Isnin, 25 Julai 2011

Pulau Pinang dah buat, Selangor Pun

Selangor sudah mengadakan konsert MTV World Stage di I-City pada 24 Julai 2011 lalu. Mengikut MB Khalid tujuan utama konsert ini diadakan ialah untuk mempromosi Bandar Shah Alam kepada dunia. Konsert ini bukan main besar dan hebat lagi.

Tetapi yang peliknya PAS yang menjadi sebahagian dari kerajaan di Selangor diam membisu. Mengapa terjadi sebegini walhal PAS lah yang melaungkan diri mereka sebagai pejuang Islam.

Persoalan kita kenapa konsert besar itu diadakan pada waktu berdekatan dengan Ramadhan dan selepas Tilawah di adakan di KL. Apakah agenda sebenar mereka? 

Ini kita kena tanya PAS? Mungkin PAS sudah berbincang secara terperinci dengan MB Khalid dan DAP rakan seperjuangan dan telah diberi sebab-sebab munasabah kenapa konsert perlu diadakan di Shah Alam ini. ATAU DAP telah gertak PAS supaya berdiam diri?

Itu Selangor, dan terkini di Penang sudah berlangsung pertandingan berbogel. Lihat siapa yang mempunyai body yang cantik. Dan PAS menjadi sebahagian dari kerajaan di Penang. Apa yang PAS sudah lakukan?

Di Kedah, belum ada konsert atau pertunjukkan seperti di Penang dan Selangor, tetapi pusat Karoake Keluarga tumbuh bagai cendewan. Mungkin Pak Dee atau Tok Senapi KedahLa boleh periksa sekitar Alor Setar.  

Sudah tentu yang buka pusat karoake ini bukan dari kalangan orang Islam, tetapi sasaran pelanggannya adalah orang Islam. Kenapa PAS tidak mengawalnya? Apakah sudah disergah DAP?

Penguatkuasaan Enakmen Hiburan 1997 di Kedah mendapat sergahan hebat dari DAP dan PAS akur. Mungkin ini juga terjadi apabila pusat karaoke keluarga yang muncul dengan banyaknya. DAP siap bagi amaran supaya jangan ganggu pusat-pusat ini.

Untuk buat konsert besaran atau pertandingan siapa cantik mungkin PAS Kedah tidak mampu atau sanggup, tetapi membenarkan pusat karoake tumbuh bagai cendawan boleh diibaratkan sama beratnya dengan konsert dan pertandingan ratu cantik, cuma dalam bentuk berlainan aktiviti. 

HArapan Kedah Times agar penyokong PAS sedar dengan siapa mereka berkawan sekarang. Kawan yang nampak secocok tetapi sebenarnya bakal membunuh PAS di kemudian hari. Kawan yang Allah telah beri amaran awal-awal lagi supaya jangan dekati mereka, tetapi PAS berani tidur bersama.

Jika benar PAS ikhlas dalam perjuangannya memartabatkan Islam di kedah dan Malaysia, jauhkanlah diri dari DAP dan PKR. Tak suka UMNO pun tak apa tapi janganlah berkawan dengan DAP.

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

NAK HARAP PAS???. Teloq puak LEMBU Ni dah hilang, kena gigit dengan anjing DAP dan PKR...pas HANYA berani bertakbir dibalik pokok buluh saja. Standard PAS, takat jaga TADIKA PASTi DAN Sekolah Rendah boleh la, tu pun depa angin sampai dera dan tendang budak kecik sampai mati..MAMPUS..MAMPUS..MAMPUS PAS PIS PUS

Tanpa Nama berkata...

Takebeer!

Tanpa Nama berkata...

Tidak ada salah kami penyokong PAS dan PKR menyokong YAB Menteri Besar Selangor dalam mempromosikan Selangor di peringkat antarabangsa. Kenapa UMNIO terasa iri hati atas kejayaan kami dalam pakatan? Apakah salah kalau program ini bakal mendatangkan pelaburan dan keuntungan untuk rakyat selangor jugak? Perlu di perbanyakkan sumber ekonomi negeri selangor dan memakmurkan negeri tersebut adalah tanggungkawab pakatan. Tahniah kepada MB Selangor atas usaha menjayakan program separuh bogel ini kerana bangsa lain jugak harus diberikan hak sama rata. kita tidak perlu tonton sekiranya berat mata kita memandang. kepada bangsa lain sila berikan sumbangan anda dalam memajukan negeri selongor dan kemasukan dari dunia luar akan menatapkan lagi usah promosi selangor diperingkat antarabangsa. Mereke tertap menutup kemaluan mereka.

Tanpa Nama berkata...

Itulah kalau berkawan dengan iblis. Akhirnya kerja-kerja iblis akan dipuji. Itulah isle tajaan PAS. Konsep bogel diislekan dan disahkan. Fikirlah pada berakal apakah itu tututan Rasulullah SAW dan Allah SWT.

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates