Rabu, 15 Jun 2011

TROJAN HORSE Dalam UMNO

Ini Kedah Times Petik dari Blog Apa Aku Peduli. Mungkin ini sebagai satu ingatan yang baik kepada pemimpin atasan UMNO supaya berhati-hati dalam memilih WINNABLE CANDIDATE pada PRU13 nanti. Bukan apa, kita lihat ada ketua-ketua bahagian yang kalau di beri peluang untuk memilih perasmi mesyuarat, mereka ada tendency untuk panggil ANWAR IBRAHIM atau kuncu-kuncunya.

Tubuh badan sayang untuk meninggalkan UMNO tetapi jiwaraga masih di arah kepada Anwar Ibrahim. Maklumlah, sumber kekayaan berada kepada Anwar yang dibantu oleh pihak Anti Islam seluruh dunia. Anwar tidak pernah risau tentang duit. Petik jari, duit datang.

Inilah ajaran Anwar semasa dalam UMNO dulu, semuanya adalah duit dan diajar kepada pemimpin-pemimpin UMNO pada masa itu dan kini mereka masih berada dalam UMNO memimpin.

Anwar memang Dajjal dan dia akan sentiasa menjadi Dajjal. Kini PAS sudah menjadi hamba terbaru Anwar Dajjal. Kita bakal melihat keruntuhan PAS ....


Manusia keji bernama Anwar Ibrahim ini adalah manusia amat bijak lagi licik dalam mengatur strategi untuk merampas Putrajaya.Lantas jangan kita memandang enteng kemampuan dia untuk membuat kejutan di PRU13 nanti.Manusia yang dibantai siang dan malam selama 13tahun dan masih tetap berpengaruh ini tidak mustahil jelmaan pengikut Dajal yang bertubuhkan manusia kalau boleh aku berandaian.

Lantas jika tersilap perhitungan,tersalah membaca langkahnya kita pasti kecundang dengan permainan politik makhluk ini.Apa yang kita lihat hari ini tentang Anwar adalah apa yang dia ingin kita lihat dan percaya tentang dirinya.Jika itulah yang di inginkan nya,adakah apa yang kita lihat tentang dia itu realiti yang sebenarnya?

Disinilah kehebatan manusia 'pesuruh Dajal' ini dalam merencanakan agenda sulitnya.Melihat Anwar mesti melihat dengan 'mata hati',jika sekadar mengharapkan 'mata kasar' pasti kita semua akan tertipu akhirnya.

Pada aku apa jua 'permainan' Anwar sejak dilucutkan jawatan oleh Tun Mahathir sekadar 'decoy' untuk menggabui mata rakyat,sedangkan 'permainan sebenar' masih belum berakhir.Benih benih yang ditanam Anwar didalam sistem kerajaan dan politik negara sejak dipungut Tun Mahathir dari ABIM kini mula mengembang dan akan kembang sepenuhnya selepas PRU13 nanti.

Apa yang aku maksudkan ialah 'musuh ghaib' yang kini telah mengembang biak didalam sistem pemerintahan Kerajaan Pusat serta dikalangan pemimpin pemimpin Umno hari ini.Inilah manusia manusia belaan Anwar Ibrahim yang kalau tidak diperhatikan dengan teliti dan serious akan memakan Umno dari dalam dan akhirnya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

Hari ini kita dihidangkan dengan berbagai ragam para pemimpin Pakatan Rakyat supaya kita semua leka menjawap itu dan ini,menepis sana dan sini,sedangkan itu semua hanya sekadar 'lakonan' guna membuatkan pemimpin Umno/BN leka dan sibuk.Sedangkan 'agenda besar' mereka yang sebenar diatur dari dalam secara halus dan teratur.Bila tiba masanya nanti kedua dua 'elemen luar dan dalam' ini akan disatukan guna menjatuhkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional.

Cuba anda semua imbas kembali tentang 16hb September 2008 bila Anwar begitu yakin akan merampas Putrajaya.Atas keyakinan apa rasanya ianya disandarkan waktu itu?Pastinya angka 30 ahli Parlimen yang dikatakan akan melompat itu sekurang kurangnya mengandungi 70% 'orang orang belaan' Anwar.Hanya ketidakpastian angka 30% yang akhirnya menyelamatkan Putrajaya dari dirampas waktu itu untuk satu 'simple majority' kepada PR.

Apakah kita semua rasa Anwar tidak belajar dari kesilapan 16 Sept itu?Pastinya untuk PRU13 nanti Anwar akan lebih bersedia dan melakukan nya dengan lebih teliti lagi.Pastinya kelak ianya tidak akan diwawarkan sapertimana yang dilakukan nya pada 2008.Tau tau BN tumbang kalau gagal mencapai majoriti 2/3 kali ini.Inilah bahayanya manusia bernama Anwar ini.

Jadi dikesempatan yang ada ini aku ingin menyeru kepada semua ahli Umno lebih lebih lagi yang duduk didalam kepimpinan tertinggi agar lebih fokus dan lebih peka dengan permainan makhluk jelmaan ini.Jangan terlalu terbawa dengan 'faktor luaran' mainan mereka sehingga terlupa 'faktor dalaman' yang senantiasa mengintai peluang yang ada untuk membinasakan Umno dari dalam.

Fikirkan kenapa Anwar yang punya harta yang dianggarkan ratusan juta kalau pun tidak ribuan juta masih kekal didalam negeri menghadapi tuduhan Sodomi II dan terbaru isu video seksnya dan tidak melarikan diri keluar negara?

Semestinya ada keyakinan yang amat tinggi dipihaknya yang dia akan bebas dari semua salahlaku ini.Bukan keyakinan akan dibebaskan oleh makamah tapi lebih kepada keyakinan yang dia akan dibebaskan bilamana Pakatan Rakyat merampas Putrajaya.Atas 'keyakinan' apa semua ini disandarkan?Kerana kalau melihat prestasi Pakatan Rakyat sejak menang 2008 sangat tidak meyakinkan untuk pengundi kembali memangkah kertas undi mereka untuk Pakatan Rakyat.

Tapi saperti yang aku katakan awal tadi 'senjata sulit' dalaman inilah yang menjadi sandaran nya kali ini.Lantas Umno disemua peringkat harus berhati hati dalam memilih calun calun untuk PRU13 akan datang.Dalam kita memperkatakan tentang "WINABLE CANDIDATE",pastikan kita tidak memilih "ANWAR'S WINABLE CANDIDATES".

Fikir fikirkanlah.....

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates