Khamis, 7 Julai 2011

EKSKLUSIF BDB: KEDAH NEGERI BERSONGLAPAN: Bahagian 1


DKK 786

Kisah hanky panky Jahubar Sathik MD Bina Darul Aman Berhad(BDB) anak syarikat kerajaan Negeri Kedah bukan satu rahsia besar lagi.

SPRM, Ustaz Azizan harus bertanggungjawab. Amiruddin Hamzah dan Che Had Dali yang melobi Jahubar agar dijulang di puncak Menara BDB juga perlu bertanggungjawab.

Jangan kerana nila mamak setitik, rosak habis susu ustaz sebelanga. Ustaz Azizan mungkin kurang tahu, hari ini DKK786 akan bagitahu. Yang penting imej kerajaan PAS dan ustaz harus diselamatkan.

MD boleh datang dan pergi, jangan kerana tamakkan ufti, projek, fulus, semuanya boleh lulus. Ingatlah rakyat memerhati. Ustaz Azizan akan disanjung kerana menegakkan yang maaruf dan menentang yang mungkar.

Wahai Jahubar Stahik, Pengarah Urusan BDB benar atau tidak pada 26 Disember 2010 dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah BDB, selaku mamak tongkang anda telah mencadangkan kepada lembaga pengarah BDB untuk membeli sebuah lagi unit kenderaan Mitsubishi 4 wheel drive berharga RM400,000 (wang rakyat Kedah).

Wahai Jahubar bukankah kamu selaku MD BDB telah diberi sebuah Toyota Camry dan sebuah Mitsubishi. Benar atau tidak kereta rasmi untuk kamu selaku Mamak tongkang bukan sekadar digunakan dalam kapasiti tugas kamu sebagai MD BDB. Akan tetapi sebuah lagi kereta dan seorang lagi pemandu yang dibayar gaji BDB menggunakan duit rakyat dimanafaatkan oleh kamu untuk membawa isteri kamu. Sejak bila dalam peraturan pekeliling kewangan GLC Negeri, isteri MD boleh diberi keistimewaan untuk memiliki kereta rasmi dan pemandu rasmi.
Wahai Jahubar ingatlah, kamu telah menyalahgunakan amanah dan kamu memperalatkan segala harta rakyat negeri Kedah yang boleh menyebabkan imej MB kamu yang bergelar USTAZ Terjejas. Tindak tanduk kamu boleh mencalarkan imej Islam, parti PAS yang mendokong pemerintahan negeri Kedah.

Wahai JAHUBAR SATHIK. Ingatlah didunia kamu boleh berbohong namun di Mahsyar kamu tidak akan terlepas dari penghakiman Allah s.w.t.

Duhai JAHUBAR STAHIK, betul atau tidak kamu menggunakan dan memberi kontrak kepada syarikat guaman milik sepupu kamu VAZEER, AKHBAR & CO dalam semua urusan melibatkan projek yang dikendalikan oleh BDB. Syarikat guaman sepupu kamu juga telah diarahkan oleh kamu selaku MD untuk menyaman DATO MAHFUZ OMAR selepas YB DATO tidak puas hati akibat tindakan kamu yang menganugerahkan projek KUIN kepada IJM tanpa mengikut prosedur yang betul. JAHUBAR STAHIK.. masa kamu telah tiba. Jika kamu tidak berundur, lebih banyak perihal penyelewengan kamu akan kami dedahkan biarpun kami adalah serumpun dengan kamu berdarah keturunan DKK.

Ingatlah tindakan kamu telah merosakkan imej USTAZ AZIZAN selaku pemimpin ulama dan pemimpin disukai rakyat Kedah. Jangan kerana kamu membawa liabiliti seluruh pendokong PAS dan kerajaan PAS Kedah dimaki.. BERTAUBATLAH, INSAFLAH..

3 comments:

Inai Merah berkata...

Wahai Jahubar teruskan usaha murni kamu.

Jangan pedulikan mereka kerana buat kebajikan kepada negara adalah perjuangan kita sekarang...

abu berkata...

ahhhhhh cerita ni kompom tak betul....orang PAS mana ada buat kelaku macam tu, mana ada orang pas salah guna kuasa, orang PAs mana tau pakai camry, depa semua hidup dengan tawaduk dan rendah diri..orang PAS melaksanakan pentadbiran berintergriti dan penentangan terhadap rasuah dan salah guna kuasa adalah dasar utama kerajaan Kedah (petikan buka kedah sejahtera)...piraaah

Tanpa Nama berkata...

chehh..Ustaz Azizan la dungu. asik tido memanjang...watpe nak pi bagi amaran kat sathik mamaq tongkang tu...tukar saja kerajaan!..habeh ciritha.

Dulu tingkat 3..

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates