Sabtu, 30 Julai 2011

Goyang YB Goyang..Eeeewaaaahhhhh!!!!


Al kisah..apabila Dato' Mukhriz Mahathir menyampaikan kerisauannya gara-gara negeri Kedah semakin pesat dengan pusat-pusat hiburan maka mengakulah cerdik pandai PAS bahawa PAS tak dapat nak kawal peningkatan bilangan pusat-pusat tersebut yang didakwa PAS adalah haram.

Makanya sudah ternyatalah PAS memerintah Kedah tak ubah seperti melepaskan batuk di tangga. Acuh tak acuh. Sikap yang tidak dinyatakan dalam manifesto pada PRU12 dahulu.

Sebab apa tak terkawal? Bukankah Kerajaan negeri dah bagi banyak bonus dan bayar gaji kepada kakitangan Kerajaan negeri? Mengapa tak jalan kerja-kerja pemantauan? Atau kerana tak ada arahan daripada pucuk pimpinan Menteri Bosau?

Kedahtimes menuntut PAS bercakap benar dan menyatakan sebenar-benarnya mengapa tindakan menghalang operasi pusat-pusat hiburan ini tidak dapat dilakukan? Jawapan PAS seolah-olah langsung tak ada masalah pusat-pusat hiburan ini tumbuh melata di seluruh negeri.

Kerana apa? Takut terserbu pusat karaoke yang sedang dilawat oleh YB-YB PAS? Atau takut kamera wartawan tertangkap gambar YB PAS sedang bergelek sakan? Mana tahu kan.....

7 comments:

Tanpa Nama berkata...

21 DALIL PAS TERMASUK DALAM PERKARA-PERKARA Ajaib Dunia
Berikut adalah himpunan dalil yang menunjukkan PAS adalah antara perkara-perkara ajaib di dunia ini, di samping Taj Mahal dan Piramid;

PADA MULANYA...

1 Kata PAS: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang reda dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)

KEMUDIANNYA..

PAS berkerjasama dan berpelukan dengan DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.

PADA MULANYA...

2 Kata PAS: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.

KEMUDIANNYA..

Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

PADA MULANYA...

3 PAS kata: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi”

KEMUDIANNYA..

Selepas PAS dan rakan-rakan menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carsberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu.

PADA MULANYA...

4 PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga ?Babi”

KEMUDIANNYA..

Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan Babi bahkan mencanggihkan ladang ?!Babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan Babi’.

PADA MULANYA...

5 PAS kata: Tun Dr. Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

Tanpa Nama berkata...

KEMUDIANNYA..

Bila Tun Tun Dr. Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Tun Dr. Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Tun Dr. Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Tun Dr. Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Tun Dr. Mahathir bukan Pak Lah”.

PADA MULANYA...

6 Masa Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”

KEMUDIANNYA..

Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.

PADA MULANYA...

7 Masa Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

KEMUDIANNYA..

Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan berbagai, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

PADA MULANYA...

8 PAS kata: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

PADA MULANYA...

9 PAS kata: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.

KEMUDIANNYA..

PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

PADA MULANYA...

10 PAS kata: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.

Tanpa Nama berkata...

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah kata: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)

PADA MULANYA...

11 PAS kata: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.

KEMUDIANNYA..

PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.

PADA MULANYA...

12 PAS kata: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng libaral yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.

KEMUDIANNYA..

Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

PADA MULANYA...

13 Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.

KEMUDIANNYA..

PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Trengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

PADA MULANYA...

14 PAS kata: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara

KEMUDIANNYA..

PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

PADA MULANYA...

15 PAS kata: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”

KEMUDIANNYA..

PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

PADA MULANYA...

16 PAS kata: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”

Tanpa Nama berkata...

KEMUDIANNYA..

PAS sekarang berkempen mengwar-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.

PADA MULANYA...

17 PAS kata: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”

KEMUDIANNYA..

PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Selangor dan Kedah.

PADA MULANYA...

18 PAS kata: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).

KEMUDIANNYA..

PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

PADA MULANYA...

19 Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.

KEMUDIANNYA..

PAS kutuk depa semua dan kata macam-macam. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?.

PADA MULANYA...

20 PAS kata: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam

KEMUDIANNYA..

PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hndraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)

PADA MULANYA...

21 PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.

KEMUDIANNYA..

PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.

Tanpa Nama berkata...

KUALA LUMPUR, 28 Julai – Pas dilihat bukan sahaja gagal dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai “rakan pemerintahan” di Selangor, malah boleh dianggap sebagai penyumbang kepada maksiat di negeri tersebut.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Megat Zulkarnain Datuk Omardin berkata pertumbuhan pusat-pusat urut dan kebanjiran hotel-hotel murah di negeri itu menunjukkan bagaimana perkara yang menjurus ke arah kemungkaran tidak mampu dibanteras parti berkenaan.

Soal beliau di manakah prinsip “Amar Maaruf Nahi Munkar” yang diwar-warkan oleh pemimpin dan ayam sabung Pas yang sebelum ini cukup lantang mengutuk dan mencerca UMNO dan BN di dalam ceramah-ceramah mereka sebelum mendapat kuasa di negeri itu.

“Kita tidak perlu pergi jauh atau melihat satu negeri…Lihat sahaja di kawasan Gombak Setia yang merupakan kawasan Datuk Dr Hasan Ali yang merupakan Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, rumah urut dan hotel murah tumbuh bagaikan cendawan. Begitu juga di Melawati.

“Apakah Hasan Ali tidak nampak atau buat-buat tidak nampak gara-gara kecutnya beliau dengan sekutu mereka iaitu DAP dan PKR. Hakikat itu telah terbukti sebelum ini yang mana arak yang telah dirampas di Shah Alam terpaksa dipulangkan semula gara-gara teguran daripada sekutunya itu.

“Mungkin atas dasar itulah, kita tidak pelik perkara yang menjurus ke arah maksiat berleluasa dan itulah harga yang terpaksa ditanggung oleh Pas sebagai “pak turut” dan mereka perlu bertanggungjawab dengan menjadi penyumbang kepada maksiat di negeri tersebut,” katanya.

Semalam Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Hj Ahmad Nawawi Datuk M.Zin mendedahkan bagaimana di Syeksen 23, terdapat rumah urut selain terdapatnya hotel-hotel murah di lot-lot kedai dan kawasan perumahan.

Mengulas lebih lanjut, Megat yang juga Ketua Pemuda Gombak seterusnya berkata beliau bukannya mahu publisiti dengan mendedahkan perkara tersebut tetapi untuk memastikan perkara yang mejurus ke arah kehancuran masyarakat dapat dibendung.

“Saya mintalah kepada Pas yang lantang melaung-laungkan mereka lebih Islamik daripada segala-galanya agar memperbetulkan perjalanan dan pentadbiran kerajaan negeri hari ini yang sudah jauh menyimpang dan tidak mengutamakan lagi kepentingan rakyat.

“Itu pun kalau pemimpin Pas di negeri ini merasakan mereka ada keberanian dan maruah. Namun apa pun terpulanglah kepada mereka untuk menyahut saranan saya itu kerana kita berpolitik pun ada batasnya. Soal kepentingan dan kebajikan rakyat tetap menjadi nombor satu,” katanya.

Tanpa Nama berkata...

Nik Aziz kata PAS adalah pemimpin ulamak.Dalam UMNO tak ada ulamak.Kalau ada pun ulamak pelastik.Tapi sekarang Mat Sabun ulamak kah.Yang aku tahu nasib baik terlepas kes khalwat.PAS tipu lagi.

Tanpa Nama berkata...

>itulah sifat munafik!!!
>depa saja yg betui!!!
>waharammu...wahalalku
>jenis puak khawarij ni patut diperangi habis-habisan!!
>satu lg...puak ni jgn percaya sangat kalau bersangkut dgn IT!!!!
>BU***.....dan DU** heheh...

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates