Khamis, 2 Jun 2011

SINDROM MATI PUCUK...!!!!


Sobri Sudin

1. Hakikatnya UMNO bertanding kerusi majoriti di Kedah antara 26-28 kerusi. Jika dibuat simple calculation sekalipun jika kesemua kerusi yang ditandingi UMNO menang, bermakna UMNO tidak perlukan komponen MCA, GERAKAN dan MIC bagi membentuk kerajaan.

2. Tapi seperti lazimnya, UMNO yang hati budinya penuh kemelayuan sentiasa bertolak ansur dan sering beralah atas nama 'kongsi kuasa'.. Sebab itu dalam tradisi terdahulu, kuota EXCO kerajaan BN di Kedah diberikan 1 untuk MCA, 1 untuk MIC dan 1 untuk Gerakan.

3. Namun, realiti dan tren pengundian yang mengikut garis perkauman bakal menjadikan parti komponen BN akan diserang sindrom mati pucuk.

4. Mereka berkemungkinan hanya boleh menang dikerusi yang majoritinya Melayu melebihi 55% seperti di kerusi DUN Derga. Namun jika percaturan meletakkan calon masih lagi mahu berasaskan kuota parti komponen, maka peluang bagi BN untuk menang dikerusi yang ditandingi amat tipis. Misalnya, apa kejadah kerusi Parlimen Alor Setar dan Padang Serai yang pengundi Melayu melebihi 60% diberikan kuota untuk MCA?????

5. Dalam kebanyakkan hal, gerakerja kempen sama ada dikawasan yang ditandingi calon UMNO, MCA, MIC atau GERAKAN, selalunya jentera UMNOlah yang bertungkus lumus dan separuh mati dikerjakan parti lawan.

6. Kita sendiri tidak faham kenapa jentera parti komponen lain seakan 'hidup segan mati tak mahu', kurang bertenaga, kurang idea dan kurang kerjasama...

7. Membuktikan 'burden ' menggalas gerakerja kempen diletakkan sepenuhnya dibahu UMNO.. Tanpa bantuan dan komitmen menyeluruh kesan kecerdikan pimpinan komponen yang lebih gemar mengkritik dasar kerajaan yang mereka wakili dan agak sepi pula untuk mengkritik saingan mereka seperti DAP, telah lagi PAS dan PKR..


8. Maka berdasarkan senario ini masih perlukah kerusi-kerusi DUN ataupun Parlimen terus diberikan pada komponen BN untuk ditandingi? Walhal kita sedar, mereka ini tidak mampu memberikan kemenangan dan dalam masa yang sama, jentera UMNO perlu senantiasa menjadi balaci mereka dan akhirnya usaha keras tersebut tidak pula mahu dihargai oleh rakan komponen tadi.

9. Apa kata dalam konteks Kedah, kita rehatkan sebentar peranan komponen parti ini, biar mereka pula mengembleng tenaga gerakerja pilihanraya, bukannya bertumpu sebagai calon. Justifikasinya, kerana fokus adalah menawan kembali Kedah.

10. Biarlah dengan sasaran minima walau menang 19 atau 20 kerusi DUN sekalipun. Yang penting kuasa pemerintahan kerajaan Kedah dapat dikembalikan kepada BN.. Remember.. We cannot afford to lose again!!!!!

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

aku rasa nak kata BN menang di Kedah pd PRU 13 nanti umpama mimpi disiang hari,aku umno tulin bukan pembangkang,contoh aku bagi kuala kedah mengikut perkembangan terkini Pas 3 Bn 1 yg aktif sekarang hanya Datok Mutalib yg lain lena, kaum cina payah nak bagi undi kecuali kalau Datok Yusuf nayan bertanding BN kuala kedah ada sinar harapan untuk kembali kepangkuan BN.

Bingai @ Bangang berkata...

Dulu aku dah cakap. tempat majoriti orang Melayu biar UMNO saja bertanding. Kalau tak ada wakil Cina atau India yang menang, lantik jer senator di kalangan mereka. Bukan masaalah UMNO tamak kerusi tapi yang menterjemahkan keputusan pilihanraya ialah MENANG!

AnaQarbana berkata...

Pucuk pimpinan ataupun BN masih keliru dengan format agihan kerusi dalm Komponen BN. Kadangkala cara agihan di buat nampak macam kebudak-budakan yang merugikan UMNO..kenapa...seperti di Parlimen P17 Padang Serai, N-34 Lunas, majoriti pengundinya Melayu...tang ni UMNO bengong sanggup gadai haknya semata-mata nak jaga hati MCA dan MIC....selama ni adakah MCA dan MIC dok jaga hati UMNO...apa sumbangan dua parti bukan Melayu ni sumbang untuk menangkan calon depa dalam pilihan raya...lihat beberapa siri PRK kebelakangan ini...di mana pengundi bukan melayu ramai....DM itu akan di menangi calon pembangkang...takkanlah UMNO masih nak guna pakai format lama yang di perkenalkan sejak tahun 1970an...suasana dan perkembangan serta landskap politik telah berubah...agihan kerusi jyga perlu di buat mengikut perkembangan semasa..di Pdg Serai...kalau format lama masih diguna paki...BN akan kalah..pengundi Cina tidak akan bagi undi kepada calon BN walaupun, calon BN bukan Melayu....ini kerana pengundi bukan Melayu telah berubah sikap...mereka mengundi bukan kerana calon...tetapi kerana parti bangsa ultra kiasau....oleh itu jangan terlalu mengharapkan kerjasama dari jentera pilihanraya MCA, MIC, PGRM dan PPP...mereka hanya main wayang tongkol untuk dapatkan peruntukan.....

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa senario ini bukan setakat dalam BN yang jadi isu. Sebenarnya isu ini juga memeningkan kepala pembangkang. Seorang sahabat dari pembangkang juga amat bimbang dengan senario ini. Mereka juga tidak begitu yakin untuk pertahankan Kedah kerana katanya jika undi Melayu dan India beralih kepada BN pasti mereka tumbang walaupun mereka peroleh solid undi cina. Itu saja. Akhirnya nanti, siapakah calon yang diketengahkan akan menjadi pertimbangan pengundi. Undi cina pun bukannya mereka yakin sangat akan pasti pergi kepada pembangkang kerana mengenangkan apa yang terjadi dalam PRU 1999. Itulah info yang saya dapat.

Manika Varagam berkata...

Cerita Padang Serai lagi:

Cuba periksa betul-betul.Siapa kata undi Melayu di Padang Serai 60%.Tak betol tu.Sdr Sobri sebelum menulis buatlah kajian bagi tepat.Sebenarnya tak sampai pun 60%.Padang Serai aku nampak bukan lagi selamat untuk BN.Sebabnya UMNO pun sakit perut cirit birit.MCA pula masih leka dengan wayang cina pun sakit perut.Gerakan nampak macam dah pitam.MIC pula mabuk sireh dan pinang.Senario ini marca merba ini amat bahaya.Krisis UMNO Padang Serai bukan membuatkan mati pucuk.Telok yang ada luruh jatuh atas tanah.Isu Ketua Bahagaian Padang Serai punca segalanya.Kemudian ditambah pula rakan kongsi BN yang ada masaalah.Apa pun faktor calon yg baik dan dikenali ramai serta rekod peribadi yg baik memungkin apa sahaja.Tapi itu bukan jaminan yg meyakinkan.BN padang serai turut rosak binasa kerana pemimpin UMNO Padang Serai macam tongkang pecah tunggu masa dan waktu nak karam sahaja.MCA,MIC dan Gerakan tak boleh buat apa-apa kalau induk iaiitu UMNO pun ada kudis buta.Itu senario di Padang Serai.Bukan mati pucuk lagi.Dah lebih dari itu.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates