Ahad, 24 Julai 2011

Hebat Sangat ka Majlis Peguam ni?

Rakyat marhein seperti Kedah Times yang kerjanya membela lembu dan kambing sering tertanya-tanya 'Hebat sangat ka Majlis Peguam ini'? Sehingga mereka sering cuba untuk menggangu atau mengambilalih kerja-kerja pemerintahan negara.

Apakah kerana ahli-ahli mereka yang terdiri dari lawyer, mereka merasakan yang mereka begitu berkuasa sehingga boleh mempengaruhi kerajaan dalam apa jua kepentingan mereka? Apakah kuasa mereka melebihi kuasa rakyat yang memberi mandat kepada kerajaan sekarang untuk memerintah?

Fikiran Kedah Times sehari ke sehari semakin menjuruskan kepada satu persepsi yang kurang baik terhadap lawyer-lawyer lindungan Majlis Peguam. Kedah Times sudah menganggap mereka-mereka yang berada di bawah majlis Peguam bukanlah lagi lawyer yang ingin menegak kebenaran, tetapi mereka yang hanya gila kuasa dan wang. Keadilan sudah dibuang, tetapi wang dan kuasa diutamakan.

Kini mereka lebih kepada ingin menjatuhkan kerajaan dengan pelbagai kerjabuat yang menjurus kepada apa yang pertentangan dengan perlembagaan. 

Terkini mereka ingin berada bersama Suruhanjaya Pilihanraya. Satu tindakan yang cuba untuk memasukkan elemen kepartian dalam suruhanjaya tersebut. 

Mereka menganggap yang mereka boleh melakukan apa saja atas nama majlis peguam. Jika pihak berkaitan membenarkan majlis peguam bersama SPR, maka SPR sendiri sudah tidak lagi nuetral. Tindakan dan keputusan bakal dipengaruhi kerana Majlis peguam ini sentiasa bersama mereka.

Kedah Times sebagai pembela lembu dan kambing merasakan adalah lebih senang mengawal lembu dan kambing berbanding SPR mengawal majlis peguam semasa bersama.

Kepada Majlis peguam, Kedah Times ingin menyarankan supaya kembalilah kepada perjuangan asal anda semua iaitu membantu memberi keadilan kepada pelanggan anda. Anda semua sudah berada dalam satu sistem yang berasingan iaitu sistem Kehakiman yang terpisah dari sistem-sistem lain. Janganlah cuba mencampur-adukkan sistem yang sudah berdiri sendiri dengan baiknya. 

Tumpukan kepada sistem anda sendiri. Anda lebih sesuai didalam sistem anda. Biarkan mereka dengan kebolehan tersendiri mengendalikan SPR.  

Hangpa mengaji law, tak semesti hangpa pandai pasai matematik .... hahah jangan estimate Kedah Times penjaga lembu dan kambing!

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates