Khamis, 7 Julai 2011

Cakap Perlu Serupa Bikin

Menteri Besar di negeri-negeri pembangkang perlu menunjukkan bahawa mereka cakap serupa bikin apabila menyokong perhimpunan Bersih. Ini untuk mengelakkan mereka termasuk dalam istilah munafik.

Sebagai tanda menyokong, mereka hendaklah berlumba-lumba manawarkan kepada gabungan Haram bersih, tempat untuk mengadakan perhimpunan. Sehingga kini, hanya Khalid Ibrahim saja yang menawarkan tempat, itupun sekadar ajak-ajak ayam.

Sebagai tanda konsistensi dalam menyokong Bersih, Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat sepatutnya menunjukkan kekecewaan yang amat sangat apabila Ambiga tidak memilih untuk mengadakan perhimpunan samada di Shah Alam, Georgetown, Alor Setar ataupun Kota Bharu.

Mereka sepatutnya memaki hamun Ambiga kerana merendah-rendahkan komitmen mereka terhadap perhimpunan haram bersih apabila berhasrat mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka. Hasrat Ambiga mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka adalah penghinaan kepada mereka, memandangkan perhimpunan aman tersebut adalah idaman semua pemilik venue.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Akum dan Salam 1 Malaysia

Apapun kita harus ingat peringatan Nabi SAW dan Al Quran bahawa 3 penyakit yang dihadapi manusia itu amat ditakuti antaranya :-

1. Alim tetapi Jahat
2. Raja yang zalim
3. Jahil yang mengaku mujtahid.

Secara kesimpulannya di Kedah MB bergelar ustaz, begitu juga di Kelantan. Hadis diatas memberi isyarat supaya wajib pelirakan maruah, wajib beramalkan dengan ilmunya, pemimpin wajib beradil dan pemimpin yang bodoh belagak pandai wajib mempelajari dan mendengar nasihat demi kebaikan dan bukannya belagak sombong,angkuh serta memperolokkan Quran dan Hadis untuk kepentingan diri.

Begitu juga dengan janji2 sebagai pemimpin harus ditunaikan kerana Alamat 3 munafiq itu berpandukan 3 faktor :-

1. Berdusta ketika ianya berjanji dan bercerita.
2. Mungkur janji apabila ianya berjanji.
3. Kianat apakala diamanahkan akan dia.

(Riwayat Asy-Syaiklan, drp Abi Hurairah

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates