Isnin, 4 Julai 2011

Baling Batu sembunyi Tangan

Kedah Times ingin menarik perhatian semua rakyat Melayu beragama Islam. Beginilah mainan DAP terhadap orang-orang Melayu dan Islam.

Mereka ingin hidup selesa dan tenteram, tetapi dalam masa yang sama mereka menyalakan api dikalangan umat Melayu Islam supaya berhimpun, berdemo dan berarak di atas jalanan. Kenapa mereka tidakpun melakukan seperti itu.

Peringkat awalnya mereka menjadi dalang melakukan promosi dan provokasi supaya orangramai berhimpun dan berdemo. Tetapi mereka hanya berada dirumah bersamah anak bini se waktu demo diadakan. Kenapa?

Ini adalah kerana mereka sahaja yang ingin hidup selesa dan tenteram, tetapi bangsa lain harus berada dalam pertelingkahan dan kedhaifan.

Inilah bangsa DAP ala Yahudi. Mereka adalah kaum 'superior'. Mereka layak mengarah orang lain. Mereka kaum atasan yang layak hidpu mewah, tenteram dan selesa.

Orang Melayu Islam, bangunlah dari ditipu puak ini. Kita sama-sama tentang mereka.


Kerajaan Negeri tidak puas hati tindakan polis 

GEORGETOWN - Susulan perhimpunan yang dilakukan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di sini kelmarin, Kerajaan Negeri melahirkan rasa kesal dengan sikap polis yang dilihat pilih kasih dalam mengambil tindakan. 

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, pihaknya kesal dengan kegagalan polis untuk menghalang perhimpunan haram itu seperti yang dilakukan mereka (polis) untuk menghalang majlis penerangan anjuran Kerajaan Negeri sehingga terpaksa mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang majlis itu berlangsung pada 30 jun lalu. 

“Saya telah menghubungi Ketua Polis negeri, Datuk Ayub Yaakob dan menyatakan kekesalan saya terhadap apa yang berlaku kelmarin. Tindakan polis yang hanya berdiri seperti kayu dan tidak mengambil tindakan sewajarnya jelas menunjukkan mereka berat sebelah dalam mengambil tindakan. 

“Saya hairan kenapa polis tidak mengambil tindakan sejak dari awal perhimpunan itu diadakan di Masjid Kapitan Keling. Perhimpunan haram itu bukan sahaja mengancam keselamatan orang ramai malah ia telah menyebabkan kesesakan yang teruk di beberapa kawasan di sini,” katanya ketika ditemui media selepas membuat lawatan ke atas dua wartawan yang didakwa diserang peserta semasa perhimpunan di sini semalam. 

Mengulas mengenai perhimpunan itu, Guan Eng melahirkan rasa terkejut dengan keganasan dan kekerasan yang digunakan dalam perhimpunan haram itu. 

Menurutnya, UMNO tidak perlu lagi menafikan penglibatan mereka di dalam perhimpunan itu kerana jelas kelihatan beberapa pemimpin seperti Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzil dan Senator Ezam Mohd Noor bersama berarak. 

“Tidak perlu minta UMNO jelaskan, mereka memang begitu, kita mahu tanya macam mana parti lain boleh bekerjasama dan sokong UMNO? 

“Biar rakyat tahu macam mana perangai UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang sebenarnya sehingga mereka sedia menggunakan apa cara sekalipun untuk menjatuhkan sebuah kerajaan yang dipilih rakyat,” katanya. 

Mengulas mengenai kejadian yang menimpa dua wartawan yang didakwa dipukul peserta perhimpunan itu, Guan Eng mendesak UMNO untuk menyerahkan mereka yang terlibat dengan kejadian itu kepada polis untuk diambil tindakan. 

Menurutnya, serangan ke atas dua wartawan yang menjalankan tugas itu adalah tindakan yang biadab dan harus dikenakan tindakan yang sewajarnya. 

“Pemberita yang tidak melakukan sebarang provokasi seperti mereka juga dipukul oleh samseng-samseng parti politik. 

"Kalau betul UMNO ada maruah, saya cabar mereka untuk serahkan mereka yang terlibat kepada polis,” katanya.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Bila kena kat dia baru dia tau, tu pun kata BERSIH tu tak pa pulak. Sebenarnya tujuan org yg buat kt Penang tu ialah nak tunjuk kat DAP mcm mana kalau BERSIH tu diadakan jugak di KL hari Sabtu ni

Tanpa Nama berkata...

itu la.. bila depa sendiri yg buat its ok. tapi bila kita yg organise kata kena ambik tindakan.. MACAM INI PUN ORANG MELAYU PAS PKR MASIH TK SEDAQ SEDAR LAGI.. bangunlah ingat anak cucu kita esok.. jangan sampai anak cucu kita kencing atas kubuq kita..

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates