahabat kita dalam PAS. Mereka ditipu dan ilmu agama mereka sisesatkan oleh Nik Aziz dek kerana hanya nak memberitahu bahawa Nabi Muhammad hanya manusia biasa pada awalnya dan dengan itu Maulidur Rasul tak perlu disambut.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates