Jumaat, 10 Jun 2011

The winner is . . .


Mari kita semua baca dan fikir siapa sebenarnya yang menjadi pemenang. Mungkin kata-kata Tun DRM in ada kebenarannya.

Dulu karpal Singh kata 'jika nak negara Islam, langkah mayat dia dahulu'. Ini bermaksud yang Negara Islam hanya boleh diwujudkan hanya selepas dia menjadi mayat.

Tetapi belumpun dia menjadi mayat, sudah ada orang besar PAS mencabar sesiapa yang berani menyerang Karpal. Langkah mayat dia dulu sebelum menyerang atau mendekati karpal.

Ini sudah hebat! Tak perlu Karpal menjadi mayat kerana sudah ada orang PAS yang sanggup mati untuk dia.

Maksud tersirat ialah PAS sudah kalah dalam medan peperangan. Sudah hampir menyerah kepada DAP dalam memperjuangkan sebuah negara Islam.

Mungkin PAS tidak perlu lagi perjuang sebuah negara Islam kerana UMNO sudah lebih dahulu mengisytiharkan yang Malaysia adalah sebuah negara Islam.

Dan yang sahnya PAS sudah dikalahkan dengan TKO oleh DAP. Ini kerana PAS sudah dikuasai oleh mereka yang hanya pandai berkata-kata dan tidak lagi dari kalangan ulama-ulama.

Benarlah yang satu hari nanti PAS akan dibubar dan diserap ke dalam DAP kerana sudah tidak mampu lagi berdiri atas perjuangan sendiri sebaliknya lebih bercorak perjuangan DAP.

Tunggu apa lagi penyokong PAS .... tunggu PAS jadi DAP?


1. Dalam pertandingan tentu ada yang menang dan yang kalah. Pertandingan jarang menghasil keputusan "Menang Menang", dengan semua yang bertanding berjaya. Demikianlah juga Muktamar PAS yang baru lepas - terdapat yang menang dan yang kalah. 

2. Katanya yang kalah ialah puak ulama. Yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Anwar. Syabas.

3. Tetapi yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS langkah mayatnya. Belum pun ia mati PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan. 

4. Tidak ada banyak laporan berkenaan perbincangan atau perbahasan berkenaan dengan pengenepian asas penubuhan parti PAS - iaitu mendiri negara Islam. Dengan begitu mudah asas ini digugurkan.

5. Kenapa? Kerana ingin menghalalkan kerjasama DAP, khusus Karpal. Lebih tepat lagi ialah kerana PAS tidak sanggup berhujah dengan Karpal Singh.

6. Syabas dan tahniah kepada Karpal. Akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya. 

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Masyarakat melayu hilang pertimbangan dan hilang daya pemikiran kiranya setiap perbuatan serta perkara asal saja atas nama islam walaupun agenda sebenarnya untuk jatuhkan islam itu sendiri. Hakikat dan bukti yang nyata sebagai ungakapan Karpal singh. Kini Karpal Singh dan Lim Kit Siang terbahak2 ketawa atas kejayaan mereka keatas pelakon PAS selama ini yang banhyak bersendiwa seperti tayangan wayang kulit untuk menghiburkan melayu islam yang terlalu ekstrim.

DAP kini amat selesa kerana gendang penentangan agenda islam kini sebenarnya diterajui oleh PAS yang dahulu bermatian mahu tegakkan syiar islam. Mungkin kerana kuasa dan mahukan jalan selamat Nahkoda PAS Hadi Awang mengalighkan bahteranya 360 darjah melawan arus sebagai jalan selamat untuk menakluki takhta walaupun sebenarnya menghancurkan PAS jangka waktu tertentu.

DAP kini hanyalah pengarah dan PAS sebagai pelaku yang melaksanakan tugas DAP secara tanpa sedari. PAS terlalu bersendiwara dan banyak mencemarkan hukum hakam Allah terutamanya Hudu sebagaimana peristiswa Mat Sabu. Hukum hudud bagi mereka seolah2 barang mainan dan barang jual beli. Meraka bermain maruah agama dan sedangkan mereka lupa bahawa BN (UMNO) telahpun melaksanakan kerja2 kebaijikan semenjak sebelum dan selepas merdeka hingga kini dan seterusnya.

Daripada negara Pertanian Malaysia bertukar kepada Negara Industri dan pertanian serta dicemburui oleh negara jiran dan zionis khasnya. PAS seolah2 mahu membalas dendam walaupun apa cara sekalipun bagi kepentingan pemimpin tertentu mereka. Mereka hilang pertimbangan diri dan dihanyut mainan emosi pemimpin atasan mereka dan akhirnya ahli2 PAS dijadikan bahan lawakan serta boneka untuk memuaskan hawa nafsu tangan ghaib tertentu .

Sampai bila PAS harus befrlakon bersendiwara untuk menghiburkan hati dan membohongi hakikat sebenar?

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates