Sabtu, 30 Julai 2011

PANAS!!! PAS Tawar Kerusi MB Kedah Pada UMNO?


BN khususnya UMNO kalau nak tarik kaum bukan Melayu untuk terus undi parti ini adalah dengan memberikan sedikit kuasa yang ada pada BN untuk sama-sama mentadbir. Contohnya Dato' Najib nak pastikan kaum India untuk terus sokong MIC adalah dengan melantik Dato' G Palanivel sebagai Menteri Penuh. Kira langkah yang terbaik, menjamin kebajikan kaum India dan satu kerjasama yang meyakinkan. 

Tetapi PAS kalau nak tarik bukan Melayu sokong adalah dengan biarkan saja pusat-pusat hiburan diwujudkan tanpa perlu lesen, permit atau sebagainya. Sebabnya mudah. Undi PAS maka semuanya mudah termasuklah memerintah. 

Syarat nak jadi MB pun bukan susah sangat. Kalau reti perintah, ikut cara Nizar. Kalau tak reti perintah ikut cara Azizan. Semua tak tau. Lagi 'best' kalau nak perintah sampai seumur hidup pegang 'title' MB adalah ikut Nik Aziz. Mudah saja. Cuma guna perkataan Celako, celako, celako. 

PKR tak payah ceritalah kat sini. Sebabnya pemimpin-pemimpin PKR tak ubah macam watak-watak hantu dalam masyarakat Melayu. Khalid Ibrahim saja yang jadi pontianak Cina. Loncat-loncat nak terkam, tampal dahi dengan kertas perjanjian DAP dan PKR, maka jadilah patung. 

Dato' Najib pun selalu dok tayang kuasa dari Putrajaya buat apa tak tau..Puak lapaq ayaq ni bukan boleh tahan tengok. Silap haribulan kerusi MB Kedah pun PAS boleh tawar. Jangan tayang lagi Dato' Najib..PAS tak tahan dah ni..

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

Kalau pusat karoke tutup ada juga AJK Bahagian diselatan Kedah yg susah hati sebab tak bermesra dgn mak Indon terhalang.

Tanpa Nama berkata...

..bakaq ghongok ?????

Payung Biru berkata...

Untung nya India dam Cina.Jadi gaji dua-dua belah dia makan.Sebelah sana sapu.Sebelah sini pun sapu.Lama-lama Melayu tinggal seluar dalam.Menang sorak kampung tergadai.

Puak UMNO stail macam dia sombong dan ego,
Puak PAS bodoh sombong.Nampak alim tapi jahi
Puak PKR bahlul dan bengong..


Puncanya Melayu tak bersatu.
Dalam UMNO pun berkelahi.
Dalam PAS pun bertokak.
Dalam PKR pun bersepak terajang.

Itulah puncanya,
Bila laki bini main politik,
Bila parti hak milik famili,
Bila kroni berlebihan,
Bila hati sudah tak ikhlas
Bila cakap lain buat lain,

Perjuangan jadi palsu,
Harta jawatan dan kekayaan jadi hala tuju,
Fakir miskin dijadikan alat semata oleh orang kaya berkuasa,
Pemimpin mesra tapi tak kekal,
Bersifat pura-pura,
Hanya sementara.


Tak takutkah Melayu hilang kuasa buat kali ketiga,
Selepas Melaka
Angkara siapa,
Orang bawah kah,,
Orang miskin kah.

Selepas orang puteh,
Dah hilang separuh,
Bila senang ada kuasa
Pakat lupa Allah,,
Sesama muslim dan hamba Allah.

Waspada lah semua.Kembalikan seluruh jiwa raga pada Allah.

Hanya UMNO menjamin masa depan Melayu dan Msia.
Pemimpin jangan duoble standard dengan kuasa,
Dengan rakyat jelata,
Dengan siapa sahaja.
Sama ada orang biasa,
Atau
Dengan yang ada kuasa.

Kalau mahu kekal kuasa pada UMNO.
Amin.Selamat berpuasa.

Tanpa Nama berkata...

Nik Aziz patut salahkan diri sendiri
KOTA BHARU 30 Nov. - Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepatutnya menyalahkan dirinya sendiri yang semakin menyimpang jauh apabila kepimpinannya mula dipertikaikan umum.
Sehubungan itu Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah menggesa agar Mursyidul Am Pas itu tidak terus mempertahankan jawatannya supaya maruah dan harga dirinya terus terpelihara.
''Nik Abdul Aziz perlu segera melepaskan jawatan agar tidak merugikan lagi agama, bangsa dan negara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Abdullah yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, biar pun dirinya mula menjadi sasaran cemuhan dan diperlekehkan, namun menjadi kewajipannya untuk bersama-sama membetulkan keadaan kerana tindak-tanduk Nik Abdul Aziz makin menyimpang.
''Biarpun saya dianggap tidak mempunyai tauliah dan cetek tentang perkembangan semasa, saya tetap terdedah kepada perkhabaran yang sesetengahnya sudah cukup jelas dan nyata.
''Bayangkan selama ini beliau cuba menyamakan sifat Tuhan dengan manusia seperti Tuhan mencarut dan samseng. Tetapi yang lebih memilukan saya dia menolak perpaduan sesama Islam dalam saat getir.
''Pemimpin parti seperti Haji Hadi dan Nasaruddin dihina sedemikian rupa hanya kerana mereka ingin mencari kebaikan. Malah sudah kedengaran janji memberikan status seimbang antara Islam dan bukan Islam apabila Pas dapat memerintah,'' katanya.
Sehubungan itu, katanya, adalah wajib bagi semua pihak menegakkan kebenaran dan membetulkan sebarang penyelewengan.
''Saya tidak punyai kepentingan lain selain mahu turut menghentikan segala penyimpangan yang berkait dengan nafsu politik," tegasnya.
Baru-baru ini Abdullah dilaporkan berkata Nik Abdul Aziz perlu bertanggungjawab dengan kekeliruan dan semaraknya perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan berhubung agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.
Katanya, sudah sampai masanya untuk beliau membuat teguran secara terbuka, biar pun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Nik Abdul Aziz sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.
Susulan itu, lidah rasmi Pas melaporkan Pusat Pembangunan Pondok Bhd (PPPB) tidak bertanggungjawab di atas kenyataan Abdullah yang tidak mempunyai tauliah mengajar.
Pemegang Amanah PPPB, Mohamad Awang dilaporkan berkata, kenyataan guru pondok terbabit hanya bersifat peribadi yang tidak selayaknya dikeluarkan oleh seorang yang bergelar ulama.

Tanpa Nama berkata...

Guru pondok itu dikatakan sudah diketahui umum sebagai seorang yang berpendirian kontroversi dalam banyak isu agama kerana tidak mempunyai pendedahan mengenai perkembangan semasa.
Abdullah menjelaskan, beliau mengakui tidak diberikan tauliah sebelum ini, namun segala-galanya kerana sikapnya yang mempertahankan Pas sehingga kini.
''Saya belajar agama selama 37 tahun dan saya dapat membezakan tafsiran yang benar dan bukannya berteraskan nafsu serta menyimpang," katanya.
Beliau menarik perhatian mengenai kebimbangan tentang kemungkinan Pas tidak dapat mempertahankan keistimewaan orang Melayu Islam dan pemerintahan Islam dalam kerakusan untuk berkuasa.
''Hari ini apabila Pas menolak perpaduan kerana sanggahan keras Nik Abdul Aziz, beliau tidak mengutamakan kepentingan Melayu Islam dan pemerintahannya, maka seluruh orang Pas bersalah jika apa yang dibimbangi berlaku kelak," katanya.

TERBAIK KINI ADALAH UMNO

Tanpa Nama berkata...

umno dan kerajaan BN biasa la lah,kalau pas dan keadilan memerintah negeri,ada lah yg x kena,semua x kena..mcm depa 2 bagus sgt..kedah,pas memerintah,org miskin lah,air x ada lah,mcm2 lagi..dunia umno dan BN..insaflah wahai2 org umno..jgn cari salah org..tgok diri sendiri dulu..

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates