Selasa, 5 Julai 2011

Anwar Cabut KJ Hilang? Persamaan Yang Bertelinga Kera!

Sebenarnya Kedahtimes amat-amat tumpang sedih dengan Pergerakan Pemuda UMNO. Dengan berketuakan seorang Ketua yang ditolak oleh sebahagian besar Pemuda di seluruh Malaysia yang boleh dikatakan sangat-sangat besar, apalagi yang boleh melonjakkan Pemuda di mata masyarakat hari ini?

Apa yang dilaung dan disuarakan oleh Pemuda akan ditimbang tarakan, terpaksa ditapis adakah ianya datang dari Khairy atau dari pihak mana?

Kesudahannya segala aktiviti dan program tak menjadi. Terbaru Khairy menggulas isu Bersih dari luar negeri. Setara pendekatan Anwar yang memang handal dalam baling batu sembunyi tangan.

Khairy contoh Ketua yang tak sayangkan parti dan Pergerakan Pemuda UMNO sendiri. Terlalu lemah Pemuda hari ini tetapi KJ tak nampak itu tanda baginya bahawa letak jawatan adalah yang paling sesuai untuk dirinya.

Kalau Hishamuddin dikritik gara-gara terlalu lembut tetapi sejak akhir-akhir ini ketegasan polis dalam bertindak telah melegakan banyak pihak. Tetapi Khairy akan kekal imejnya iaitu seperti harimau yang mengaum-ngaum garang tetapi berbadan kucing! dan akan bersuara garang bila waktu malam sebab hitam malam sama dengan bulunya..

Kalau sudah siang, sembunyi dalam gua. 

Pemuda UMNO..Tempoh PRU12 sehingga menjelang PRU13. Gerhana bagi sayap ini. 

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates