Isnin, 25 Julai 2011

Mati dan Keuntungan Politik

Sebelum diteruskan penulisan ini Kedah Times nak ucapkan terima kasih semua kepada para pelawat yang sudi datang melawat blog ini. Apalah sangat blog KEdah Times ini jika tiada pelawat seperti anda semua. Tak lupa juga pelawat-pelawat dari pihak pembangkang yang sudi menjenguk dan copy & paste artikel dari Kedah Times untuk diulas dan sebagainya. Kedah Times amat berterimakasih.

Kedah Times ingin secara ringkas menulis tentang kematian Teoh Beng Hock dan Datuk Sosilawati yang kedua-duanya berkait dengan Majlis Peguam atau Bar-ua Council.

YDPA telah memperkenankan supaya RCI ditubuhkan untuk menyiasat kematian Beng Hock atas desakan DAP dan Majlis Peguam DAP. Sehingga keputusan RCI diumumkan, DAP dan Majlis Peguam DAP masih menyalahkan pihak SPRM yang membawa kepada kematian Beng Hock. DAP dan Majlis Peguam DAP masih tidak boleh menerima keputusan RCI sehingga mengderhaka kepada YDPA. 

Kita masih tertanya-tanya kenapa mereka begitu ambil berat di atas kematian Beng Hock yang disahkan membunuh diri. Sepatutnya mereka lebih mengambil berat untuk menjaga kebajikan waris-waris Beng Hock, bukannya mencari kesalahan orang lain atas penyebab kematian. 

Apakah ada kes lain yang ingin ditutup oleh DAP dan Majlis Peguam DAP? Apakah Beng Hock menyimpan terlalu banyak rahsia kekorupan DAP yang mana kebanyakan ahli Majlis Peduam DAP adalah ahli DAP sendiri? Kenapa tak let it go saja kerana semua siasatan telah dilakukan dan hasilnya telah diumumkan?
Tapi kita faham DAP adalah saki baki Kominis yang menyerang Malaysia pada 13 May 1969, mereka akan menjadikan apa saja isu demi menghuru-harakan orang Melayu. Dan kini peluang itu sudah kembali dan mereka sedang melakukannya, tetapi kali ini mereka dibantu oleh orang Melayu sendiri termasuk dari PAS dan PKR.

Kematian Beng Hock juga diratapi oleh prnyokong PKR dan PAS. Mereka rela hadir menngangguk kepala depan mayat Beng Hock. Mereka rela membakar lilin mengingati kematian Beng Hock. Mereka anggap semua itu sebagai satu perjuangan mulia.

Tetapi yang menariknya kenapa kematian jutawan kecantikan Datuk Sosilawati tidak sedikitpun mereka sentuh. Malah DAP, PKR dan PAS tak teringinpun nak sebut tentang kematian misteri tersebut. 

Kenapa penyokong-penyokong PAS tidak mengadakan majlis tahlil atau sebagainya bagi mengingati kematian Datuk ini? Kenapa Majlis Peguam DAP yang sering melaungkan hak asasi manusia tidak menyentuhpun kes Datuk ini, sebaliknya ahli-ahlinya memilih untuk menjadi peguambela kepada yang tertuduh?

Kenapa?

Kerana tiada keuntungan politik! Dan PAS sebagai parti yang katanya memperjuangkan Islam  negara berkebajikan tidak bersuarapun dalam hal ini. Apakah mereka awal-awal lagi disergah DAP dan Majlis Peguam DAP?

DASARRRRR HIPOKRIT!!!!!

0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates