Rabu, 13 Julai 2011

Adegan Keterlaluan

Isu kematian Burhanudin semasa perarakan BERSIH dimainkan dengan hebat sekali oleh pihak pembangkang. Ianya dimainkan dengan menonjolkan POLIS sebagai pihak yang bersalah dan kalau boleh mereka bakal menggunakan perkataan PEMBUNUHAN oleh pihak Polis ke atas arwah Burhanudin.

Dan arwah Burhanudin bakal dilabel dengan pelbagai panggilan yang bakal menonjolkan beliau sebagai seorang Pejuang, mangsa kejahatan Polis dan mungkin satu hari kita akan dengar perkataan syahid bakal keluar dari mulut pemimpin-pemimpin PAS dan PKR.

Blog-blog Pro PR telah mainkan isu kematian ini dengan begitu hebat seolah-olah UMNO adalah dalang utama dalam kematian Allayarham Burhanudin. Polis adalah alat kepada kekejaman UMNO. Inilah yang sedang dilakukan mereka.
Terbaru lakonan khas dibuat semasa perarakan yang di ARAHkan oleh Topeng Perak & Unmasked dan watak utama ialah Suhardi Mohd dan Rozan Azean mat telah dibongkar oleh Polis dan PAPAGOMO dalam blognya di sini.

Pemergian Allahyarham Burhanudin adalah bonus kepada Topeng Perak dalam menjalankan agenda pembohongan beliau tersebut. Jika beliau seorang PENGARAH FILEM sebenar, maka kematian ini bakal membawa keuntungan besar sebagai promosi filem tersebut.
Tetapi Allah Maha Mengetahui, kejahatan dan sikap buruk penyokong PR ini ditonjolkan sebelum mereka sempat mempropagandakan ke seluruhan isu.

Inilah perangai YAHUDI penyokong-penyokong PR ini dan kini PAS telah tumpang sekaki dalam melakukan kerja-kerja yang dicipta oleh Yahudi.

Kepada penyokong-penyokong PR yang tegar, marilah kita berfikir dan cuba berisytifar banyak-banyak supaya kita mendapat hidayahNya agar tidak terlibat dengan perkara-perkara sebegini. 

Menjatuhkan pemerintahan Islam secara jalanan dan pembohongan adalah dilarang Allah SWT.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates