Isnin, 25 Julai 2011

Babi Hutan dan masuk kampung

Teruja Kedah Times membaca tulisan HHalem disini. Yang Kedah Times pelik kenapa beriya-iya sangat Kerajaan PAS Kedah untuk membina pusat penyembelihan babi yang baru. Mungkin yang lama dah tak mampu  untuk keluarkan kuantiti daging babi yang bertambah permintaannya.

Buka yang baru mungkin boleh tambah pendapatan Kerajaan negeri. Halal ka? 

Kenapa kerajaan negeri tak cari sumber pendapatan lain seperti pembukaan pusat petrolium ka atau apa-apa kawasan industri yang boleh menjana pendapatan tambahan dan peluang kerja baru. Pembinaan pusat penyembelihan babi boleh beri peluang pekerjaan baru kepada orang Islam ka? ooooops lupa, PAS for All, Kedah Sejahtera, Negara Berkebajikan!

Kalau dah beriya sangat Kerajaan Negeri pasai babi ni, Kedah Times nak beri satu cadangan. Mungkin boleh jana sumber pendapatan rakyat serta membuka peluang kerja yang baru.

Babi Hutan/Liar sekarang ini semakin banyak dan mula masuk ke kampung dah. Tak caya pergi la mana-mana kampung di Sik ka, Padang Terap ka, Pokok Sena ka, Pendang ka, Baling ka, tanya orang kampung. Betul ka babi banyak masuk cari makan kot kampung? Betul ka babi korek habih tanaman semula getah walaupun berdekatan dengan jalanraya yang sibuk?

Belakang rumah emak Kedah Times, ada banyak pokok depu. Saiz dah besar peha. Kedah Times tabur baja tahi ayam baru-baru ini. Sedar-sedar habis seluruh kawasan tanama depu kena trektar. Haha rupa-rupanya trektar yang boleh dimakan ... oleh kafir saja laa.

Dimana-mana saja orang bercakap pasai babi. Mungkin disebabkan Kedah Sejahtera, maka babi bermaharajalela. Atau mungkin inikah balasan Allah atas janji-janji PAS yang tak tertunai kepada orang-orang kampung tentang perlaksanaan Islam dulu. Atau Allah nak tunjuk kepada PAS supaya walaupun mereka adalah majoriti, DAP hanya 1 kerusi tetapi hal berkaitan Islam, PAS tak berani buat pun. Hatta untuk kuatkuasa enakmen hiburan 1997 pun PAS tak mampu. haha

Jadi bila melihat YB Amirudin sebut pasai rumah sembelih babi, Kedah Times nak cadang supaya kerajaan negeri tubuh unit  skuad penembak tepat. Apa yang nak ditembak? Tembak babi yang masuk kampung tu la.

Kerajaan negeri boleh wujudkan peluang-peluang kerja baru sebagai penembak tepat. Wujudkan diseluruh daerah macam bomba. Kerja mereka menembak babi yang berkeliaran. Selepas tembak jual babi tersebut sebagai pendapatan tambahan kerajaan negeri. Macamana dengan pendapat Kedah Times ni? Ok dak?

Ini adalah lebih kurang dengan cadangan rumah penyembelihan yang dicadangkan kerajaan negeri tu. Tapi lebih banyak peluang pekerjaan, pendapatan tambahan kepada kerajaan negeri dan rakyat hidup tanpa gangguan babi serta tanaman tidak dirosakkan. Kedah bakal jadi sejahtera! Betul tak YB? Betul tak Kedah La? Betul tak Setpol Sanusi? 

Setpol Sanusi, ingat! Tak lama lagi kawasan Sg Pau tu pun babi akan serang sebab kawasan dia cari makan di projek K-Keli sudah habis dipunggah... balak dan pasir!

Harapan cadangan Kedah Times mendapat pertimbangan YB sepenuhnya. Kedah Sejahtera Nikmat untuk semua!

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Itulah hala tuju PAS Kedah sebagai negeri Kebajikan denagn produk babinya.Rasanya elok juga ostat azizan buka pusat ternakan babi di Baling iaitu kawasan Kuala Ketil belakang Insaniah.Tahi babi pula boleh diproses buat baja sebagai jana pendapatan kerajaan negeri.Jadikan industri babi sebagai GLC Kerajaan PAS Kedah.Pengerusi dia sdr M Sabu

Tanpa Nama berkata...

Tapi blogger depa KedahLa kata ini semua kelulusan menteri pertanian. jawapan yang seroooopa saja. hahah kalau kelulusan pusat negeri dan majlis tempatan belum dibuat mcmana Menteri pertanian nak lulus. hahah akai tarak!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates