Jumaat, 22 Julai 2011

AZIZAN YANG CENGE, EXCO YANG TAK KUALITI


Oleh : Abu Nawas

Azizan Razak menundukkan muka, mungkin malu untuk menatap muka hadirin mentertawakan Tan Joo Long, Exco Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan menjawab soalan pada mesyuaarat dewan undangan negeri minggu ini.

Mungkin juga Azizan malu dengan diri sendiri kerana terpaksa memilih wakil rakyat setaraf budak tadika untuk duduk kerusi Exco negeri Kedah.

Azizan sedar Tan Joo Long amat lemah. Bahasa Melayu beliau yang lemah, sampai hadirin tidak faham ditambah lagi dengan pengetahuan yang amat cetek.

Tetapi kerana survival politik PAS di Kedah, Azizan terpaksa merelakan juga Tan Joo Long menjadi Exco walaupun dalam hati memberontak mahu menukar semua Exco dengan orang PAS.

Sebab tidak percaya dengan Exco Tan Joo Long itu, Azizan terpaksa panggil wartawan bagi membuat kenyataan selepas persidangan dewan undangan negeri bagi memberi penjelasan menyanggah kenyataan Exco beliau dalam dewan yang mahu bagi bas percuma bagi laluan Kuala Kedah-Alor Setar.

Lantas Azizan menafikan akan beri bas percuma sebaliknya hanya berkata kenyataan itu cuma berhasrat sahaja dan bukan berjanji.

Bagi mereka yang selalu mengikuti persidangan dewan pasti dapat melihat gelagat Azizan yang sering bangun “menjawab” bagi pihak Exco beliau apabila timbul soalan daripada wakil rakyat Barisan Nasional.

Nampak sangat beliau tidak percaya dengan Exco beliau sendiri sehingga terpaksa bangun “menjawab” soalan yang bukan di bawah bidang beliau. Dan nampak sangat beliau tidak ada keyakinan kepada Exco beliau untuk menjawab soalan. Mungkin Exco itu tidak sepandai Azizan.

Tetapi malangnya apabila Azizan bangun “menjawab” soalan beliau hanya melakukan kerosakan daripada menjelaskan persoalan yang dikemukakan.

Pada hakikatnya Azizan bangun untuk berleter kepada wakil rakyat Barisan Nasional.

Dengan nada menyindir, suara yang kasar dan tangan di arahkan kepada tempat duduk wakil rakyat Barisan Nasional beliau akan berleter seperti berceramah politik lagaknya, dan bukan berhemah seperti seorang Menteri Besar menjelaskan keraguan orang ramai.

Mungkin lagaknya dalam dewan berleter itu kurang sedikit dari gayanya memarahi reporter RTM Samad Majid yang menjadikan beliau dicemburui kerana berjaya mendapat anugerah Menteri Besar paling cenge di Malaysia.

Bukan setakat Azizan, Exco beliau seperti Amirudin dan Pahrolrazi juga sering memutar belit jawapan yang diberikan. Jawapan mereka bukan menjawab soalan dikemukakan tetapi hanya menangkis soalan berkenaan dan merasionalkan soalan.

Itu sahaja tahap keupayaan Exco dan Menteri Besar Kedah di Dewan Undangan Negeri. Itulah juga cermin tahap pemimpin kerajaan negeri Kedah.

Mungkin sidang dewan DUN Kedah boleh diadakan secara langsung di internet supaya bijak pandai dapat menilai ketidak bijaksana pemimpin kerajaan Kedah.

2 comments:

MAYA as berkata...

sebenarnya anda semua tak tahu.memang itulah kerja dan kesukaan semua MB sama ada BN atau PAS dia selesa kalau semua EXCO dia bahlul dan dungu.Yang dia amat bimbang kalau ada EXCO lebih bijak drp dia.Anda semua salah anggap.Nak jadi MB selamat kena letakkan EXCO yang bangap dan tin kosong.Elakan EXCO lebih drp MB.Kira-kira ostat Azizan berjaya lah jadi MB yg lebih pandai drp EXCO dia.Begitulah juga dizaman BN dulu.Anda ingat semua EXCO cerdik sangat ke.Kira-kira lebih kurang sahaja.Itulah kata-kata sinis seorang bapa kawan aku pada kami.Itulah politik namanya.

Tanpa Nama berkata...

Masa BN perintah, jika teruk sangat pun jawapan Exco masa tu Dato Fong Chok Gin yang menajab leteran Ustaz Azizan Razak mengenai HOSPITAL BANYAK SEMUT. Sebab, masa Uztas Azizan sakit dan duduk di Hospital Sultanah Bahiyah, katanya banyak semut ada dalam bilik beliau. Kononnya, dia nak kata Hospital tersebut tidak terurus lah.

Dato' Fong Chok Gin yang Exco kesihatan jawab dua tiga patah jeee..... "AWAT SEMUT TAK MAI BILIK LUUU... PASA LU PUNYA KENCING MANIS KUAT". Ahli Dewan dan pemerhati ketawa berderai.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates