Isnin, 13 Jun 2011

Unit Tempur Siber


Ini Kedah Times petik dari Berita Harian. VP UMNO yang kata, bukan Kedah Times atau sesapa yang kata. Jika seorang VP UMNO boleh kata sedemikian, maka orang yang lead unit berkenaan patut sedar diri. Ini di peringkat Pusat.

Di peringkat Negeri Kedah pun kena sedar juga. Dulu hebat dengan latihan untuk blogger dan cybertrooper. Tapi itu hanya program latihan sahaja. Dimana tindakan follow upnya. Sapa yang patut lakukannya?

Seperti kata Mummy Rokiah, kalau ada habuan sudah tentu kelihatan hebat tindakannya dan mungkin ramai akan turun naik bangunan UMNO kerana katanya nak bantu.

BENTONG: UMNO perlu mewujudkan "unit tempur siber" yang lebih bersistematik dan mantap bagi menangani isu yang dibangkitkan pembangkang dalam alam siber. 

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata unit tempur siber parti ketika ini dilihat tidak memberikan perincian serta penghayatan pada sesuatu isu sehingga gagal menyampaikan maklumat kepada kumpulan sasar.

Malah, katanya, unit berkenaan juga selalu kalah dalam menjawab isu yang dibangkitkan pembangkang dalam media baru itu.


"Berbanding pembangkang, mereka (unit siber) dikumpulkan dan mengupas isu mengikut tafsiran masing-masing yang kebanyakannya menjurus ke arah membelasah kerajaan. 

"Padahal kita ada kumpulan yang lebih besar tetapi mungkin satu unit tempur siber yang bersistematik perlu diwujudkan bagi membalas segala serangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Bentong di sini, hari ini. 

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, yang juga Ketua UMNO bahagian itu. 
Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, maklumat yang tepat dan jelas, penting bagi menarik masyarakat khususnya golongan muda dan pengundi atas 
pagar daripada terjebak dalam dakyah pembangkang. 

Terdahulu dalam ucapannya, beliau turut meminta semua ahli UMNO memainkan 
peranan dalam memberikan penerangan mengenai dasar kerajaan dan tidak hanya berharap ia dilakukan oleh pemimpin mereka. - BERNAMA 

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates