Selasa, 5 Julai 2011

Anwar Ibrahim Cabut Pakai Gear 5


Hairan juga dengan tingkahlaku Anwar Ibrahim dalam mengepalai PKR seterusnya PR. Bila sahaja ada masalah, destinasinya tak lain tak bukan ialah ke luar negara. Bilamana kekecohan timbul di saat-saat dia disebut adalah 'kepala segala kepala' maka hilanglah Anwar dari bumi Malaysia ini sehingga waktu-waktu yang dijangkakan berlakunya kekecohan itu berlalu.

Atas keperluan apakah Anwar ke luar negara? Untuk mencari ketenangankah? Untuk mencari pelaburankah? Atau untuk meminta atau merangka strategi seterusnya?

Bagi yang bekerja di dalam satu-satu organisasi, apabila berlakunya sesuatu masalah secara tiba-tiba yang menghalang organisasi mencapai matlamat dan perancangannya maka tindakan segera adalah dengan bermesyuarat. Mungkinkah hilangnya Anwar juga ada perkaitan dengan perhimpunan Bersih yang sudah dijangkakan berjaya dilumpuhkan oleh Kerajaan Malaysia?

Dua lagi yang selalu hilang adalah Nik Aziz dan juga Khairy Jamaluddin. Tapi bersangka baiklah kita kepada mereka semua.

Mungkin apa yang dapat membantu bersihkan imej Anwar sendiri adalah dengan hilangnya Anwar terjawab apabila beliau berdoa di depan Kaa'bah. Tetapi sampai sekarang tempat untuk Anwar mencari ketenangan adalah di negara-negara yang memusuhi Islam.

Persoalan yang cukup menarik! Siapa sebenarnya Anwar Ibrahim?

2 comments:

usin berkata...

pendekkan cerita, anwar ibrahim memang seorng pemimpin yg tidak bertanggungjwb. selalu cuci tangan & membuatkan pencacainya terkontang kanting. ingat pilihanraya sarawak? dia dh tahu pakatan x dpt tawan sarawak. sebelum umum keputusan, dia dh terbang lari. inikah yg dikehendaki oleh pencacai pkr sebagai pemimpin? dikala leher tersepit nanti, haram anwar ibrahim datang menolong...

Tanpa Nama berkata...

kawan dia kan banyak di luar negeri .anuar orang hebat .Awat orang Kedah tak pecaya ka . Putar alam no satu . Kalau hampa dok ikut perangai dia dapur hampa tak berasap laa. Nak tau hampa bekawan la dengan dia. Teman tau habis perangai dia sebab saudara teman ada yang kawan dengan dia . Kawan di UM dulu pun ada cerita perangai dia .PRU 13 ni pastikan Kedah balik ketangan UMNO .Cari MB yang bergeliga sikit . Semoga Kedah Maju Jaya. Saya anak Kedah tapi merantu dah lebih 30 tahun dah.Tapi hati saya masih sayang kat Kedah .Satu hari saya akan balik ke Kedah.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates