Isnin, 25 Julai 2011

Alamak! Apa dah jadi kepada PEMUDA UMNO?

Pergerakan Puteri Umno hari ini meminta Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu agar tampil untuk menafikan pendedahan video oleh polis berhubung kemalangan yang dialaminya pada 9 Julai lepas.

Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata tindakan Mohamad Sabu yang mendakwa beliau dirempuh polis ketika berlangsung perhimpunan haram di ibukota itu perlu diberi penjelasan yang sebenar.

"Adalah penting untuk beliau (Mohamad Sabu) membuat kenyataan sama ada beliau tetap dengan dakwaannya sebelum ini atau menafikan pendedahan video itu atau mengiyakan apa yang didedahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

"Puteri UMNO yakin bahawa tayangan itu adalah sahih, dan Mohamad Sabu mesti meminta maaf kepada PDRM dan rakyat Malaysia jika apa yang didedahkan oleh PDRM menerusi tayangan video itu adalah benar," katanya.

Pada Khamis lepas, PDRM telah menayangkan video perhimpunan haram 9 Julai kepada wakil media dan awam di Ibupejabat Polis Bukit Aman yang turut menunjukkan rakaman video Mohamad Sabu tidak dilanggar Pajero polis seperti yang didakwanya.



Kedah Times: Apakah Puteri sudah mengganti Pemuda UMNO? Mana pi Pemuda? Tak faham la dengan perangai ketua Pemuda UMNO, ke arah mana dia nak bawa Pemuda? Dah macam tiada dalam arus politik perdana Pemuda UMNO ni. Yang aku nampak depa pakat dok lobi nak jadi calon dan berebut jawatan dalam parti.

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

pemuda umno da berhempas pulas mase patriot..agak2 la nak hentam pemuda pun..mase bersih aritu sape yg berani lawan bersih? pemuda gak yg jd barisan hadapan pertahankan kerajaan..

Tanpa Nama berkata...

lobi jadi calon boleh tahan lagi.Yg daksyat ada pula yg lobi nak jadi MB kalau BN menang.Lobi kat ketua cawangan.

Tanpa Nama berkata...

Ko nak bersembang agak2 sikit syburi... Patriot hari tu korang Pemuda jgk yg sebotaj... Setakat dok atas wheel chair tulis blog nak ckp banyak...

Pirah... frust Mukhriz kalah sampai skrg dok berdendam.. gila hang!

Nayan berkata...

hahah pru12 yang lalu, puak2 dok atas kerusilah yang menjadi salah satu faktor BN tak dapat 2/3. Tupun puak pemuda dok belagak depa hebat. Hahah hangpa semua masuk kg tengok apa dah jadi dgn pemuda cawangan. Ada yang ahli pun tarak. Cawangan hantu jaa.

hahah Pemuda tarak misi dan visi. Ketua hanya pandai hijack program dan tak pernah perjuang agenda Melayu.

Hahah nak dendam apa pasai Mukhriz kalah. Dia kalah KP tapi boleh jadi Timb Menteri. hahaha

Tanpa Nama berkata...

Aku tengok, geng KJ ni, kalau orang PAS belasah Umno, pagi petang siang malam, dari sinikal sampai mencarut, takdak sekor pun yang akan lawan PAS. Tapi kalau "Tuhan" KJ depa disentuh, fuh bukan main ramai lagi tiba-tiba muncul. Tak kira la dalam mana-mana blog sekalipun.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates