Jumaat, 1 Julai 2011

ORANG PAS TAK PANDAI MATEMATIK

Kedah Times nak tergelak cara Saiburi Sudin (Bukan Sobri Sudin) memberi komen tentang hasrat DAP untuk menukar perlembagaan jika PR dapat memerintah. Tak tahu pulak kenapa dia guna nama Saiburi, mungkin dia tatau maksud sebenar Saiburi, dia cuma seronok-seronok celok dari Saiburi Times. (tulisan tersebut di cut & paste oleh asfanizam dibawah yang sama-sama menunjukkan kejahilan dalam matematik).

Kedah Times tidak menyentuhpun tentang matematik dalam isu DAP nak tukar perlembagaan. DAP kata dia mahu tukar perlembagaan jika PR memerintah ... bukan DAP seorang diri yang memerintah.

Kita telah lihat contoh terbaik di Perak, walaupun PAS menjadi ketua negeri tapi semua polisi dan tindakan condong kepada hasrat DAP. PAS hanya boneka tukang cakap saja.

Di Selangor walaupun Melayu PKR memerintah, tapi semua keputusan waima polisi atau tindakan adalah menjurus kepada keuntungan DAP. PAS menjerit jauh disatu sudut yang sesiapapun tidak boleh mendengar.

Di Penang, PAS tidak dilantikpun menjadi exco waima exco agama. Kenapa PKR yang diberi exco agama? Pelik.

OK, balik kepada soal matematik, kalau nak banding Kedah Times dengan Saiburi Sudin, Kedah times tahu apa itu real analysis, calculus, multivarite calculus, Partial Ordinary eqn, Partial Differential eqn, statistical analysis, probablitiy, Algebra dan lain-lain lagi. Itu belum kita cerita pasal operational research atau binary equation atau linear programming serta theorem-theorem terkenal matematik.

Dalam matematik ada 'real' number dan ada 'imiginary' number yang banyak digunapakai dalam Kejuruteraan. Kita ada probability kerana potensi sesuatu itu berlaku bukan atas absolute calculation seperti yang accountant gemat buat.

Kata Saiburi Sudin:

Pada PRU12 lalu DAP bertanding 46 kerusi, PAS 67 kerusi, PKR 94 kerusi. Untuk PRU13 agihan kerusi adalah sekitar tuu lah jugak. 

Andaikan DAP menang semua kerusi sekalipun dia cuma mewakili 1/5 dari jumlah kerusi Parlimen Encik Kedah Times woii!!! mai mana 2/3? So, DAP tak boleh pinda perlembagaan. 

Tak apalah... sekarang kita andaikan PKR menang semua 94 kerusi dan katakanlah PKR pun setuju dengan DAP nak ubah perlembagaan (Maaf PKR, ni cuma andaian untuk fahamkan golongan yang tak faham)namun jumlah DAP+PKR pun masih belum cukup 2/3 untuk membolehkan perlembagaan dipinda! Tak boleh jugak. 

Maka dalam kes DAP 46 Kerusi, PAS 67 dan PKR 94. Ini adalah jumlah kerusi PR. Jangan lupa dalam PKR ada AP condong kepada DAP dan dalam PAS pun ada yang sanggup mati kerana DAP. Jadi probability atau dalam bahasa melayunya keberangkalian untuk DAP mencapai cita-cita tersebut bakal diperolehi. Kita dah ada contohnya di Perak, Selangor dimana walaupun orang Melayu yang menjadi ketua tetapi keputusan adalah dibuat oleh mereka.

Untuk pengetahuan Saiburi Sudin, 46+67+94 bersamaan 207 Kerusi. Kita dapati PKR berjuang untuk kesamarataan dan pluralisma agama. Ini membawa maksud yang PKR adalah lebih kurang DAP dari segi  ideologi kecuali PKR lebih multiracial berbanding DAP. Jika kesemua kerusi DAP dan PKR dimenangi, maka jumlah kerusi ialah  140. Ini adalah 67.6 (nombor bulat terdekat ialah 68%). DAN 2/3 ADALAH 66.6% (atau 67%). Maka secara matematiknya mereka sudah memperolehi 2/3. Kalau ikut andaian Saiburi Sudin, DAP+PKR sudah boleh ubah perlembagaan. Betul tak?
Andaian bahawa PKR tidak akan membenarkan hak-hak Melayu dan Islam dihapuskan adalah tidak boleh dipakai kerana PKR memperjuangkan kesamarataan dan pluralisma agama. Bahkan isu murtad dan penggunaan nama Allah pun di champion oleh ahli PKR.

Dan jangan lupa didalam PAS pun ada orang PKR dan DAP. Nampak saja memberi sokongan kepada PAS tetapi agenda sebenar mereka ialah agenda PKR atau DAP. Tak pernahkah Saiburi Sudin melihat orang PAS menggantung bendera DAP dan tok lebai berlari membawa bendera DAP. Bendera melambangkan semangat perjuangan ... dan dalam diri mereka sudah ada semangat perjuangan DAP.

Dengan PKR dan DAP sahaja mereka mungkin sudah boleh dapat 2/3, bayangkan jika khalid samad dan beberapa lagi erdogan dalam PAS yang memenangi kerusi. Senang-senang saja DAP dapat berbuat sesuka hari mereka. Ini baru secara matematik.

Tapi kalau atas dasar politik, yang banyak bergantung kepada emosi kemarahan, kebencian, balas dendam, DAP dengan senang-senang boleh mendapat lebih dari itu.

Kita tidak hairan kerana PAS sudah boleh drop dasar perjuangannya dari Negara Islam kepada negara kebajikan atas nak bersahabat dengan DAP. Jika nak langkah mayat Karpal Singh 'over my dead body' terpaksa kita langkah mayat orang PAS dulu, apa sangat yang boleh kita harapkan dari PAS!

Begitu juga PKR yang didepan orang Melayu cakap tentang hak Melayu, di depan orang Cina bercakap tentang penghapusan hak Melayu dan samarata agama dan di depan Hindu bercakap berkenaan kesamarataan ekonomi, agama dan sebagainya.

Memang kita faham bercakap di atas pentas ceramah memang senang berbanding dengan realiti.

Lagi satu cuma nak ingatlan Saiburi, jangan kata orang lain tak reti matematik kalau kita sendiri tak tahu dan nak kira 2/3 tu apa dia? 2/3 tu sama dengan 66.6666666666666%

Sekali lagi kalau nak cakap matematik untuk memenuhi andaian Saiburi Sudin DAP+PKR sudang dapat 68% dan sudah melebihi 67% atau 2/3. Bercanggah dari apa yang dijumlahkan oleh Saiburi.

Saiburi, mungkin Saiburi boleh tipu orang sekali, tetapi orang tak akan percaya kalau kita menipu berkali-kali.

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

Puak PAS ni tak tau, kalau PR menang dlm PRU13, Anwar mungkin sebulan saja jadi PM, lepas tu DAP akan buat undi tak percaya di Parlimen, dan gunakan semua bukti yg Karpal Singh telah himpun sekian lama utk gulingkan Anwar, masa tu sapa nak naik kalau LKS atau LGE sebagai PM. Memang puak PAS ni suka cakap tak tapis dan tak tengok kesan jangka panjang lansung, apa pun nak defend kafir harbi. Dulu kata UMNO kafir, last last la ni PAS pun masuk jugak dalam kategori tersebut. TAHNIAH hamPAS & liPAS, well done

ccz sanggul melayu berkata...

Satu lagi posting yang terbaik dr Kedahtimes..CCZ sokong 1000%....Teruskan lagi menghentam puak-puak yang sedang dalam mimpi indah tetapi ngeri...

Tanpa Nama berkata...

masa tu la depa akan ambik peluang untuk 'hapuskan' melayu. sampai macamtu pun melayu dok tak sedaq diri lagi

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates