Rabu, 27 Julai 2011

PAS Yang Memerintah, Umno Yang Kena Jawab


1. Pas memerintah Kedah semenjak Mac 2008, rasanya semua rakyat Kedah maklum hal itu melainkan dua tiga kerat manusia.

2. Selama 3 tahun memerintah, banyak yang dipersoalkan rakyat tentang janji yang PAS laungkan bahawa parti itu menuju kepada Islam lebih daripada Umno dan BN. Oleh kerana sudah masuk tahun keempat, takkan la nak dok bagi alasan lagi kata baru memerintah, walhal Camry Exco pun dah hampir buruk. Lama dah la tu..

3. Jadi tahun ini (selepas 3 tahun dah memerintah) tiba-tiba PAS nak laksanakan enakmen larangan hiburan dalam bulan Ramadhan. Bila di sergah DAP, PAS kata BN yang perlu jawab.

4. Sepatutnya, kerajaan la kena jawab. Pas kena nyatakan samada ia bersetuju atau tidak dengan enakmen tersebut, jika tidak bersetuju, kenapa semua ADUN PAS sokong masa diluluskan dulu? Jika tidak setuju kenapa tak bangkang?

5. PAS bukan sahaja setuju dan menyokong kelulusan enakmen itu dulu, malah jauh daripada itu mengambil inisiatif menguatkuasakan enakmen tersebut. Malangnya, apabila DAP luku kepala, PAS menjerit sakit dan menunding kepada Umno.

6. Umno ka kerajaan di Kedah ni?

3 comments:

1 Melayu berkata...

Kasihan Ustz Azizan Al Tiduri,hari hari dia kena belasah,DAP belasah,MCA belasah,Gerakan belasah,Ngo Cina belasah,PKR belasah,Bangsa Melayu pun belasah dia pasai dia tunduk pada DAP dan buat 'U' turn.Tapi yang anehnya mana pi Panglima Panglima PAS Kedah,seorang pun tak berani bangun defend bosnya.Kalau macam ni alamatnya Ustz Azizan akan lari tinggalkan Kedah.

Tanpa Nama berkata...

cuba tanya ustad zizan, semua dia tak tau... suh pi tanya sendiri. Itu la jawapan dia

R!ch!e berkata...

hadi awang or TGNA pom xdpt nk tandingi corak pemerintahan Ustaz Azizan. Aku respek dgn dia wpon dia org pas. Yg elok kita amek contoh, yg xelok kita tolak.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates