Khamis, 28 Julai 2011

Carbon Copy ja ...


Kedah Times nak komen sedikit tentang ulasan oleh bloh ADUN Jeneri tentang pencapaian kerajaan negeri Kedah yang diperintah oleh PAS. Kita ulas sikit-sikit kerana kita tahu ADUN Jeneri ini dulunya samda guru atau pegawai Bomba, itu Kedah Times kurang pasti.

PENCAPAIAN CEMERLANG YANG TIDAK BERDASARKAN JANJIDALAM MANIFESTO

1.Melancarkan Skim Kafalah sebagai salah satu jenis bantuan kerajaan negeri kepada orang miskin apabila berlaku kematian tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

Skim ini telah lama orang lakukan, dulu kita namakan khairat kematian. Ahli dikutip mengikut kadar yang ditentukan jika ada kematian atau kutipan dilakukan secara bulanan. Jika ada kematian sejumlah peruntukan diserahkan kepada waris si mati. Hanya ahli saja diberi. 

Cuma katanya kerajaan negeri sediakan peruntukan dan diberi kepada mereka yang berdaftar melalui e-sinar dan seterusnya disahkan oleh MKK. Jadi bila YB sebut pasal fahaman politik tu, YB agak nak bohong kita la sebab setahu saya setakat ini kalau bukan Ahli PAS, bantuan tidak diberi.

2.Membina kampus induk KUIN di Kuala Ketil dengan nilai RM 330 juta di atas tanah 831 ekar.

Yang ini Kedah Times merasakan YB cuba mengelirukan orangramai. KUIN ditubuhkan pada zaman BN. Maktab Mahmud di setiap daerah ditubuhkan oleh BN. Kampus KUIN ini sudah lama dirancang. Dulu cadangan di Kawasan 500 ekar di Bukit Hangus Jeneri. Kemudian dengar diubah ke Alor Setar. Tetapi akhirnya PAS buat di Kuala Ketil.

Perancangan sudah lama dibuat cuma belum dilaksana kerana lokasi dan mungkin juga kewangan. Tetapi KUIN ditubuhkan oleh BN. Cuma kampus ini dibina sewaktu PAS mengambilalih kuasa. Jika BN perintah pun, kampus ini tetap dibina. Jadi YB, PAS hanya petik hasil sahaja. Betul tak?

3. Meneningkatkan hasil kerajaan negeri melalui pembalakan sehingga mencatat kutipan hasil RM 53 juta pada 2010 dan telah dinyatakan dalam kapasiti Ketua Audit Negara 2010.

Hasil balak memang meningkat kerana penebangan bertambah. YB tak pernah serempak ka di sepanjang jalan di Gajah Putih ke Sg Tiang dimana lori balak berselisih. Balak dari Sik dan sekitar dibawa ke arah Padang Terap atau Kubang Pasu, dan balak dari Padang Terap atau Kuala Nerang di bawa ke Sg Petani melalui Jalan Gajah Puith dan Sg Tiang ini. Tak pernah dalam sejarah BN memerintah lori balak berselisih membawa muatan 2 treler.

Maka benarlah hasil balak bertambah dan dinyatakan dalam audit negara 2010. Ini kerana konsensi balak bertambah dengan banyaknya. Takkan YB tak sedar projek K-Keli itupun pusat pengumpulan balak juga? Selepas balak diambil, maka belalah sedikit ikan keli dan lepas tu buka ban pasir, betul tak YB?

4.Melantik dan melatih 1993 orang MKK di seluruh negeri untuk memudahkan urusan rakyat dengan kerajaan.

Carbon Copy JKKKP.. bukan perkara baru.

5.Mewujudkan Tabung Tunku Mahmud sebagai tabung bantuan pendidikan di negeri Kedah.
Hanya carbon copy Tabung pendidikan lain. Tak perlu diulas. 

Ringkasnya YB hanya cerita benda yang telah lama dilaksanakan oleh kerajaan dulu. Hanya diwarnakan dengan nama dan logo baru. YB yang dipilih patut fikir idea-idea baru untuk rakyat, bukan hanya carbon copy atau tuai hasil orang saja.

1 comments:

paktam@ berkata...

>itulah dasar ekonomi copy n paste yg depa boleh buat. Tukaq nama atau kulit...ubah sikit isi...maka jadi la dasar depa.
>Org nak tgk... moneyfesto yg hampa waq2 dulu..masa nk mengudi pru 12.
> Tertunai ka atau tak jalan langsung?
>atau perlukan mandat / masa lagi ka?
>kalau perlukan masa lgi...kami nak undi pangkah hampa lagi!!!!
>pangkah buang...bukan pangkah pilih hampa!!! heheh

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates