Sabtu, 16 Julai 2011

KEPUTUSAN SUDAH DIBUAT..!!!!


SOBRI SUDIN.

1. Banyak telahan yang menyatakan pilihanraya umum ke-13 bakal didakan selepas sambutan Hari raya Aidilfitri 1432 h bersamaan tahun masihi 2011.

2. Sebenarnya tarikh pilihanraya tidak lagi menjadi isu sekarang, persoalan dasarnya ialah siapa pilihan rakyat dan pengundi untuk pilihanraya kali ini khususnya dalam konteks negeri Kedah Darul Aman.

3. Aku tidak lagi berminat untuk membuat analisis atau menulis secara empiris akan peluang BN dan prospek PR untuk mengambil kembali atau mempertahankan KEDAH.

4. Hakikatnya prestasi kedua pihak ini terlalu mengecewakan. Biarlah UMNO Kedah khususnya terus-terusan berbangga dan yakin bahawa mereka akan kembali memerintah Kedah. Biarlah PAS, PKR dan DAP dengan angkuh dengan segala macam medium, wahana propaganda berulang kali menguar-uarkan bahawa rakyat Kedah tetap menyokong mereka. Siapa pun yang mahu syok sendiri biarkanlah, ini negara demokrasi, semua punyai hak. Apa pun jua yang UMNO atau BN Kedah mahu lakukan, atau apa pun jua strategi PAS, PKR dan DAP kali ini, sebagai rakyat dan pengundi kita nilai dan teliti aksi-aksi si badut dua puak yang terus bertelagah ini semata-mata mahu memerintah negeri.

5. Biarlah kedua belah pihak ini dengan mainan politik ibarat 'budak-budak berebutkan coklat'. Biarkanlah mereka dengan angan-angan masing-masing. Bagi puak UMNO, semua merasakan mereka layak jadi calon dan layak jadi MB. Bagi parti Islam berkebajikan, mereka dengan angkuh dan yakin merasakan bahawa Azizan atau siapa sahaja selepas ini akan terus dinobat selaku MB rakyat. Biarlah, tidak salah untuk berangan-angan dan tidak pula salah punyai cita-cita besar.

6. Namun disebalik semua itu aku yakin sebahagian besar majoriti pengundi di Kedah sudah membuat keputusan siapa yang akan mereka pilih. Dan tanpa mahu lagi terlalu memikirkan 'politik yang kian membosankan serta jijik lagi memualkan' sebagai pengundi, aku hanya menunggu hari untuk membuang undi. Kerana keputusannya sudah ditangan, pendirian sudah ditetapkan, siapa yang aku, atau ratusan ribu pengundi di Kedah akan pilih 'BIARLAH RAHSIA'. Kerana undi adalah 'RAHSIA'.

7. Justeru kedua belah pihak baik BN, UMNO atau PR di Kedah tidak usahlah terlalu ghairah berkempen itu dan ini. Tidak perlu lagi menjadikan dada akhbar, ruang media cyber atau media lain sebagai platform menunjuk angkuh menyata itu dan ini. Tidak perlu lagi berceramah perkara-perkara yang sering diulang-ulang. Tidak perlu lagi menambah dosa dengan strategi jahat membuka aib, mengata orang dan mempelekehkan peribadi pemimpin lawan. Baik BN, atau PR dua-duanya sama sahaja, 'political animal'. Sasaran utama 'mendapat, menambah dan mengekalkan kuasa politik'.

8. Rakyat bukan lagi bodoh, rakyat kian meluat dan jijik dengan hipokrasi dan tingkahlaku politik BN mahupun PR yang bukanpun berakarkan usaha menyelesaikan isu rakyat secara total. Lebih jijik kedua belah pihak ini kian takbur dan tinggi sikap assobiyah mereka, sehingga ramai yang sekadar mengikut membabi buta.Yang kaki bodek, kipas, angguk-angguk, geleng-geleng tidak terkira ramai biangannya. Cari makan la katakan!!!!!.

9. Yang lebih dipentingkan oleh setiap pihak hanyalah iseng-isengan dan laungan ataupun sindir menyindir bahawa, 'AKU LEBIH BAIK DARI ENGKAU', 'KAMI LEBIH ISLAM DAN BERKEBAJIKAN DARI KAMU', atau 'PIHAK KAMI LEBIH DEMOKRATIK DAN UTAMAKAN RAKYAT BERBANDING PIHAK KAMU'.
10. Cukup-cukuplah slogan, retorik atau kata mual yang semuanya sudah menjadi KLISE. 'BN MENANG KEDAH SENANG KA', ATAU 'KEDAH SEJAHTERA NIKMAT UNTUK SEMUA KA', hakikatnya semua itu sekadar ungkapan slogan, ayat yang indah dari rupa, ayat-ayat kosong yang direka dan sekadar direncana bukannya BERSUNGGUH dan ikhlas mahu DILAKSANA..

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

Tak hairan PRU ke-13 kali ni, banyak undi rosak dan banyak pulak yang tidak akan keluar mengundi..rakyat dah bosan dengan semua parti..Nak harap pada siapa lagi?

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah macam tu kesudahannya, apa pilihan yang pengundi ada?. Takan nak undi calon bebas kot?. Atau kuasa pemerintahan kita kembalikan sahaja pada sultan dan pentadbir negeri?. Harapkan ahli politik lebih banyak yang suka berjanji dari berusaha untuk menepati

MAYA as berkata...

PRU 13 nanti rakyat sebenarnya sudah boleh buat perbandingan secara kasar akan UMNO dan PAS.Baik buruk UMNO dan PAS sudah boleh dilakar dan dihujah.Cuma rakyat yang bebas tanpa parti ingin sangat nak melihat siapa calon yang nak ditonjolkan oleh UMNO khasnya.Calon UMNO mesti bersih berwibawa berakhlak berkelulusan berhemah.Tentang usia bukanlah soal utama.Asal boleh berhidmat sebagai suara rakyat.Kalau pemimpin pun kereta bercermin gelap bagaimnana rakyat mahu melihat mereka.PAS sudah mulai meleset hari ini.Mereka pun dah kurang calon hebat.Kehebatan mereka cuma masa jadi pembangkang dulu.Tapi bila jadi kerajaan PAS mereka pun kaki kencing juga.UMNO ada harapan .Pastikan calon yang hebat dari segi akhlak dan kelulusan dan imej.Rakyat mahu lihat siapa calon nya.UMNO jangan sesekali tampilkan calon kaki judi,kaki betina,kaki merapu,kaki hutang dsbnya. Kalau nak menang laaa.Jawatan dalam UMNO orang tak mahu nilai lagi hari ini.

Putera Gunung Jerai berkata...

Seluruh barisan kepimpinan dan ahli UMNO wajib ambil iktibar dan ingatan akan apa yg telah berlaku di UMNO Padang Serai dimana Ketua bahagian nya letaka jawatan kerana soal akhlak.Manakala UMNO bahagian Jerlun kerana dua orang kuatnya terlibat dgn isu akhlak juga.Begitu juga UMNO SungaI Petani kerana daya kepimpinan yang lemah dan kucar kacir.Apa yg jelas tiga kawasan parlimen sudah bersamaalah sama sekali.Diwaktu ini UMNO diKedah kena betul bersih.Pengundi sedang buat saringan soal ini.Dilihat UMNO dan PAS sama sahaja.Cuma faktor calon yg akan memberi kelebihan untuk menang.Di Baling PAS sudah letih dengan isu Wang Tabung Memali.UMNO kena cari calon ulama dan berwibawa.Harapan UMNO pun cerah di Baling.Calon UMNO kena hebat dan imej baik dan bersih.PAS pun sudah goyang di Baling.UMNO kena kerja kuat dan laju.Pengundi akan buat keputusan bila calon UMNO hebat.

Tanpa Nama berkata...

> kita org islam wajib mengundi dengan suasana yg ada sekarang

>kita wajib menolak parti pas...macam kita tolak alarqam n almaunah...
>kalau undi pas...samalah macam kita undi Dapig.
> pas sudah menjadi kuda.....kuda balaci dap n pkr.
> pihak umno n bn perlulah menengahkan calon2 yang baru....bukan calon recyle..
> contohnya calonkan datuk jamilkhir ka....mukhriz ka....untuk dun
> sebab bila depa menang dun...depa boleh najib lantik atas perkenan sultan kedah jadi mb!!!
> hampa setuju ka???
>

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates