Rabu, 20 Julai 2011

DUHAI UMNO/BN KEDAH.. BERPIJAKLAH DI BUMI NYATA!!!!!!!!


SOBRI SUDIN

1. Buat kesekian kalinya, tulisan ini pasti tidak akan disenangi rakan-rakan dalam UMNO. Tapi suara hati dan denyut nadi rakyat Kedah majoritinya masih berkata, 'KAMI TAK YAKIN UMNO/BN MAMPU AMBIL BALIK KEDAH'.  Jadi berpijaklah dibumi yang nyata.

2. Ada rakan-rakan pimpinan, sama ada diperingkat atasan, nasional, bahagian mahupun peringkat akar umbi, yang meluahkan pandangan, cerita, komentar yang banyak darinya kurang enak. Namun jika dibuat tak endah, mereka ini juga pengundi, jika dikatakan tak mahu percaya, mereka ini juga banyak yang aku kenali punyai hubungan rapat dan akses maklumat dengan pihak pimpinan tertinggi dan pelbagai agensi.

3. Namun apa pun berita kita harus siasat, teliti dan saring terlebih dahulu, namun apabila sudah berjumpa 10 orang misalnya yang tidak ada pun apa-apa kepentingan menjadi calon, dan semuanya sayangkan UMNO, lalu mereka mengiyakan bahawa, 'UMNO Kedah sebenarnya masih tidak menunjukkan kerja yang meyakinkan rakyat untuk menang", maka komentar dan pandangan sebegini tidaklah boleh diketepi. Maka pimpinan di peringkat negeri dan bahagian serta cawangan ambillah ingatan ini. Berpijaklah di bumi yang nyata. Keluar segera dari kepompong 'sindrom penafian'.

4. Ada juga rakan-rakan lama yang bertemu dengan orang kuat tingkat 6 dan 7 di Bangunan UMNO, dan bila mereka ini berbincang dan bercakap dengan puak strategi dan pihak yang mengawal  'war room'  UMNO Kedah, maka puak strategis ini dengan penuh angkuh dan yakin menyatakan, 'UMNO Kedah confirm akan menang PRU ke-13'. 'UMNO di semua bahagian sudah bersiap sedia dan berpadu tenaga' dan 'Semua UMNO Bahagian tiada masalah, kecuali SP'. Maka dengan lafaz ikhlas dari aku, DUHAI UMNO Kedah, berpijaklah dibumi yang nyata.

5. Seperkara lagi, apabila melihat gelagat dan kawan rakan yang memegang jawatan dalam UMNO Bahagian, semua mereka confident bahawa merekalah bakal calon, dan jika mereka dicalonkan confirm mereka akan menang, dan dengan penuh yakin pula mereka berkata, 'saudara, bila saya menang sayalah bakal MB Kedah". Pesan ikhlas aku dari dalam sudut hati, 'DUHAI PEMIMPIN UMNO DISEMUA BAHAGIAN DAN PERINGKAT BERPIJAKLAH DIBUMI YANG NYATA'.

6. Sekali lagi tulisan sebegini tidaklah berniat menyakitkan hati sesiapa, cuma sebagai penulis, apa yang dilihat, didengar, diperhatikan dan pengalaman benar yang dilalui cukup sensitif bagi golongan penulis, dan gabungan kesemua itulah membolehkan penulis mencoret untuk tatapan semua.Yang elok jadikan teladan, yang buruk dibuat sempadan.

7. Apa sekalipun dibulan Syaaban yang bakal berakhir ini dan tatkala Ramadhan is just around the corner sekali lagi sebagai pensimpati pada UMNO dengan tulus ikhlas aku ingin berpesan, 'JIKA NAK MENANG DAN BELA RAKYAT BERSUNGGUHLAH BEKERJA UNTUK MENANG'. 'IKHLAS dan KOMITEDLAH DENGAN PERJUANGAN'. BINALAH KEKUATAN PARTI UNTUK YAKINKAN RAKYAT DAN PENGUNDI. JANGAN HANYA MENGHARAPKAN KELEMAHAN PARTI LAWAN UNTUK MEMBOLEHKAN KITA MENJADI KUAT. JIKA KITA LEMAH DAN TIDAK MAHU MENJADI KUAT DENGAN BERUBAH SECARA YANG WAJAR, MAKA SELAMA-LAMANYA KITA AKAN LEMAH DAN KALAH.. Maka DUHAI UMNO/BN KEDAH, berpijaklah di BUMI yang nyata.

'MARHABAN YA RAMADHAN 1432H'

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Pilihan terkahir UMNO Kedah kalau rasa nak ambik balik Kedah...kemukakan calon-calon kerusi DUN dan Parlimen yang rakyat suka..ingat..rakyat tak lagi melihat kepada parti tetapi menilai siapakan calon-calonya..

Tanpa Nama berkata...

tokoh dan calon berpotensi untuk UMNO dan BN Kedah ramai yang dah kena cantas..yang tinggal muka-muka lama ataupun yang bermasalah..masalah, masalah, masalah, bagaimana pengundi nak yakin?

Tanpa Nama berkata...

undi calon pas, dah confirm puak ni tak boleh buat kerja, parti ghebang deras, nak undi calon UMNO pula takut buat perangai lama..dilema sungguh di Kedah ni

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates