Rabu, 27 Julai 2011

Air Bertempur Dengan Electric, Mana Yang Akan Kecundang


SADA Lagii...

1. Pertempuran Air dengan Electric akan berlangsung di Kedah dalam beberapa hari lagi. Pertempuran ini tidak dapat dielakkan lagi akibat dari keputusan tonggang terbalik Kerajaan Negeri Kedah dan Air Kedah yang lebih dikenali sebagai SADA.

2. Tidak habis dengan menganiaya rakyat dengan kenaikan harga dua kali ganda atau 100% kepada golongan pengguna paling kecil dan penganugerahan kontrak bacaan meter pada harga RM1.20 satu unit yang berjumlah setengah juta RM setiap bulan, kini SADA berdolak dalik pula dengan pelabur yang memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Kedah.

3. Setelah isu harga air tidak dapat diselesaikan, dan dengan sikap flip flop YB Ir Amiruddin tentang harga air, kemelut harga air antara SADA dan Fuji Electric di Taman Industri Teknlogi Tinggi Kulim semakin meruncing.

4. SADA dikatakan akan memotong bekalan air kepada Fuji Elektric dalam masa terdekat sekiranya Fuji Electric tidak menjelaskan Bil. Sementara Fuji pula berkeras tidak mahu membayar bil pada harga baru yang lebih tinggi kerana janji Kerajaan Kedah berlainan daripada apa yang dibilkan oleh SADA.

5. Sekiranya Fuji Electric terus berdegil tidak membayar bil, SADA perlu memotong bekalan air kerana mana mungkin bekalan rakyat yang tertunggak sedikit dipotong, sedangkan Syarikat besar dibiarkan.

6. Jika SADA memotong bekalan air, isu ini akan jadi pukulan hebat kepada pelaburan di Taman Teknologi Tinggi Kulim dan bakal mencacatkan segala peluang pelaburan baru, apatah lagi dalam keadaan jumlah pelaburan baru yang semakin menyusut hari demi hari.

7. Dalam pertempuran ini, cuba teka siapakah yang akan kecundang? Apakah SADA atau Fuji Electric?

8. Jawapannya bukan SADA dan bukan juga Fuji Electric, tetapi rakyat Kedah yang dahagakan peluang pekerjaan.

9. Ada kedengaran di kedai kopi yang mengatakan SADA tu maknanya Subscribe Air Dapat Angin. hehe

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

PAS do kata UMNgOk, last2 depa la yang jadi ngok la ni, jilat balik ludah hampa la PAS. Ir Amiruddin, Ir Hj Sobr, semua tak tau buat kerja, sembang saja lebih. Ir Amirudin pi Sudan cari black money, Ir Sobri pi KL cari black lover (kekasih gelap). Kes SADA depa akan blame kat UMNO last2. Pecayalah cakap aku

Mami Merbok berkata...

SADA mmg kejam...dah la tarif ayaq melambung..time nk bayaq kena ikot depa..smpaikan mk cik nk bayaq tp tidak menepati byarn yg di tetpkn/dh bg tau bawak $ byk tu ja..depa x mau layan.apa salah..dr x byq lansung,terima ja la mana yg rakyat mampu..ni depa surh makcik balek dan mai lain, bwk $ cukup dgn kehendak depa..bukan kah ZALIM nama nya???

Tanpa Nama berkata...

SADA X KAN MAJU SELAGI GOLONGAN KCS YANG MENERAJUI...KEGALALAN NEGERI KEDAH ADALAH HASIL DARIPADA KEBODOHAN KCS MENTADBIR KEDAH...SUDAH2 LA...SERAHKAN SADA KEPADA GOLONGAN TEKNIKAL YG SEPATUTNYA...MEREKA LBIH CERDIK DARI KCS KEDAH DAN D.O - D.O PENCEN

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates