Ahad, 10 Julai 2011

Melayu Akan Hilang Di Dunia Kecuali Melayu Bodoh. PAS Ok Saja..


Perhimpunan haram kelmarin yang telah kita sama-sama lihat dan baca melalui blog-blog Pro Kerajaan mahupun pro pembangkang dan juga media-media perdana memberi hanya satu kesimpulan iaitu pembangkang wajar dikenali sebagai parti yang suka menimbulkan huru hara dan tidak bertamadun.

Kedahtimes ingin bertanya secara ikhlas kepada PAS dan PKR kerana adanya saudara yang satu bangsa dan satu agama. Tak malukah anda semua dilabel sangat gemarkan perbuatan biadap dan samseng? Tak malukah bergelar ahli PAS yang rata-rata memperlihatkan kerendahan akhlak dan keintelektualan diri?

Tak malukah anda kerana dikenali sebagai melayu yang mudah diperkudakan dan bertindak terlampau jauh dari rasional.

PAS terutamanya parti yang cukup lekeh dan murah.Tahu makna murah? Murah kerana ahli-ahlinya bukan sahaja boleh dimamah oleh Yahudi tanpa perlu pakai senjata pun tetapi cukup dimanipulasikan otak dan akal.

Apa gunanya berteriak dan memalukan diri kepada bangsa lain dalam perhimpunan yang sangat-sangat menyusahkan orang ramai?

Berbanggakah dengan gambaran bahawa parti pembangkang menternak perusuh dan samseng yang tidak punyai otak?

Sudahlah ditangkap kemudian dijamu seperti orang yang diraikan. Cara layanan polis kepada mereka semua bukanya bertujuan mencari publisiti kepada PDRM tetapi sebuah sindiran dan perli yang cukup padan dan bersesuaian dengan sikap mereka.

Satu bahasa yang cukup mudah dan tak perlu Kedahtimes tulis panjang-panjang. MEMALUKAN!

Dan kepada yang telah ditangkap, balik rumah, pi rendam baju Kuning yang telah dipakai kemudian minum air rendaman tersebut. Itu sahaja yang layak untuk para peserta demonstrasi. Masih bangga kerana menyertai perhimpunan kelmarin? 

Kelmarin beruluh ribu rakyat yang ingin masuk KL telah terperangkap dalam kesesakan jalanraya disebabkan perhimpuna BERSIH ini. 

Rasulullah bersabda, "Barangsiapa memudahkan kesulitan saudaranya niscaya Allah akan memudahkan jalannya ke syurga." Hadis Riwayat Muslim.

Adakah PAS berkelakuan seperti yang diunjurkan oleh Rasul dalam hadis ini? Tak perlu mungkin sebab kedua-dua belah kaki mereka sudah berada di syurga dengan menjadi ahli PAS. Sebab itu kesusahan orang lain adalah perkara kedua atau ketiga dalam memenuhi kepuasan hati mereka. 

1 comments:

CraNell berkata...

Assalamualaikum, salam 1Malaysia

saya mewakili pihak mykmu.net ingin menarik perhatian pihak tuan
bahawasanya...laman web mykmu.net akan mengadakan Majlis Himpunan penulis
penulis maya (blog Politik shj) pada 14, 15 Oktober 2011, Insya'Allah ..Perdana
Menteri Malaysia akan turut menghadiri majlis tersebut…

Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu penginapan akan disediakan dan voucer minyak pecuma….

Mohon pada pihak tuan agar memyebarkan berita ini kepada rakan rakan tentang perkara ini....

Tuan boleh menghubungi saya di email cranell@mykmu.net merangkap
setiausaha kerja mykmu.net bagi sebarang pertanyaan dan pengesahan.

jika berminat sila berikan nama, namablog dan no fon di email tertera diatas untuk pendaftaran dan segala detail mengenai majlis tersebutkan akan disms kepada pihak tuan..

segala kerjasama pihak tuan amatlah dihargai....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates