Khamis, 28 Julai 2011

Ludah jatuh pelepuuuk ke batang hidung sendiri ..


1. Apabila fakta diberi dan tidak dapat dijawab oleh blogger PAS dan kerajaan Negeri,  perkataan biasa yang mereka lemparkan ialah 'Muhong, Fitnah, Makihamun, Kutuk, mencarut, hina, gelaran buruk dan pelecey' dihamburkan sewenang-wenangnya. Begitulah JAWAPAN Standard mereka jika tiada modal nak jawab. Jika ditunjuk gambarpun, mereka akan kata gambar telah di adun dengan photoshop atau paint.

2. Kemudian mereka bakal mengatakan yang penulis upahan UMNO ini dapat elaun beribu-ribu (RM3000) dari Datuk Mukhriz dan pelbagai lagi tuduhan yang mereka 'rasa' betul.

3. Jawapan tidak mereka beri sebaliknya tuduhan mereka lontar, itulah pencacai PAS dan kerajaan negeri lakukan setiap hari.

4. Rupa-rupanya baru Kedah Times faham yang mereka menulis tentang diri mereka. Cuma mereka ubah karektor sahaja. heheh

Kedah Times petik tulisan pencacai PAS/Kerajaan Negeri. Pembaca boleh nilaikan sendiri sifat sebenar mereka. 50 tahun lebih mereka diajar sebegini. ..

Tiap pagi sebelum selak setimbun akhbar kat ofis, ayat yang terpantul dari Tok Senapi sampai rakan-rakan lain pun dah boleh agak ialah, “Hari ni depa nak muhong apa pulak?” atau ayat-ayat yang semaksud dengannya.


Begitu jugak setiap kali TS buka blog-blog pro UMNO Be End, yang nak dicari ialah ‘apa fitnah depa hari ini.’ Kalau blog atau laman maya TS mulakan dengan puak belah sana punya dulu terutama dari Kedah… Kedah Taims, Pelantaq Lucah, Mami Rocker, Mabok Times, Jin Kacau Kampung Kota Sarang Semut dan macam-macam lagilah. Walaupun sarat dengan ‘maki hamun, mencarut dan penghinaan’ tapi TS tak kisah baca jugak sebab nak dapat info fitnah, kalau perlu jawab, tak perlu biarkan… Ohya ada satu lagi blog UMNO Kedah yang maki hamunnya tidaklah keterlaluan iaitu JOM GODAM tapi dah bungkuih, mungkin sebab tidak bernaung bawah Mukhriz maka tak dapatlah elaun RM3000 sebulan seperti dinikmati bloggers UMNO Be End yang lain. Jenis UMNO kalau buat kerja takdak RM$$$ mana boleh buat..

Hasilnya tiap-tiap hari terjumlah senarai pembohongan dan fitnah UMNO Be End yang berkajang-kajang. Ishh kalaulah TS ni jenis orang yang tak pikiag halal haram seronok jugak pi minta apply jadi blogger UMNO dekat Mukhriz.. dapat RM3000 sebulan lepas tulis ikut suka nak tulis apa, tak payah buat homework, reka cerita macam penulis novel, karang + fitnah + mahihamun + kutuk + mencarut + gelaran buruk + penghinaan + pelecey dan macam-macam lagilah. NAMUN Alhamdulillah TS bersyukur kerana tidak termasuk dalam golongan tu yang cari rezeki dan suap mulut anak bini dengan duit haram, duit hasil fitnah dan pembohongan.

Untuk pagi ni..TS tak mau jawab apa-apa sebab kebanyakan fitnah yang dibuat hari ini adalah isu lama yang diberi nafas baru. Cuma nak ingatkan bloggers UMNO Be End.. ingat sama kat Allah, ingat sama kat akhirat… kita semua nak mati pakat2 nak pi sana. Padan ka nak bawa bekal dosa berkandaq-kandaq hak dok buat fitnah kat atas dunia tuu…. Fikir-fikirkanlah..idak dapa

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

BLOGGERS PAS ni semuanya lebih sudu dari kuah..

Hanya 3 4 kerat sahaja yg memang beretika

aku berkata...

================================================
"TS tak mau jawab apa-apa sebab kebanyakan fitnah yang dibuat hari ini adalah isu lama yang diberi nafas baru."
================================================a'aahh...ala2 macam kes altantunya (dan kes2 lain)yang tak dak video...tak dak bukti...bla bla bla...dan sentiasa berubah2 'jalan cerite' ikut sesedap 'logik akai depa' berdasarkan 'isu semasa' (almaklumlah sentiasa akan diberikan 'nafas baru'...)

kalau setakat jawab ber'modalkan' air liuq...lepaih tu tukaq sana tukaq sini...ikut mana yang dan...sape2 pun boleh...

================================================
"Cuma nak ingatkan bloggers UMNO Be End.. ingat sama kat Allah, ingat sama kat akhirat… kita semua nak mati pakat2 nak pi sana. Padan ka nak bawa bekal dosa berkandaq-kandaq hak dok buat fitnah kat atas dunia tuu…. Fikir-fikirkanlah.."
================================================
tang ni mmg sama2 kena peringat....lebih2 lagi pasai kebenaran....dan kesabaran....pasai nak buat ketentuan sape masuk neraka sape masuk syurga tu...urusan Allah yang Maha Esa...bukan kat tangan makhluk......sama2 ingat ya...

depa nak cakap pasai kebenaran...?

kebenaran macamana yang golongan 'assabiyyah' PAS ni nak perakui....? sedangkan sumpah laknat yang mintak laknat daripada Allah sekiranya yang bersumpah tidak berkata benar dengan kesaksiannya adalah Allah S.W.T...depa tak terima....video yang 'terang2an' pun depa tak terima....bla bla bla....tetiba ja suruh fikir2kan..?

masalah depa ni satu ja....ANGKUH...(da macam AZAZIL )sampaikan bagi depa ni...seorang muslim tu belum tentu muslim selagi tak 'menganut agama PAS'....gile mereng! depa letakkan 'ilmu' depa tu lebih tinggi daripada iman depa pada Allah yang Maha Esa....

depa ni da tahap gilerrr biolll!

Tanpa Nama berkata...

Nik Aziz sudah terlalu takbur
TUMPAT 22 Nov. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.
Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah, 64, berkata, beliau membuat teguran secara terbuka itu biarpun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas itu sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan beliau mentafsirkan al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.
''Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di madrasahnya di sini baru-baru ini.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, teguran yang dibuat oleh Persatuan Pondok Kelantan ditolak mentah-mentah oleh Menteri Besar Kelantan itu termasuk memorandum yang dihantar kepadanya pada penghujung tahun lepas.
"Teguran dibuat agar beliau lebih berhati-hati supaya tidak memesongkan akidah, tetapi beliau seolah-olah menyamakan kami dengan ahli UMNO sedangkan kami berjumpa dengannya penuh rasa hormat.
"Malah, saya sendiri pernah dua kali mengunjungi rumahnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi semasa tetapi gagal menemuinya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz sebelum ini dalam memberi gambaran terhadap sifat Allah dan Nabi Muhamad SAW.
Ia juga berhubung penolakan Nik Abdul Aziz terhadap pembentukan kerajaan perpaduan, penghargaan terhadap orang bukan Islam membaca al-Quran dan isu penjualan arak yang berleluasa di Selangor.
Terbaru ialah mengenai isu Nik Abdul Aziz menerima tajaan untuk menunaikan haji pada musim ini dan soal orang ramai cuba mengambil keberkatan melalui dirinya.
Abdullah menarik perhatian bahawa kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi.
"Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am," katanya.
"Madrasah saya terikat kerana masalah dasar saja iaitu al-Quran dan hadis. Dari situ saya muafakat (dengan Pas) tetapi pembawaan Nik Abdul Aziz dari segi akidah dan fikah saya menentang selama-lamanya dan habis-habisan.

Tanpa Nama berkata...

"Bukan saya suka nak memecah-belah atau menghuru-harakan masyarakat, kita berani dan bersedia nak berdebat dengannya seperti dalam ceramahnya sebelum ini yang menyatakan Nabi Muhammad SAW masa kecil sama dengan orang kampung seperti kita," katanya.
Beliau juga amat kecewa dengan tindakan melulu Nik Abdul Aziz menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sedangkan ia menyentuh kepentingan umat Islam dan kuasa politik Islam.
Katanya, dalam keadaan sebegini, tentunya wajib bagi Pas dan UMNO bekerjasama bagi menjaga kedaulatan agama kerana situasi politik pada masa kini amat membimbangkan apatah lagi rakan politik Pas secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam.
"Beliau terlalu takbur, tanpa sebarang perbincangan beliau telah menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana syak wasangka. Perkara yang lepas (Pas keluar dari UMNO) biarlah berlalu, sekarang orang lain yang menerajui UMNO.
"Kita wajib mempertahankan kedaulatan orang Islam walaupun kita kata mereka (UMNO) tidak berdasarkan Islam.
"Dasar UMNO begitu disebabkan terdesak pada mula-mula penubuhannya disebabkan tekanan British dan kurang pengalaman dalam agama,'' ujarnya.
Menurutnya, selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada di barisan hadapan pemerintahan.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates