Selasa, 26 Julai 2011

Minta Maaf ... belum terlambat


Kedah Times masih menunggu dan berharap agar PAS akan ambil tindakan yang sama terhadap saudara se Islam dalam UMNO. 

Pertama, kerana asyik menyalahkan UMNO sahaja dalam apa juga kebodohan, kesalahan dan kesilapan mereka. 

Kedua, kerana mengkafirkan orang-orang Islam yang menyokong UMNO. Ini telah berlarutan berpuluh-puluh tahun sehinggalah PAS tidak lagi memperjuangkan negara Islam. 

Ketiga, kerana PAS telah menderhaka kepada Bangsa Melayu dan Islam kerana bersekongkol dan bersahabat baik dengan DAP yang anti Melayu, anti Islam serta mengagungkan hanya kaum mereka.

Keempat, kerana telah mengenepikan seruan ulamak-ulamak agar tidak bersahabdat dengan DAP yang menentang Islam.

Kelima, mengagungkan Ambiga yang pro Murtad dan pro IFC yang bakal meletakkan Islam setaraf agama mereka.

Keenam, bersubahat dengan PKR dan Anwar untuk menjahanamkan negera Islam. 

Jika seorang yang berada dalam DAP pun sudah memohon maaf kepada orang Melayu kerana mengkhianati bangsa dan agama sendiri, apakah PAS tidak boleh melakukan perkara yang sama yang dilakukan oleh saudara kita ini. Pas hanya bersahabat, bukannya sudah menjadi sebahagian dari DAP.

Sedarlah sebelum terlambat..



"Saya nak minta maaf kepada seluruh rakyat khususnya yang beragama Islam atas keterlanjuran masuk DAP. Saya kesal kerana menyertai parti cauvinis ini. 

"Bagi menebus kesalahan, saya mahu berjuang dalam Perkasa bagi memberitahu rakyat terutama orang Melayu tentang apa yang DAP telah dan akan lakukan terhadap mereka," katanya. 

Beliau ditemui pada mesyuarat khas tahunan Perkasa Pulau Pinang di sini hari ini. 

Pada majlis itu, beliau menyerahkan borang keahlian kepada Ahli Dewan Tertinggi Perkasa Kebangsaan, Muhammad Zahid Md. Arif. Hadir sama Yang Dipertua Perkasa Negeri, Datuk Ahmad Saad. 

Menurut Mohamed Razali, beliau selepas ini akan mengadakan majlis penerangan bersama Perkasa bagi membongkar satu persatu 'rahsia' DAP. 

"Slogan demokrasi yang mereka laungkan selama ini hanyalah omong kosong. Mereka cuma pandai bersandiwara. "Mereka ada agenda sendiri yang orang Melayu tidak tahu," ujarnya. 

Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi sebelum ini menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi-paderi dari seluruh negara yang turut berikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu. 

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister sebagai tetamu. 

Bagaimanapun, pada 13 Mei lalu, Mohamed Razali membuat laporan bagi membantu polis melakukan siasatan mengenai penganjuran majlis itu. 

Beliau, berbuat demikian setelah kecewa dengan pembohongan oleh pihak terlibat mengenai majlis 
berkenaan - UM

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates