Ahad, 24 Julai 2011

KedahLa yang Tidak membaca dan memahami

Kedah Times ambil semula soalan yang ditulis oleh Tok Senapi dalam KedahLa. Inilah sikap penyokong PAS dari dulu, kini dan seterusnya. Kegagalan mereka adalah kerana UMNO, bukan kerana diri mereka sendiri.

Enakmen Hiburan di Kedah yang tidak benarkan operasi pusat hiburan di bulan Ramadhan diluluskan di zaman BN tahun 1997 dan diwartakan pada Februari 1998. Daripada tarikh tersebut sehingga tumbangnya BN pada 2008 (10 tahun) tidak ada satu bulan Ramadhan pun kerajaan BN kuatkuasakan enakmen tersebut. Mengapa ia tidak dilaksanakan? Adakah kerana mereka takut dan terus melutut kepada MCA? (JAWAB JANGAN TAK JAWAB)


Pertama, Kedah Times dah petik jawapan dari DS Sanusi dengan panjang lebar tentang Enakmen Hiburan 1997 yang diluluskan di DUN oleh kerajaan BN dan dipersetujui PAS. Ini menunjukkan MCA dan MIC dalam BN bersetuju dengan enakmen tersebut setelah diberi penjelasan dengan terperinci oleh UMNO.

Kedua, mungkin Tok Senapi malas nak membaca, jadi dia pun tolong jawab untuk Kedah Times, tetapi jawapannya lebih kepada menyakiti hati sesama Islam. Itulah level sebenarnya Tok Senapi. Tidak mengapa, Kedah Times tidak ambil hati kerana kita sesama Islam. Minta Tok Senapi Klik disini. Boleh dapat secara terperinci.

DS Sanusi memperincikan yang tentang KUASA enakmen ini. Enakmen ini memberi kuasa kepada pihak Majlis-majlis tempatan untuk menutup pusat-pusat Hiburan ydari pukul 6 petang pada hari Kamis malam Jumaat sehinggalah pukul 2.30 tengahari, dan juga pada sepanjang bulan Puasa. Harapan Kedah Times agar Tok Senapi boleh faham ayat ini termasuk perkataan "MEMBERI KUASA". Maka tugas Kerajaan BN telah dilaksana. Yang perlu menguatkuasakan enakmen tersebut adalah majlis-majlis Tempatan. 

Ketiganya, Tok Senapi kena faham BN yang meluluskan enakmen ini. Dan di persetujui MCA dan MIC. Kuasa telah diserahkan kepada Majlis Tempatan. Maka perlaksanaan adalah dibawah majlis tempatan. Jika Tok Senapi begitu prihatin pada masa tu, sepatutnya Tok Senapi kena lapur kepada Majlis tempatan sebarang akitiviti yang terbabit dengan larangan enakmen ini. Cuba baca pertanyaan Tok Senapi di atas sekali lagi. Mungkin Tok Senapi tak faham bidang kuasa penguatkuasaan. Kuasa sudah diberi, maka pihak berkaitan yang perlu melakukan penguatkusaan. Dan semua ini mendapat persetujuan MCA dan MIC. Soalan Tok Senapi tak relevan!

Keempat, Enakmen sudah ada, kuasa sudah diberi kepada majlis tempatan. Cuma penguatkuasaan saja yang perlu. Ini pun Kerajaan pimpinan PAS masih takut dengan DAP. Macamana nak jadi pejuang Islam? Sebaliknya Tok Senapi menunjukkan jari kepada BN kenapa tidak laksanakannya. Untuk pengetahuan Tok Senapi, sekali lagi nak Kedah Times nak kata, BN telah laksana apa yang sepatutnya, yang perlu buat selanjutnya adalah majlis tempatan kerana kuasa sudah ada ditangan. Tiada tentangan dan MCA atau MIC. Berlawanan dengan PAS yang terkedu bila disergah oleh DAP.

Kelima, Kedah Times menganggap Tok Senapi hanya ingin meng'divert'kan isu sebenar kerana kegagalan kerajaan PAS dalam soal enakmen ini. Kegagalan bermaksud yang DAP sekutu kuat PAS awal-awal lagi bagi warning kepada PAS tentang enakmen ini. Adakah MCA dan MIC bagi warning kepada BN masa enakmen ini nak dilulus dan dilaksanakan dulu?

Keenam, Kita semua dah nampak yang PAS hanya pentingkan undi, BUKANNYA ISLAM. Islam hanya mainan mulut mereka. Dan yang terangnya mereka hanya mengikut telunjuk DAP, kafir harbi penentang Islam.

Cuba Tok Senapi bayangkan jika enakmen ini baru nak di bentangkan di DUN! Sudah tentu PAS tidak mampu untuk mendapat kelulusan DUN; bukan kerana UMNO tidak sokong, tetapi kerana dengar bantahan DAP. Persoalan kita ialah apakah PAS mampu laksanakan apa yang mereka laungkan selama ini? Negera Islam, Hudud dan pelbagai lagi. Hatta enakmen yang sudah dibentang dan dilulus pun PAS tak mampu mempertahankannya!

Adiooos Tok Senapi! Soalan anda hanya soalan mereka yang malas membaca dan memahaminya!


DARI MATLAMAT MEWUJUDKAN NEGARA ISLAM KE NEGARA KEBAJIKAN

MENUTUP 13 JENIS PUSAT HIBURAN DI BULAN RAMADHAN

1. Pada ingatan saya peraturan dan undang-undang pusat hiburan di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan telah lama wujud di Kedah dan dirapikan lagi sejak tahun 1997 di waktu saya menjadi Menteri Besar Kedah.

2. Pindaan yang dibuat pada tahun 1997 ini memberi kuasa kepada pihak majlis-majlis tempatan untuk menutup pusat-pusat hiburan berkenaan dari pukul 6 petang pada hari Khamis malam Jumaat sehinggalah pukul 2.30 tengahari pada hari Jumaat, dan juga pada sepanjang bulan puasa.

3. Dengan pindaan Enakmen inilah maka pada setiap malam Jumaat semua pusat hiburan di Kedah telah ditutup kecuali di Langkawi kerana banyak pelancong. Setakat yang saya tahu tidak ada lesen pusat hiburan yang dikeluarkan kepada Umat Islam.

4. Umat Islam pula tidak dibolehkan oleh ugama Islam untuk melawat pusat-pusat hiburan tertentu bukan sahaja di bulan puasa dan malam Jumaat tetapi untuk sepanjang masa.

5. Pada waktu Enakmen ini dipinda pada tahun 1997 semua pihak setuju termasuk pemimpin dan ADUN PAS yang pada waktu itu parti mereka masih bercita-cita hendak mewujudkan negara Islam.

6. Pihak ADUN bukan Islam juga tidak menentang pindaan Enakmen ini malah ada pihak kumpulan wanita bukan Islam yang menyatakan sokongan atas penutupan pusat-pusat hiburan pada malam Jumaat kerana mereka lebih suka suami mereka berada di rumah bersama keluarga.

7. Saya dapat memahami sebabnya pemimpin MCA pusat tidak menyetujui pelaksaan Enakmen ini di bulan puasa kerana ianya tidak dilakukan di negeri lain.

8. Saya juga dapat memahami sebabnya PAS Kedah ingin melaksanakan Enakmen yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional Kedah untuk mewujudkan pindaan yang memberi kuasa menutup pusat-pusat hiburan di bulan Ramadhan.

9. Apa yang saya tidak faham ialah sebabnya PAS terpaksa tunduk kepada desakan DAP yang baru saja berjaya merobah matlamat PAS dari mewujudkan negara Islam kepada negara kebajikan.

10. Saya menjadi lebih kesal apabila Enakmen ini hendak dipinda kononnya disesuaikan dengan selera bukan Islam.

11. Jika di dalam sesebuah negara kebajikan, dan bukan Islam sekalipun, menutup pusat-pusat hiburan atau maksiat, tidaklah bertentangan, malah lebih baik untuk kebajikan.

12. PAS sepatutnya tidak takut untuk memberi kursus kepada DAP betapa PAS disokong oleh rakyat kerana PAS bercita-cita mewujudkan negara Islam.

13. Kemenangan PAS dan PKR di Kedah dalam Pilihanraya Umum ke 12 juga disebabkan ramai pengundi Melayu, termasuk ahli-ahli UMNO, yang bosan dengan kemimpinan kerajaan pusat yang rasuah, menyeleweng dan tidak cekap selain kepimpinan kerajaan negeri yang kelihatan boros.

14. Tindakan kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan PAS masa kini untuk menutup pusat-pusat hiburan di bulan Ramadhan pasti boleh membantu mereka dalam pilihanraya akan datang. walau pun UMNO pasti meletak calon yang baik dan bersih dalam PRU ke 13.

15. Menteri Besar Kedah sepatutnya tidak berunding terus dengan wakil peniaga-peniaga China sebelum pemimpin berketurunan China dalam Pakatan Rakyat, yang memahami politik PAS di Kedah berjumpa dahulu dengan mereka untuk memahamkan tujuan kerajaan itu.

16. Orang ramai di Kedah tidak akan menghormati seseorang pemimpin yang membuat keputusan sebelum meneliti dahulu implikasinya dan selepas itu merobah keputusan semata-mata kerana gagal meyakinkan pihak peniaga atas sebab musabbab keputusan itu dibuat.

17. Jika masyarakat China di Kedah masih menyokong Pakatan Rakyat maka mereka tidak akan menyusahkan Menteri Besar untuk merobah keputusan. Jika masyarakat China di Kedah sudah tidak lagi menyokong Pakatan Rakyat di Kedah kerana Pemimpin Pakatan Rakyat di peringkat pusat dikatakan bergelumang dengan maksiat, maka merobah keputusan menutup pusat-pusat hiburan di bulan Ramadhan yang mulia itu, tidak akan membuat mereka menyokong lagi Pakatan Rakyat.

18. Mungkin juga tidak ada pemimpin China dalam Pakatan Rakyat di Kedah yang boleh diharapkan oleh Menteri Besar Kedah untuk memberi petunjuk, sepanjang masa, mengenai kebajikan dan kepentingan perniagaan orang-orang China.

19. Mungkin juga peluang-peluang perniagaan di Kedah sangat terbatas sehingga hidup mereka terpaksa bergantung kepada perniagaan maksiat.

20. Saya percaya bahawa faktor utama yang menyebabkan perubahan pendirian kerajaan PAS di Kedah ialah kerana desakan dari PAS pusat.

21. PAS pusat pula tidak dapat mengelak daripada kenyataan bahawa keputusan mereka itu adalah disebabkan oleh desakan, atau ultimatum, daripada Karpal Singh.

22. Adakah PAS pusat akan membatalkan keputusan kerajaan negeri yang begitu baik dan Islamik jika Karpal tidak menggertak? Sudah tentu tidak. Mereka pasti sedar dengan dosa kerananya.

23. Pemimpin dan ahli PAS hendaklah mengenal siapa dia Karpal Singh ini. Beliau bukanlah satu-satunya tokoh politik dari keturunan Punjabi di duniaa. Perdana Menteri India juga 'Singh' bernama Dr. Manmohan Singh anak kepada Shri Gurmukh Singh dan Shrimati Amrit Kaur. 

24. Dr. Manmohan Singh telah melawat Malaysia baru-baru ini dan begitu gembira dengan keadaan orang-orang keturunan India di sini. Sebagai seorang Singh beliau memakai serban, dan beliau tidak perlu membuang serbannya, tetapi berjaya menjadi Perdana Menteri India, walau pun ethnik Punjabi adalah golongan minoriti di India. 

24. Banyak pemimpin PAS seperti Murshidul 'Am dan Presiden PAS yang memakai seban walau pun lilitannya berbeza; kalau yang mengikut Arab tidak menutup telinga dan kalau yang dari kalangan Punjabi menutup telinga dengan meninggal sedikit ruang di bawah untuk menjelaskan pendengaran.

25. Pemimpin PAS patut suruh Karpal Singh memakai serban dan bukan Karpal Singh yang mengganggu serban tokoh-tokoh PAS walau pun sudah berjaya menghapuskan matlamat usaha mewujudkan negara Islam kepada negara kebajikan.

26. Pemimpin-pemimpin Melayu Islam tidak perlu takut mempertahan prinsip perjuangan kerana menghambat kemenangan. Kejayaan atau kegagalan sesuatu matlamat ditentukan oleh Allah s.w.t. sementara cara menuju matlamat itu tidak boleh diheret melalui taktik dan cara yang mungkar.

27. Tidak hairanlah saya apabila seorang pelajar UIA yang dikatakan fanatik ugama menyatakan PAS patut ubah nama kepada PKS yang bererti Parti Kebajikan Sementara sebagaimana dulunya ia boleh di panjangankan daripada PAS ( pa - alif - sin ) yang berti Parti Islam Sementara.

28. Karpallah, yang menjadi pembela Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam mahkamah, yang menentukan masa depan Pakatan Rakyat. 

29. Semua ini disebabkan ketagih kepada kuasa yang belum dapat dan takut hilang kuasa yang sudah ada.
30. Rasa takut begini sudah menular dalam hati sanubari pemimpin-pemimpin Melayu Islam, dan akan kekal begitu, selagi UMNO dan PAS terus berpecah seperti sekarang.

31. Bangsa Melayu sangat memerlukan pemimpin yang ikhlas dan tegas dan tidak dikungkung oleh cita-cita semata-mata

32. Perkara begini tidak akan berlaku dalam PAS di zaman Allahyarham Dato' Fadzil Noor. Al Fatihah.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Sebelum memula bicara sepuluh jari disusun memohon ampun dan maaf jika kelemahan saya dan kebaikan itu datang daripada Allah SWT.

Kita disajikan dengan bahan cerita serta janji-janis manis dan bermadah daripada pemimpin2 PAS dan golongan bawahan PAS serta siulan Ahli2 PAS sebelum dan mula2 mendapat mandat menubuhkan kerajaan PAS Kedah.

Berpandukan janji2 mereka rakyat sudah tentu selesa dan jika tidak jutawan mahukan hidupnya penuh kesenangan melimpah ruah.

Antara terhebat ialah :-

HAPUS CUKAI PINTU
TURUN CUKAI TANAH
TURUN HARGA BARANG
BANTU RAKYAT DAN BAGI WANG BULANAN SARA HIDUP GLG TUA DAN IBU TUNGGAL SERTA BANYAK LAGI.

Sebaliknya semua itu hanyalah janji kosong dan penuh dusta dan pemimpin yang dilantik penuh penyagak dan penipu serta ikut landasan golongan munafik.

Kita harus ingat Hadis Nabi SAW Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

" Empat perkara ini siapa2 yang ada terhimpun pada sama sekali, ialah sebenar-benar munafiq dan siapa yang ada padanya sebahagian daripada perkara itu adalah padanya sebahagian nifaq, hatta ditinggalnya akan dia alamat (munafiq) itu : Apabila bercerita dibohongkan dan apabila berjanji dimungkirinya dan apabila bersetia dibatalnya dan apabila bertengkar mengerasi ia, berkehendakkan menang saja"

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates