Isnin, 4 Julai 2011

Buta ka puak puak ni . .

Rupa-rupanya puak-puak BERSIH ini tahu yang perhimpunan dan perarakan mengganggu orangramai, menyebabkan kesesakan lalu lintas dan sebagainya.

Tetapi kenapa mereka hendak sangat berhimpun dan berarak di Kuala Lumpur? Tak mengganggu orangramai ka, tak mengganggu lalulintas ka?

Atau puak-puak ini memang berperangai baik sehingga pijak semutpun tidak mati. Jadi hanya mereka yang boleh berarak dan berhimpun.  Orang lain tidak boleh!

Kini mereka sendiri menjadi saksi bahawa berhimpun dan berarak amat tidak praktikal kerana gangguan yang dihasilkan. Jika mengganggu keselesaan orang lain, apa hukumnya?

Dalam sembahyang jemaahpun makmum  disuruh membaca sekadar didengari sendiri supaya tidak mengganggu jemah bersebelahan. Pakaian pun kena pakai yang sesuai dan elok untuk berjemaah kerana jika ada pelbagai gambar dan slogan bakal boleh mengganggu jemaah lain. 

Jika gangguan ini menyebabkan kehilangan khusyuk jemaah lain, apakah hukumnya?

Berhati-hatilah wahai yang beragama Islam, kita ada dua perhubungan .. satu dengan Allah SWT dan satu lagi dengan sesama manusia. Kesalahan dengan Allah kita boleh mohon ampun secara terus, tetapi bayangkan kesalahan dengan sesama manusia, kita kena cari dan mohon maaf sendiri. Bayangkan jika beribu-ribu sedara yang kita ada kesalahan dengan mereka, sempatkah kita cari dan mohon maaf?

Tepuk dada tanya iman.


GEORGETOWN - Parti Rakyat Malaysia (PRM) kesal dengan perhimpunan haram yang diketuai Pengerusi Persatuan Anak-Anak Malaysia, Mohamed Ghani Abdul Jiman sehingga menimbulkan gangguan kepada orang ramai, kesesakan jalan raya dan kerosakan harta benda. 

Naib Pengerusinya, K Vasudevan berkata, perhimpunan haram yang dilakukan Ghani dan konco-konconya kelmarin bukanlah kali pertama dianjurkan namun pihak polis langsung tidak mengambil sebarang tindakan terhadapnya. 

Vasudevan yang tidak berpuas hati dengan perhimpunan haram yang dianjurkan itu bersama beberapa pemimpin Pakatan Rakyat membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut bagi menyiasat Ghani yang melakukan pelbagai ancaman kepada Kerajaan Negeri dan menyusahkan ramai pihak. 

“Kami mahu polis menyiasat tindakan Ghani yang menganjurkan perhimpunan yang tiada permit sehingga mengakibatkan kacau ganggu di sekitar bandar raya di sini. Kami juga mahu polis menyiasat tindakan Ghani dan pengikutnya yang menyebabkan kerosakan harta benda selain membakar poster yang tertera gambar Ketua Menteri. 

“Selain itu, Ghani juga didapati sering menggunakan kata-kata kesat yang berunsurkan sentimen perkauman dan pernah mengugut untuk menutup jambatan Pulau Pinang,” katanya ketika ditemui di pekarangan IPD Timur Laut di sini semalam. 

Turut bersamanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Eng Wei Aik dan Ahli Majlis Eksekutif Pemuda DAP, Satees Muniandy. 

Sementara itu, Vasudevan berkata, laporan polis juga dibuat ke atas Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng yang gagal mengambil sebarang tindakan terhadap perhimpunan itu. 

Vasudevan berkata, pihaknya pelik kerana polis langsung tidak cuba menghalang perhimpunan haram itu walaupun mereka telah berarak beberapa kilometer sebelum tiba di pekarangan Komtar. 

“Kenapa polis membiarkan mereka berhimpun secara haram tanpa mengambil sebarang tindakan? Polis sanggup mendapatkan perintah mahkamah untuk menghalang majlis penerangan yang dianjurkan Kerajaan Negeri tetapi mengapa mereka (polis) langsung tidak menghalang perhimpunan haram ini? 

“Jangan kata polis tidak tahu dengan penganjuran perhimpunan berkenaan, walaupun mereka tahu dan ada berhampiran dengan lokasi perhimpunan itu namun mereka gagal untuk mengambil sebarang tindakan,” katanya.

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates