Sabtu, 2 Julai 2011

Anwar Kepingin Laut Selat Melaka Jadi Laut Mati


Pagi ini begitu meriah dengan larian 1 Malaysia. Larian oleh pelajar-pelajar sekolah yang sepenuhnya diawasi oleh guru-guru. Boleh dikatakan hampir semua guru perlu berhimpun seawal pagi untuk menjayakan Larian 1 Malaysia ini.


Yang paling menghiburkan bilamana sebahagian besar guru-guru yang menentang Kerajaan sebelum ini bertungkus kumus menjayakan larian tersebut. Walaupun apabila mendapat arahan dan terpaksa pergi pagi-pagi ke sekolah dengan mulut muncung tetapi sekurang-kurangnya mereka patuh pada perintah dan menjalankan tugas dengan sebaiknya.

Pagi ini penulis menegur salah seorang saudara yang juga anak kepada seorang guru dan kakak-kakaknya adalah guru. Dan hampir kesemua mereka adalah yang menyokong PAS. 

Kata penulis, kenapa sertai juga? Bukankah larian 1 Malaysia itu adalah seperti menyokong Kerajaan BN melalui slogan popular Dato Najib. Dia tertawa dan berkata kesemua mereka dikategori terpaksa tetapi tetap menjalankan tugas. Katanya, bekerja dengan Kerajaan yang selama ini membayar gaji mereka maka perlulah bertanggungjawab melaksanakan arahan Kerajaan.

Nasib baik saudara penulis ini satu-satunya yang rasional dalam keluarga. Kata penulis, adakah jika PR memerintah, ibu serta kakak-kakaknya akan tetap bergelar kakitangan Kerajaan?

Belum tentu wahai rakyat Malaysia. Apabila Perlembagaan diubah dan ditadbir bangsa lain, Melayu jangan harap akan terus selesa sehingga 7 keturunan. PRU 13 jika berlaku pada tahun 2012, maka bangsa Melayulah yang bakal menjadi bangsa terbesar dalam Malaysia menjadi penganggur yang berijazah dan berpendidikan dan setelah berkhidmat dengan Kerajaan BN selama BN memerintah.

Selamat berfikir untuk kita semua. Bersih 2.0 adalah titik untuk Melayu di Tanah Melayu menjadi Melayu Singapura. Watak Sang Kancil yang menendang anjing-anjing ke dalam sungai sewaktu Parameswara memburu sehingga Melaka diberi nama diharapkan terus mengambarkan Melayu itu bukan calang-calang bangsa. 

Melayu perlu sedar Bersih menggunakan Ambiga yang lain bangsanya. Motifnya mudah. Kucar kacirkav perpaduan kaum di Malaysia. Sekiranya berjaya, Anwar Ibrahim tak akan segan silu untuk meluluskan undang-undang beruk jantan kahwin dengan beruk jantan. Semoga Tanah Melayu tetap berdaulat!

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates