Sabtu, 30 Julai 2011

Hadi Awang Bergelek Sakan Atas Pentas Dek Teruja Hiburan Di Kedah


Mari kita lihat goyangan dangdut Haji Hadi Awang yang sebenarnya menempelak balik Dato' Muhkriz Mahathir berkenaan isu kebanjiran pusat-pusat hiburan di Kedah. Kata haji Hadi Awang, UMNO gagal tunjuk teladan yanag baik. Hanya PAS yang mampu menunjukkan teladan yang baik waima tidur di atas jalanraya untuk sekat jalan Sultan.

Jom lihat goyangan Hadi Awang sampai terbelit leher dengan serban dek terlebih seronok. Goyang haji goyang!!!!!


Kesimpulannya pilih PAS, orang Islam bebas buat maksiat sebab PAS faham naluri dan kehendak manusia termasuklah main dengan isteri orang. Jangan risau penyokongku. Main punggong kuda pun kita boleh masuk syurga sebab kita ahli PAS! Yehaaaaa!!!!!


5 comments:

Tanpa Nama berkata...

Tentulah tidak pernah terlintas di fikiran kita bahawa Pas akan bertukar imejnya dari sebuah parti yang memperjuangkan kesucian prinsip moral Islam berasaskan kepada hukum Allah akan sampai kepada peringkat mempertahankan zina, suatu dosa besar dalam Islam.

Apa yang mustahil sekarang ini telah menjadi satu realiti. Imej Pas sebagai parti pelampau Islam telah bertukar kepada liberal dan lebih toleransi daripada UMNO dalam isu-isu keagamaan seperti soal penutupan aurat, arak, judi, hiburan dan sebagainya.

Maka itu apabila mereka mengadakan tunjuk perasaan untuk mempertahankan prinsip-prinsip ini seperti mengharamkan perjudian dan membantah konsert hiburan maka masyarakat menjadi begitu sinis terutama sekali apabila melihat sikap mereka mempertahankan klip video seks seorang pemimpin yang dua kali disahkan tulen oleh pakar pengimejan video luar negara.

Sekalipun personaliti dalam klip video itu belum disahkan 100 peratus tetapi tanda- tanda yang menjurus ke arah pengesahannya adalah lebih besar dari kemungkinan ketidakbenarannya.

Dalam keadaan ini, apakah wajar bagi sebuah parti Islam mengambil sikap terus menafikannya tanpa membuat perhitungan dari segi logik, profesionalisme dan kewajarannya.

Dari segi logiknya telah berkali-kali, Pemimpin Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tindakan saman malu terhadap media atas berbagai-bagai isu melibatkan maruahnya tetapi kenapakah dalam soal pendedahan video seks yang pendedahan oleh semua media tanpa berselindung lagi tidak diambil tindakan olehnya?

Apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sanggup menyatakan bahawa” Tak masuk syurga tuduh Anwar terbabit dalam video seks” maka ternyata beliau telah menjalankan suatu kempen ke arah mempertahankannya, mengelirukan anggapan masyarakat dan bukannya menyeru ke arah mencari kebenaran.

Sewajarnya berasaskan kepada laporan polis yang mengatakan video itu tulen maka “Tok Guru” tidaklah wajar untuk menolak sama-sekali kebenarannya. Sebagai Menteri Besar yang memahami masalah keselamatan tidak boleh menolak secara membuta-tuli setiap siasatan yang dijalankan oleh polis.

Bagaimanapun nampaknya pucuk pimpinan Pas telah berpecah dalam isu ini iaitu golongan Nik Aziz yang termasuk Ahmad Sabu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang membuat pelbagai kenyataan untuk meragukan masyarakat terhadap video seks itu.

Umpamanya Sallahuddin mempertikaikan keperluan pengesahan kali kedua yang katanya telah menyebabkan kredibiliti polis dipersoal.

Salahuddin seorang yang terpelajar nampak seperti terikat dengan Nik Aziz sehingga menggambarkan dirinya sebagai yang tidak dapat berfikir seperti majoriti orang berfikir bahawa tindakan polis mendapatkan pengesahan kali kedua itu dari pihak Amerika Syarikat semakin memperteguhkan kejujuran dan kredibiliti Polis.

Tanpa Nama berkata...

Hanya kerana disergah DAP dan takut kehilangan undi, PAS gugurkan prinsip mahu menegakkan kebenaran. Inilah bukti paling jelas bahawa PAS tidak pernah ikhlas memperjuangkan prinsip negara Islam dan mereka mendahulukan politik dalam apa jua keputusan yang mereka lakukan

Read more: http://blogtamingsari.blogspot.com/2011/07/pas-kini-tolak-hukum-islam-kerana.html#ixzz1TanMaGHm

Tanpa Nama berkata...

Tak perlulah menunding jadi menyalahkan UMNO sekiranya PAS sendiri tidak mampu untuk menutup semua pusat hiburan semasa bulan puasa. Jangan kata nak tutup pusat hiburan di negeri yang dikuasai pakatan rakyat, negeri yang ditadbir oleh PAS sendiri pun tidak mampu dilaksanakan.

Tanpa Nama berkata...

Wahai semua muslimin dan muslimat berjuanglah kejalan Allah ini kerana setiap kebaikan itu walaupun sebesar zarah akan mendapat pahala oleh Allah. Hapuskan Yahudi Laknatullah. Hapuskan niat jahat dan buruk sangka.

Benarlah apa itu :-

DAP = Dajjal Angkatan Perosak

PAS = Perjuangan Aliran Syaitan

PKR = Pakatan Kaki Rogol

Tanpa Nama berkata...

Tuduhan mesti didatangkan dengan bukti yang benar bukan fitnah yang direka-reka.Ingatlah pengakhiran hidup kita ini bukan di dunia tetapi di akhirat kelak.Semua manusia itu akan mati.Bayangkan bilamana jenazah kita diusung di dalam keranda dan kaku.Tiada siapa yang menemani kita melainkan amalan baik di dunia ini dan tiadalah naungan yang dapat menaungi kita dan membantu kita melainkan Allah SWT.Ingatlah bila MALAIKAT MAUT datang kepada kita untuk mencabut nyawa,tiada seorangpon yang dapat menangguh cabutan nyawa daripada MALAIKAT MAUT.Masa tu tangisan tiada berguna lagi pasal dah jadi mayat.Nak mintak tolong sapa?ALLAH???Tapi kat dunia lawan ALLAH.Nak mintak tolong NABI MUHAMMAD???Kat dunia lawan ajaran Nabi Muhammad.Nak mintak tolong para ulama'???Kat dunia fitnah dan menghina para ulama'yang menjadi pewaris ajaran Nabi Muhammad SAW>INSAFLAH!!!NYAWA KITA BILA@ MASA SAJA MALAIKAT BOLEH CABUT BILA ALLAH PERINTAHKAN.INSAFLAH!!!BERTAUBATLAH DENGAN TAUBAT YANG SEBENAR!!!Sebagai ingatan bersama....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates