Isnin, 18 Julai 2011

ORANG KEDAH BUAT MUDAH, ORANG PERLIS BUAT BOLEH.!!


SOBRI SUDIN

1. Lelucon atau ungkapan 'orang Kedah buat mudah dan orang Perlis buat boleh' antara ungkapan lucu yang sudah sebati dalam mengambarkan ciri sosio-budaya kedua masyarakat yang tinggal berjiran ini.

2. Bila timbul isu larangan operasi ke atas 13 jenis hiburan di Kedah sepanjang Ramadhan kesan Enakmen Hiburan dan tempat-tempat Hiburan yang telahpun diluluskan tapi tidak dikuatkuasakan sepenuhnya oleh BN mulai 1997, aku tertawa sendirian. Tu la,  'mentadbir ni bukan setakat atas kertas atau dengan air liur, marah-marah, dan alasan tai chi yang bukan-bukan'.

3. Akan tetapi mentadbir kena ada kesungguhan, 'do the right thing', teguh pendirian, dan bersungguh serta tidak gentar dalam tindakan. Mentadbir bukan boleh buat mudah, kena ambik kira semua aspek, strategi, pendekatan.. Pasai tu la pepatah ada menyebut, 'KATA DULANG PAKU SERPIH, LA HANGPA DAH PERINTAH, BUAT LA BAGI BOLEH'.

4. Sekarang jenuh Azizan menepis desakan Kita Siang, Guan Eng, dan Karpal Singh. Yang UMNO pun tumpang semangkuk, Gerakan tunggu nak saman, MCA tentang, PAS kian pening, nak daulatkan hukum hakam Islam atau nak jaga hati pengundi Cina dan masyarakat bukan Islam.

5. Bagi aku prinsip asasnya mudah, yang pegang kuasa sekarang ialah PAS sebagai teraju Pakatan di KEDAH. Jika Enakmen sudah jelas, keputusan EXCO sudah nyata, apa lagi????  Istiqamah dan tunjukkanlah keazaman politik(political will) untuk laksanakannya. Kalau komited dengan Islam, bukan sekadar bulan Ramadhan, pusat hiburan yang boleh galakkan kegiatan tidak berfaedah dan pusat nombor ekor, judi sama ada yang berstatus ada lesen atau pun tidak, tutup sahaja. Barulah PAS dengan prinsip kesungguhan menjayakan tarbiyah dan dakwah Islamiyahnya akan dihormati.

5. Bagi aku PAS dizaman Ustaz Fadzil Noor lebih hebat. Berjaya menunjukkan mereka sebagai pengimbang dan pengawas kepada dasar-dasar Islamisasi yang dijalankan oleh UMNO. Jika tak kena mereka tegur dan imbang balik, barulah umat Islam dan pelaksanaan syiar serta syariat Islam akan lebih mantap dan kehadapan.Yang untung siapa? Umat Islam keseluruhannya jugak..

6. Namun PAS sekarang lebih pragmatik, liberalis, keliru, haru biru, kurang tegas dalam soal Islam, lebih banyak menurut dan terpaksa tunduk pada pihak lain atas nama kerajaan Pakatan untuk melaksanakan perkara dibawah domain dan kuasanya.

7. Jangan gentar wahai PAS, jika bersungguh dan ikhlas hati kamu semua melaksanakan Islam hanya kerana Allah dan bukan kerana niat lain, sebagai umat Islam aku akan sokong sepenuhnya. Islam sebagai ad-deen jika mahu disuburkan secara menyeluruh kita wajib sokong tanpa mengira parti Melayu Islam mana sekalipun yang memulakannya. Tapi jangan pula ada niat terselindung dan tersirat yang berkisar pada dolak dalik.

8. Sebab itu antara ulama PAS yang aku hormati adalah Dr Harun Din, orang Perlis. Ini baru betul ulama salaf, kenyataan dan pandangannya tidak merapu seperti Nik Aziz, Khalid Samad atau lain-lain 'alamak' dalam PAS. Dan banyak subjek yang dia ajar di Fakulti Pengajian Islam di UKM dulu, aku turut ikuti secara elektif dan secara mendengar syarahannya dari masa ke sama sungguhpun aku dari Fakulti lain.

9. Dan jika dilihat amalan Islam di Perlis yang dikatakan Wahabi itu aku tidak setuju sama sekali, Islam itu mudah, dan tidak menyusahkan umatnya. Islam tidak berbelit-belit, very straight forward dan tidak bercabang dan bermaksud mengelirukan penganutnya dan umat manusia yang lain sepertimana lidah sesetengah orang..

10. Maka tunggu apa lagi duhai MB Negeri ku, AZIZAN, jangan gentar dan tunduk pada desakan DAP. Untuk pertama kalinya, buatkanlah kami rakyat Islam Kedah berbangga dengan kesungguhan YAB MB untuk mendaulatkan hukum hakam Islam di Kedah. Kuasa untuk diupaya bukan digelinte sehingga terlena, USTAZ.. TAKBIR!!!!!

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Biar rakyat menilai-itu kata azizan,memang kami tengah menilai, sampai tak dak benda apa nak nilai kejayaan puak pas ni..memalukan bangsa dan rakyat negeri kedah saja. ingat rakyat kedah ni bodo ka, tunggu pilihanraya nanti, kita pakat kambus puak pas dalam kolam ikan keli.

Average Joe berkata...

Peghelih 1, Kedah 0 :-p

Tanpa Nama berkata...

aku sokong semua pandangan di atas tu. Kut hampa nak tau PAS la ni dah tak jadi parti tunggal macam dulu ni.... la dia dah pekecik diri dia sendiri. Hampa tau pasai apa aku kata macama tu? Pasai PAS la ni jadi sayap DAP. Bila sebut sayap maknanya dia dok dekat ketiak DAP. He he he.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates