Selasa, 5 Julai 2011

Kalaulah Tok Guru Nik Aziz Jadi PM Malaysia...

Jika kehebatan dan kekuatan Hang Tuah adalah terletak pada huruf 'Ha'nya, kekuatan Tok Guru Nik Aziz adalah pada huruf 'Ba'nya. Iaitu Bazar Tok Guru. Bazar Tok Guru adalah lambang kebijaksanaan dan kecerdikan Menteri Besar terhebat Malaysia ini yang sememangnya jauh menandingi kepintaran Tun Mahathir.

Tun Mahathir terlampau banyak menumpukan pentadbiran pusat dan negara. KLCC dibina di Kuala Lumpur yang berjaya menjadi tarikan pelancong seluruh dunia masih tidak cukup melambangkan kejayaan Tun. Pekan Rabu di Alor Setar juga masih tak setanding dengan kemegahan Bazar Tok Guru.

Terdapat terlalu banyak kelemahan pentadbiran Tun Mahathir dan boleh diikhtiraf Tun tak berjaya tadbir negara. Tapi Tok Guru Nik Aziz sangat-sangat berjaya kerana telah membina Bazar Tok Guru yang cukup gah di Kelantan.

Bazar Tok Guru diyakini dapat menarik pelancong asing ke negeri Kelantan. Bazar Tok Guru juga telah banyak melegakan banyak peniaga-peniaganya sebaik sahaja dibuka.

UMNO Kelantan sengaja menaikkan kemarahan Tok Guru kerana dengan sengaja menimbulkan ketidakpuasan hati peniaga kepada pentadbiran Tok Guru.

Kehebatan selama 2 dekad Tok Guru Nik Aziz mentadbir Kelantan jangan cuba diperkotak katikkan. Hanya ada satu saja Bazar Tok Guru ada di Malaysia dan telah berjaya membuka mata pelancong asing akan kehebatan pemerintahan Tok Guru Nik Aziz.

Hari ini Tok Guru sedang membawa delegasinya untuk mencari pelaburan luar ke dalam negeri Kelantan. Ingat tak hebat Tok Guru Nik Aziz? You all silaplah..

p/s : Tesco, Giants, Megamall, Pacific, Maidin dan sebagainya pun lebih kurang sama saja konsep bazarnya. Cuma bezanya Bazar Tok Guru hanya orang Melayu berniaga dalamnyya. Tapi kalau nak dikira Pekan Rabu pun dah berpuluh tahun beroperasi dan kesemuanya Melayu. Tapi tak bising pun. Tok Guru Nik Aziz perintah Kelantan lebih dari ayam bertelur sebiji riuh sekampung. Muahahahahaha..Poraaaaahhhhhh!!! Bungkus buanglah PAS dari pegang Kelantan PRU13 nih!!!

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates