Selasa, 5 Julai 2011

Cipta Rekod Dunia: Ambiga Dalam Dilema

Ambiga yang cuba menunjukkan sokongan rakyat kepada organisasi haram beliau dengan menganjurkan demonstrasi haram Bersih kini dalam dilema.

Laporan demi laporan polis dibuat bagi menentang perhimpunan haram tersebut, sehingga mencecah lebih 4000 laporan. Dengan jumlah tersebut, ia memecah rekod dunia sebagai laporan polis terbanyak dibuat keatas perkara yang sama.

Jika satu laporan polis secara puratanya mewakili 100 orang, bermakna 400,000  orang telah menyatakan penentangan melalui laporan polis. Bayangkan, itu jumlah mereka yang membuat laporan, bagaimana yang tidak membuat laporan. Nyata, terlalu ramai yang tidak mahukan perhimpuanan haram tersebut diadakan.

Ini semua adalah mesej-mesej yang mahu perhimpunan haram itu dihentikan. Tapi kita jangan lupa, dengan tersalurnya dana-dana luar kedalam akaun Ambiga adalah bukti beliau telah memberi komitmen kepada penaja beliau bahawa perhimpunan haram tersebut akan diteruskan. Mampukah Ambiga berundur sekarang?

Ambiga juga tidak boleh berundur kerana jika beliau berundur, ia memberi pengakuan bahawa beliau mengalah kepada tuntutan majoriti dan merosakkan terus imej dan pengaruh beliau dimasa depan. Sebarang perhimpunan anjuran beliau pada masa depan akan jadi bahawa ketawa di kedai kopi.

Tindakan beliau untuk bertemu SPB Yang diPertuan Agong untuk berunding sebelum membatalkan perhimpunan menampakkan kebodohan dan kejengkelan tahap tertinggi. Apa tidaknya, beliau mahu berjumpa YDP Agong bagi mendapat kebenaran berjumpa YDP pada 9 Julai untuk menyerahkan memorandum kemudiannya. Kenapa tidak diserahkan saja memorandum itu? Ironik bukan?

Kita juga boleh menjangkakan, sekiranya beliau bertemu empat mata dengan YDP Agong, beliau boleh kelentong apa saja pasal pertemuan tersebut, sebagaimana Khalid Ibrahim mengkelentong rakyat Selangor ketika Kes Khusrin dulu, lain Sultan cakap, lain dia cerita.

Nyatalah juga, walaupun beliau seorang peguam, beliau gagal memahami mesej YDP Agong yang jelas melarang perhimpunan tersebut. Sedangkan itulah bahasa Istana, yang lemah lembut, berhemah dan penuh bermakna. Takkanlah beliau mahu YDP tarik telinga beliau baru beliau faham bahawa YDP Agong melarang perhimpunan haram tersebut.

Dengan kegusaran dan kecelaruan Ambiga, larinya Anwar Ibrahim dan Nik Aziz keluar negara, diamnya Hadi, lepas tangannya Ustaz Azizan,  para penyokong PAS eloklah berfikir semula. Berbaloikah menjadi kuda tunggangan Ambiga? Percayalah, penyokong DAP tidak akan ikut serta dan mereka hanya bersedia dikerusi empuk dengan kentang goreng untuk menonton kuda-kuda mereka disembur air gatal.

1 comments:

hangkedee berkata...

Bodoh yang tak bpleh di ajar .Hanya dapig yang pandai mengajar berdemo.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates