Ahad, 24 Julai 2011

Pemuda Kedah masih Tidur?

Tertarik Kedah Times dengan artikel Flying Kick. Mohon laluan untuk disiarkan di blog Kedah Times.

Cuma Kedah Times memfokuskan kepada Pemuda UMNO Kedah yang sehingga kini nampaknya hanya masih menjadi seperti apa yang dinukilkan oleh Flying Kick.

Ketua Pemuda Kedah yang dilantik oleh KJ mungkin termasuk dalam golongan yang diperkatakan oleh Flying Kick.

Program Job Fair mungkin hanya satu-satunya program yang Kedah Times nampak dalam memenangi hati golongan remaja tetapi ianya diuruskan oleh Datuk Zubir atau Zuza bahagian Kota Setar. Tetapi tidak nampak langsung program-program lain yang boleh memberi impak yang hebat kepada pengundi-pengundi muda.

Mungkin benar kata Flying Kick, golongan pemimpin pemuda ini adalah pembunuh sebenar UMNO dan pimpinan UMNO Kedah dalam merampas kembali pucuk pemerintahan.

Suka atau tidak, UMNO-BN sedang berhadapan dengan cabaran yang paling besar dalam sejarah kewujudan parti tersebut pada PRU13 akan datang. UMNO-BN sedang mereput dan sedang menanah dengan perangai pemimpin-pemimpin yang masih tidak sedar dan masih nyenyak bermimpi yang mereka dalam kedudukan terbaik untuk menang pada setiap pilihanraya.

Tidak banyak perubahan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO sekalipun mereka telah kehilangan Kedah, Kelantan, Selangor dan Perak sebelum tiga orang wakil rakyat Pakatan melompat. Walaupun dari semasa ke semasa, kerap diuar-uarkan tentang program transformasi yang dilakukan oleh UMNO untuk menang, namun dari segi praktikal, para pengundi melihat UMNO sebenarnya tidak banyak berubah.

Paling ketara adalah sikap serakah pemimpin-pemimpin dari kelompok Pemuda UMNO. Semakin dekat dengan tarikh PRU13, semakin ramai yang mulai keluar dari sarang dan mula menunjuk-nunjukkan diri selain mengungkit-ungkit tentang kejayaan yang telah mereka lakukan sepanjang tempoh mandat diberikan.

Seorang Exco Pemuda UMNO Malaysia dilihat lebih mengutamakan kepentingan diri apabila mempersoalkan kuasa yang ada padanya tidak dihormati. Dia lebih sibuk hendak menjaga golongan yang menjadi back-up kepada UMNO berbanding menjaga kelompok pengundi-pengundi muda yang akan memberikan kemenangan kepada UMNO.

Program-program yang dijalankan oleh Pemuda UMNO Malaysia, hampir keseluruhannya bersifat projek cari duit semata-mata tanpa menunjukkan sebarang perkembangan yang lebih memberangsangkan. Kata-kata bahawa Pemuda UMNO sebenarnya telah kekontangan pemimpin, manakala pemimpin yang berbakat, dicantas lebih awal agar pemimpin-pemimpin bangang mempunyai kedudukan, kelihatan hampir terlalu benar.

Pilihanraya Umum Ke-13 sudah tidak jauh lagi. Hanya beberapa bulan lagi sebelum setiap parti politik dalam negara mempersembahkan halatuju dan manifesto masing-masing. Apa pula yang dilakukan oleh Pemuda UMNO Malaysia selain cubaan memastikan kuasa dalam tangan masing-masing dan mereka tidak jatuh daripada kedudukan sekarang? Bagaimana pula dengan Pemuda yang tidak layak lagi berada dalam Pemuda kerana faktor umur?

Yang pastinya Najib Abdul Razak bersendirian untuk mempertahankan kedudukan UMNO selaku kerajaan Malaysia. Jumlah pemimpin yang membantunya, sangat kurang dan hanya boleh dibilang dengan jari tangan.

Barangkali Pakatan Rakyat sudah boleh menarik nafas lega sekarang memandangkan puak yang sepatutnya merapati dan menarik golongan muda kepada UMNO, sekarang ini terlalu sibuk mempertahankan kerelevanan mereka dalam parti. Sedangkan pada masa yang sama, PRU13 akan menyaksikan penguasaan pengundi muda sebagai majoriti yang menentukan kepimpinan negara.

Dan mungkin juga, itulah padahnya apabila pemimpin-pemimpin muda UMNO lebih seronok nak bagitahu orang yang mereka hebat, mereka boleh menjalankan tugas, kocek mereka penuh dengan segala macam peruntukan dan projek, entiti yang mereka dipertanggungjawabkan sangat hebat serta sangat berkesan, sedangkan hakikatnya tidak ada satu kerja pun yang berjaya diselesaikan di bawah tangan mereka!!!

Malah, mungkin PATRIOT di Bukit Bintang menjadi indikasi paling penting tentang Pemuda UMNO yang lemau, lembab, telur besar sebelah dan sindrom otak kecut!

Kesian Najib Abdul Razak.... dia 'dibunuh' oleh Pemuda UMNO yang sepatutnya membantu!!!



2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Pemuda Umno cuma pandai berlagak mana ada idea bagaimana membangun rakyat, yang ada semua mencari peluang kekayaan segera dan kepentingan diri...bila ada lawatan PM atau menteri lain semua tunjuk muka...kot-kot dapat jadi calon. Setakat ini belum ada perubahan dalam Pemuda Umno, tidak pernah saya nampak Pemuda Umno berada di program juara rakyat atau lain-lain program ada kempen mendaftar ahli baru... Konon Pemuda adalah benteng hadapan tapi benteng cuma kuat kalau ada RM dan sibuk bila ada pemilihan UMNO...beerebut jadi PERWAKILAN.. sekian oleh CounterStrike.

Tanpa Nama berkata...

betul, bangunlah wahai pemuda umno kedah.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates