Rabu, 6 Julai 2011

Apa yang dia cakap ni?

Mari kita cuba fikirkan apa yang dikatakan oleh Ketua Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahya ini.


“Bagaimanapun keadaan menjadi bertambah serius apabila UMNO dan media dilihat sering memprovokasi isu Bersih hingga menimbulkan kebimbangan di segenap lapisan masyarakat. 

Inilah kebiasaan puak-puak ini. Mereka akan baling batu sembunyi tangan. Tuduh orang lain yang apabila kerja-kerja kotor mereka lakukan. Walaubagaimanapun TAHNIAH kita ucapkan kerana Ahmad Yahya mengaku yang jika BERSIh diteruskan, ianya sesuatu yang amat serius. Beliau mengaku keganasan, kerosakan, gangguan dan pelbagai lagi bakal terhasil akibat BERSIH. Cuma tidak puashati bila UMNO dan media cuba memberitahu orang ramai yang perhimpunan dan perarakan BERSIH ini amat tidak sesuai serta boleh menimbulkan kebimbangan orangramai kerana bakal berlaku perkara-perkara yang disebut.

“Himpunan Bersih 2.0 mula diharamkan, baju yang tertera logo Bersih dirampas termasuk himpunan ini dilihat akan mencetuskan kekacauan hingga menyebabkan segelintir pelabur bertindak lari daripada menanggung risiko melabur di sini,” katanya. 

Ahmad Yahya amat faham bahawa Bersih boleh mencetuskan kekacauan tetapi kenapa nak teruskan juga BERSIH ini? Pelabur lari bukan kerana perhimpunan ini diharamkan tetapi takut perhimpunan dan perarakan ini berlaku. Takkan kerana t-shirt dirampas dan menghalang demonstrasi pun Pelabur nak lari dan risiko pelaburan meningkat? Sepatutnya risiko melabur meningkat kerana berlakunya Demonstrasi. Huh Ini ka Ketua Pemuda PAS Kedah!

Ahmad berkata, sekiranya provokasi seumpama itu tidak ditimbulkan, beliau percaya himpunan berkenaan akan berlangsung dalam suasana aman dan mereka yang berhimpun berjalan beramai-ramai menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong seperti dirancang.

Untuk pengetahuan Ahmad provokasi dilakukan bukan oleh kerajaan tetapi pihak yang ingin melakukan demonstrasi. Cuba dengar ceramah PR. Cuba dengar fatwa Nik Aziz. Semua membawa maksud kepada berarak untuk menjatuhkan kerajaan. Pernahkan demonstrasi berakhir dengan aman? Apakah mengganggu ketenteraman dan kedamaian hidup orang lain dikatakan aman?

Untuk pengetahuan Ahmad, demo dizaman Syaidina Osman telah membawa kepada kewafatan beliau. Jika dilihat demo itu adalah rata-rata disertai orang Islam yang pada masa itu iman mereka amat kuat. Ini pula perhimpunan yang diketuai musuh Islam.

Kenapa tidak Hadi saja bersama Anwar dan Ambiga berjalan kaki ke Istana? Kenapa perlu ramai?

Fatwa Nik Aziz mengatakan yang pergi ke Mekah tunai haji dan beramai-ramai ke masjid untuk sembahyang Jumaat adalah juga demo. Soalan Kedah Times, adakah kedua-duanya demo pada Allah SWT? Yang Allah suruh ialah datang beribadat, bukannya bersorak riuh rendah mengganggu orangramai.

Kedah Times menyeru KETUA PEMUDA PAS KEDAH, kalau tak faham apa erti BERSIH seperti artikel yang ditulis dalam Kedah Times yang lalu, tak payah la nak kata apa-apa. Buat Malu status Ketua Pemuda PAS Kedah saja..

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

> depa saja yg betoi...org lain semua salah!!
> kita bungkuih puak khawarij ni masa pru 13.
>biaq depa terhegeh2 buat phimpunan beersih ver.3.0 di stdium darulaman.

Tanpa Nama berkata...

samdol dan cendol la mamat ni.lau xpandai nak main politik jangan main.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates