Ahad, 3 Julai 2011

Aktivis ka PEROSAK

Kedah Times amat bersetuju dengan tindakan Polis Kedah. Lagipun Kerajaan negeri dah bagitau sesiapa dari penyokong PAS jika ditanggap kerana menyertai perhimpunan haram Bersih yang kerajaan tidak akan bertanggungjawab. Berani buat berani tanggung.

Kepada Ketua Biro Perundangan PKR Kedah, yang ditahan ni bukan aktivis tetapi perosak. Pertama tujuan mereka merosakkan suasana keamanan negara. Kedua mereka ini ingin merosakkan persaudaraan sesama rakyat. Ketiga merosakkan minda rakyat Malaysia.

Kalau tikus di sawah digelar Perosak (buka aktivis), maka racus tikus akan diberi. Kalau orang yang digelar perosak, mak sesuailah Polis tangkap dan masukkan dalam lokap.

Beribu-ribu lapuran polis dibuat dan diterima, apakah ini bukan bermakna orang ramai mula rasa ketenteraman mereka sedang diganggu? 

Ketua Biro Penerangan PKR Kedah ooooi, kalau la ada mamat berulang-alik depan rumah ko beberapa kali, ko tak terasa apa-apa ka?

Inilah helah kominis. Mereka mengggunakan pelbagai cara untuk mencapai matlamat mereka. Kita tidak akan heran jika satu hari nanti mereka akan katakan yang mereka berjihad.

Kita boleh lihat Dajjal suda menghantar orang-roang suruhan dia ke dunia ini. Dajjalje ini sedang merosakkan umat-umat Islam kini. Dan bila Dajjal keluar nanti bertambah senanglah kerja dia untuk memesongkan umat Islam.

Sekali lagi TAHNIAH POLIS KEDAH.... Untuk rakyat KEDAH, mari kita bungkuskan PKR dalam PRU13 nanti. InsyaAllah ...




ALOR SETAR - PKR Kedah kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan menahan aktivis-aktivis di seluruh negara yang mahu menuntut pilihan raya lebih bersih melalui perhimpunan Bersih 2.0. 

Ketua Biro Perundangan PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung dalam kenyataan akhbarnya yang diedarkan sebelum beliau ditahan polis ketika mahu mengadakan sidang media, menggesa polis menimbang semula keputusan untuk tidak membenarkan perhimpunan Bersih diadakan. 

“Kami gesa polis menghormati dan menegakkan hak perlembagaan rakyat untuk berhimpun secara bebas dan aman,” katanya dalam kenyataan akhbarnya itu. 

Menurutnya, amaran untuk mengambil tindakan tegas berikutan dakwaan Bersih didalangi unsur-unsur asing untuk membuat kekecohan termasuk laporan polis mencecah 1,830 terhadap perhimpunan itu tidak boleh dijadikan alasan mengharamkan perhimpunan Bersih. 

“Kebanyakan laporan polis membantah Bersih dibuat oleh Perkasa, Pemuda UMNO dan NGO yang menyokong Barisan Nasional. Sebab itu ianya tidak adil untuk dibuat penilaian,” katanya. 

Hsiao Leung yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR negeri turut menggariskan empat perkara dalam kenyataannya, iaitu meminta kesemua orang yang ditahan yang dikaitkan dengan perhimpunan Bersih segera dibebaskan. 

Pihaknya turut meminta polis membenarkan rakyat berhimpun secara aman pada 9 Julai dalam menyokong Bersih untuk reformasi pilihan raya. 

Selain memohon perhimpunan dibuat di jalan-jalan tertentu yang disediakan polis, pihaknya juga menyeru agar polis memberi jaminan keselamatan terhadap peserta perhimpunan Bersih daripada diganggu oleh penyokong anti-Bersih.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates