Selasa, 5 Julai 2011

Kuch Kuch Hota Hai Versi Khalid Ibrahim Dengan Ambiga


Akhirnya Khalid Ibrahim tawarkan stadium Selangor untuk Bersih 2.0. Bagus. Bermakna ringanlah bebanan tugas Kerajaan Najib Tun Razak. Apabila dibuat di stadium Selangor maka banyaklah 'rumors' yang mula berbunyi.

Wang untuk penganjuran perhimpunan Bersih 2.0 sudah banyak dilaburkan oleh pelabur luar. Kata orang dari pihak mana ianya datang kepada pihak itulah dipulangkan. 

Pembangkang berjaya mencipta satu penyelesaian yang sangat dramatik di mata belia. Tolaklah segala jenis huru hara dan kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh pihak polis, Kerajaan, SB dan rakyat di mana sehingga setakat ini hampir 4000 laporan polis dibuat untuk menghalang perhimpunan Bersih diadakan.

Kita lihat sahaja bagaimana huru hara yang dibentuk mereka akhirnya ditutup sesama mereka. Jenis kepimpinan paling bacul dan paling sundal inilah yang didambakan oleh mreka-mereka yang tidak pernah berasa puas selagi tak pegang kuasa.

Dan hari ini Khalid memunculkan dirinya sebagai wira. Maka akan berkompromilah segala jenis manusia yang bertindak atas stau matlamat bagi mengabui mata rakyat. Pembangkang sangat-sangat tertib dalam menyusun langkah. Bukankah Kedahtimes sudah bagi klunya..Plan 'A' tak jalan, 'plan' B sehingga 'plan' Z sudah tersedia.

Sebagaimana Yahudi menawan dunia melalui hiburan seperti itulah pembangkang yang mendekati belia dengan menaja dan memberi bantuan kewangan kepada belia-belia yang berkecimpung dalam bidang seni. Dikhabarkan bahawa di serata ceruk di Kuala Lumpur dan Selangor, kebanyakan aktiviti seni anak-anak muda telah dibiayai dan diberi sokongan 100% oleh mereka atas nama kebebasan bersuara. 

Dan cara mereka dalam mengabui mata rakyat juga disulami seni menyusun strategi umpama melodi yang digilai dan didambakan belia yang ternyata gagal dikesan oleh kita.

Di mana ada kelemahan perhatian Kerajaan terhadap golongan-golongan yang terwujud di Malaysia, di situlah bertapaknya pengaruh pembangkang.

Licik PKR selicik fungsi partinya yang bergerak secara tersusun walaupun bilangannya sangat sedikit. Bergerak secara minoriti tetapi berkesan. Cara bangsa manakah mereka bertindak? Fikir-fikirlah..

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates