Sabtu, 23 Julai 2011

DUIT BERLEBIHAN



Kedah Times nak tanya kerajaan negeri Kedah.
1. Masa nak minta peruntukkan, mesti disediakan senarai kerja-kerja yang diperlukan. Kenapa banyak sangat duit yang lebih?

2. Apakah semasa buat penyenaraian, kerajaan negeri minta pihak berkaitan mark up gila-gila kos kerja? Ini tipu namanya!

3. Atau projek-projek yang disenarai tu tidak dilaksanakan langsung terutama yang melibatkan kawasan ADUN BN?

4. Skop kerja telah dikurangkan, sebab itu dapat berjimat dengan banyak! Apakah kerja-kerja menggunakan barangan murah dan tidak berkualiti?

Tapi kalau mengikut jawapan MB, tak disebutpun macamana mereka belanja. Sebaliknya dia dok cerita duit itu duit sapa dan kenapa depa perlu dapat duit tu. heheh

Peruntukan jalan dari Pusat adalah hak Negeri

Ditulis oleh AMELIA HASHIM Jumaat, 22 Julai 2011 10:35 -

ALOR SETAR -  Peruntukan penyelengaraan jalan oleh Kerajaan Pusat diberi kepada semua negeri termasuklah negeri Kedah adalah berdasarkan syarat-syarat penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dahulu.
  
Malah sekiranya Kerajaan Pusat diperintah oleh PR dan Kedah diperintah oleh Barisan Nasional pun syarat ini akan diteruskan, kata Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengulas tindakan tidak puas hati pihak pembangkang terhadap baki peruntukan penyelengaraan jalan raya.
  
Menurutnya, mana-mana sistem kewangan perbelanjaan tidak boleh melebihi peruntukan tetapi haruslah dibelanjakan dalam lingkungan bajet.

“Perbelanjaan tidak sama dengan perolehan atau penerimaan kerana perbelanjaan adalah mengikut bajet yang diluluskan oleh Sidang Dewan,” katanya kepada media.

Tambahnya lagi, kerajaan sekarang hanya meneruskan proses sebagaimana yang telah dilakukan oleh pentadbiran dahulu.

Ini berikutan beberapa ADUN pembangkang  tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar & Basmi Kemiskinan  YB Dato’ Ir Phahrolrazi Haji Zawawi, Kerajaan Negeri menerima RM147,535,242.00 pada tahun lalu dan sebanyak RM54,355,763.00 dibelanjakan bagi tujuan penyelengaraan 168 batang jalan raya seluruh daerah dalam negeri Kedah.
  
Seramai tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili pihak  pembangkang mempertikaikan jawapan bagi soalan dewan mengenai lebihan peruntukan penyelengaraan jalan raya yang disalurkan oleh Kementerian Kerja Raya pada Sidang DUN hari ini.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Salam kepada semua warga Kedah dan warga lain2 SeMelaysia.

Kemusyikilannya dimerata pelosok daerah, mukim, kampung ceramah PAS mengatakan merekalah perjuangan menengakkan syiar islam dan pemerintah yang sedil-adilnya dan penuh kebajikan. Itulah sumpah dan janji keraman pemimpin PAS dan Kerajaan PAS.

Pertama kali Kedah dinafikan kebajikan dan rakyat dibiarkan sengsara dalam musibah banjir. Rakyat setengahnya kehabisan air bersih untuk minuman dan mandi manda. Tiada tindakan Kerajaan Islam PAS Kedah dan malah air longkang dan air bendang jadi tempat mandi.

Kedua Rakyat Kedah dikejutkan kenaikan tarif air dan malah Kerajaan PAS menyusahkan rakyat dengan membatalkan kutipan bayaran bil air di Pejabat Pos.

Ketiga pembohongan Kerajaan PAS Kedah paling ketara apabila menaikkan cukai pintu rumah sebanyak 100 %. Kerajaan PAS menaikkan kadar Nilai Taksiran Tahunan 100% daripada kadar sediada secara sembunyi-sembunyi seperti tarikh rambut dalam tepung biar tepung tak berselerak.

Banyak lagi kalau nak siarkan.

Berpandu pada fakta2 diatas apabila pemimpin PAS ini termasuk MB Kedah melaksanakan janji-janji mereka. Ini jelaskan mereka ini apakah benar beragama islam?. Sedangkan islam mahukan setiap yang dikata dikota tetapi mereka melakukan sebaliknya.

APAKAH MB KEDAH BERAGAMA ISLAM ? DAN PEMIMPIN PAS LAIN BERAGAMA ISLAM SEJATI?

ATAUPUN ISLAM BAGI MEREKA HANYA RETORIK DAN SERBAN DAN KETAYAP PUTIH HANYALAH SENDIWARA?

TAK PERCAYA LIHAT TAMAN JATI KUALA NERANG NILAI CUKAI TAHUNAN DAHULU RM 132.00 BAGI 12 BULAN TETAPI KINI MEREKA NAIKKAN RM 132.00 6 BULAN.

INILAH RAJA SEGALA RAJA PEMBOHONGAN DAN MUNAFIK.

Mereka ini penuh penipuan, munafik dan penyagak segala raja penyagak dan raja segala raja penipu ataupu MAHA Penipu teragong.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates