Selasa, 19 Julai 2011

PENJANA EKONOMI RAKYAT

K-Keli, itulah namanya projek yang bakal menjana Ekonomi Rakyat. Kedah Times telah banyak kali melalui jalan tersebut yang mana sign board nya begitu besar dah gah dipaparkan.

Tertarik dengan apa yang dipaparkan oleh Pak Teh dan PelantaqHujah, Kedah Times ingin memberi sedikit komen tentang projek K-Keli, PENJANA EKONOMI RAKYAT, KE ARAH KEDAH SEJAHTERA.

Projek ini dikatakan sebagai projek induk kepada projek-projek lain yang berkaitan dengan penternakan keli. Mungkin Kerajaan negeri bersama rakan JV telah mendapat kontrak besar untuk membekal ikan keli mentah atau proses. Itu perlu dijelaskan oleh Sanusi Setpol kerana kata Pakteh, rumah dia hanya sekentut jaraknya dari projek tersebut.

Novel Venures Sdn Bhd sebagai pengurus projek (seperti yang ditulis di signboard) mungkin menjadi pembekal utama benih keli seterusnya diberi kuasa menguruskan keseluruhan projek. 

Kalau ikut kata Pak Teh, banyak pokok ditebang kerana nak menyediakan prasarana projek ini. Tetapi pokok-pokok yang ratusan tahun tumbuh menjadi mangsa projek ini. OOOOOps lupa Kedah Times, balak-balak ini digunakan sebagai modal projek K-Keli!

Beberapa kali Kedah Times melalui 'main road' yang mana signboard itu diletak, hanya yang ada satu atau dua tong berwarna biru dan penimbang ikan serta seorang pemuda sentiasa berada disini. Rupa-rupanya selepas ditanya, beliau menjual ikan keli. Dari mana dapat ikan keli? Jawapannya dari projek K-Keli.

Inilah projek Penjana ekonomi rakyat, jualan pun hanya ditepi jalan macam pasar malam atau pasar minggu. 

Apakah maksud sebenar Penjana ekonomi Rakyat ? .... Sebenarnya ianya penjana kocek beberapa orang sahaja orang kuat PAS. Mungkin Setpol Sanusi boleh jawab.

Penjanaan ekonomi bukan dari hasil ikan keli tetapi dari hasil tuaian balak di sekitar kawasan simpanan tersebut. Dan kini selepas semua pokok-pokok besar sudah dituai, pasi pulak bakal dituai.

K-Keli, penjana ekonomi Rakyat rupanya penjana ekonomi puak-puak tertentu saja hasil dari balak dan pasir.

Islam diperalatkan, mida rakyat dipermainkan.  Itulah kerja PAS sebenarnya..

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Sebagai pemimpin bukanlah serban dan jubah itu sudah memberi satu lesen untuk menjayakan pentadbirannya. Ilmu pentadbiran tak sama ilmu pondok.Jika tiada ilmu pondok dan ilmu pentadbiran dalam memerintah umpama dunia gelap gelita dan dunia sepi tanpa berita serta akhirnya mudah dibawa pesong oleh pihak tertentu.

Kita lihat Kerajaan Kedah amat lemah kerana usaha untuk memberhentikan sebarang hiburan didlm puasa amat murni tetapi kerana tiada leimanan dan ketakwaan serta bertawakkal kepada Allah SWT akhirnya mudah tunduk pada golongan DAP kafir.

Hakikatnya mereka gah sebagai pemimpin berserban dan berjubah dan gagah melawan sesama melayu tetapi paling kerdil dan bacul berhadapan dengan musuh islam . Sedangkan perjuangan memertabatkan islam itu adalah bekalan dan perjuangan bagi setiap islam.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates