Selasa, 26 Julai 2011

Bila PAS Terlebih Belit

Isu penutupan pusat hiburan telah bertukar arah dari isu ibadah kepada politik tulen. Semasa mengumumkan hasrat menyekat hiburan pada bulan ramadhan, tidak ada satu patah perkataan pun PAS umumkan bahawa ianya kesinambungan hasrat yang telah dilaksanakan oleh Umno pada 1997.

Segala perbuatan "ibadah" tahap tertinggi itu hanyalah milik PAS, dan tidak ada yang lain melainkan milik PAS semata-mata. Itulah yang digambarkan oleh kerajaan negeri bagi memastikan "pahala" itu milik PAS semata-mata, dan itulah yang mahu dipersembahkan kepada rakyat Kedah yang telah lebih 3 tahun menanti satu langkah kearah Islam yang dulu dilaungkan PAS..

Tanpa disangka, DAP meluku kepala PAS kerana tindakan ini. Tersentak dari lukuan DAP ini, PAS mula melompat lari dari "perjuangan" dan meletakkan kepada Umno, yang katanya telah meminda enakmen pada 1997 lagi. Secara tiba-tiba, PAS tidak lagi peduli soal "pahala Ibadah" mereka yang diumumkan kepada rakyat milik penuh mereka sebeum itu.

Malah PAS menuduh Umno yang tidak melaksanakannya, dan ada pemimpin mereka mencabar Umno melaksanakan dinegeri-negeri lain kononnya bagi mengikut langkah PAS. Walhal sudah sah, PAS sudah menarik handbrake apabila kepalanya diluku DAP, apa lagi yang PAS mahu Umno ikut. PAS juga lupa mencabar Selangor, malah Selangor menerima konsep Hiburan adalah hak bukan muslim, bermakna Selangor pun tidak mencontohi Kedah.

Namun, apa yang hendak diperkataan disini bukan soal melaksanakan halangan hiburan dimana-mana negeri, dan bukan juga tentang Umno atau PAS dapat melaksanakannya atau tidak. Soalnya ialah hipokrasi, atau dalam bahasa Melayunya "Munafik". Bukan main berdegar lagi PAS katakan bahawa ia mampu lakukan apa yang Umno "tidak mahu" lakukan, walaupun dijelaskan Umno ianya berkait soal maslahat umum.
Tetapi hari ini, Pas menjelaskan bahawa ia menerima arahan DAP (setelah DAP meluku kepalanya), dengan alasan maslahat umum. Walhal inilah yang telah dijelaskan oleh Umno kepada mereka sepanjang setengah abad...

Belitnya PAS, tetapi rakyat tidaklah sebodoh yang mereka sangkakan...

9 comments:

Tanpa Nama berkata...

jangan terkejut tadika PASTI nyanyi lagu DAP, kat perak ada kes macam ni masa sukan baru-baru ni.

Tanpa Nama berkata...

Bravo.... Mmg dh nmpk sgt dh depa ni munafik, fasik, fanatik, plastik

Tanpa Nama berkata...

saya cadangan kan kalau penulis blog kedah times kalau tak mahir bab agama jangan dok tulis fakta yang boleh memecah belahkan orang melayu/islam. lebih baik ambik pendekatan berdiam diri lebih baik berkata kata .Lama lama puak kami atas pagar jadi meluat

Atas pagar.....

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama 6:53 yang Mengaku Atas Pagar.
1.Komen tuan bahawa kalau tak tahu bab agama jangan dok tulis adalah cap jari penyokong PAS, tak payah menyamar.Awat penyokong pembangkang takdak kredibiliti sangat dah ka sampai perlu mengaku atas pagar? Kebanyakan penyokong PAS apabila kehabisan hujah, akan mengeluarkan hujah jangan sentuh bab agama kalau tidak tahu. Padahal sebab utamanya ialah dia sendiri kehabisan hujah. Jangankan orang biasa, Tan Sri Harussani pun akan dicap jahil jika tidak selari dengan Pakatan DAP, PAS,PKR
2.Kalau dulu, apa yang pakatan DAP, PAS, PKR buat akan diletak sebagai “rakyat”, kita sudah gunakan “atas pagar” pula.
3.Komenlah atas kapisiti sendiri.

Penyokong Kedahtimes

om berkata...

2 anon 653
>kedah times adalah pemangkin fikiran rakyat
>sebenaqnyer puak pas la yg dok belit fakta
>sapa kata pangkah masuk syurga?...pas jugak yg kata
>sapa kata nak tubuh negara islam?...pas jugak yg kata
>la ni p mana negara islam idaman pas sejak bkawan dgn dap n pkr?

>la ni sapa yg nk percaya kat pas lg? dap n pkr pu xcaya....pas ni mcm kuda tunggangan depa saja!!
>puak khawarij ni...depa tau bangkang saja...bila depa dpt perintah kedah...dgn satu kerusi dap pun xberani....
>kena sergah dgn dap...jadi koro...hehehe

Tanpa Nama berkata...

aku dok heran satu ja..enekmen hangpa lulus pada tahun 1998 awat nya hangpa tak laksanakan sampai tahun 2008..

Tanpa Nama berkata...

PAS memang munafik:

1.dulu cakap lain sekarang cakap lain
2.dulu kata kalau kawan dgn kafir maka kita jadi kafir.Sekarang dia pula tidor dgn kafir DAP.
3.Dulu cakap fasal hudud.Sekarang kata hudud tak perlu lagi pula.
4.dulu membangun bersama islam.Sekarang kata membangun bersama kebajikan.
5.dulu PAS adalah pemimpin ulamak.Sekarang bekas khlawat pun jadi pemimpin kanan PAS.
6.dulu kata Anwar aljuburi.Sekarang anwar idola PAS.
7.Dulu kata nak tegakkan negara Islam.Sekarang dah senyap kerana takut pada benggali DAP.
8.ceramah dalam kampung cakap lain.ceramah depan DAP cakap lain.

semua ini menjatuhkan imej serban PAS sahaja.
PAS bohong dan munafik .

Nayan berkata...

Tanpa Nama berkata...
aku dok heran satu ja..enekmen hangpa lulus pada tahun 1998 awat nya hangpa tak laksanakan sampai tahun 2008..

Rabu, Julai 27, 2011 1:29:00 AM

Sila baca penerangan disini. 1. Siapa yang tak laksana 2. Kenapa PAS tanya UMNO pulak? Bukan ka PAS yg beriya-iya sangat , tapi pelik juga selepas 3 tahun memerintah, baru nak laksana. haha ... lawak

http://syburi-times.blogspot.com/2011/07/kedahla-yang-tidak-membaca-dan-memahami.html

kong berkata...

>depa saja yg pandai...
>pahala milik depa...dosa seolah2 milik umno
>pelaq...dajai... betui puak pas ni...
>aku dah tak tahan ni....biaq aku maki depa pulak!!!
>oops ..astagfirullahalazim...
>aku minta maaf kat semua org dari patipas...kerna maki hampa!!!
>kerna aku xlayak maki hampa...sebab aku rasa...hampa saudaraseagama aku!!!
>adakah hampa mengaku...aku saudara seIslam hampa???
>atau aku sahaja yg dok mengaku...tapi hampa tidak???

>woi..kita bukan nak tongkat langit!!!
>esok lusa...kita boleh padam!!!
>tah2 tak dan.. nak sambut posa dan ari raya pon!!!
>dgn sekulumit kuasa...hampa nak rebut...memang tak memadai....dok jadi kuda org lain saja
>dok jadi kuda islam xpa la...ni dok jadi kuda kat paiaq zimmi!!!
>astagfirullahalazim3x

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates