Khamis, 7 Julai 2011

Soalan Kepada AMK Pendang

1. Kalau beberapa ekor kera masuk tanaman semula getah dan merosakkan kawasan semula, apa yang tuan tanah bakal lakukan?

2. Kera kalau bebas tanpa tali tengkuk akan duduk diam ka?

3. Cuba lihat kera-kera di hutan, adakah mereka duduk diam seperti kura-kura?


4. Cuba bayangkan kera diberi bunga atau belacan? Apakah mereka akan duduk diam?

5. Kera ni nak buat makanan pun tak boleh, nak latih buat kerja pun tak boleh juga. Apakah yang kita kena buat kalau asyik melompat tak tentu hala depan rumah kita?


AMK Kedah kecam penahanan 

ANAK BUKIT - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah kecewa dengan sikap polis yang terus menerus membuat tangkapan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat (PR) atau aktivis yang dikaitkan dengan penganjuran perhimpunan Bersih 2.0. 

Setiausahanya, Nasiruddin Munir berkata, pihaknya tidak berpuas hati dengan tindakan melulu pihak polis menahan 14 ahli PKR Kedah, yang berhasrat mengadakan sidang media, namun disalah tafsir sebagai kempen mempromosi Bersih. 

“Cara mereka ditahan tidak adil. Mereka bukannya lakukan provokasi tetapi hanya mahu sampaikan kenyataan akhbar. Ianya bukannya suatu kesalahan dan AMK menggesa polis lebih bersikap profesional dalam menangani isu ini,” katanya, yang turut hadir membantah penahanan ahli PKR sejak awal pagi. 

Menurutnya, AMK turut meragui tindakan polis memeriksa setiap kenderaan yang mendekati kawasan Pasar Koboi dan Pusat Latihan PDRM Mentaloon, seolah-olah mereka mahu mencetuskan huru-hara. 

“Kami bukannya mahu cetuskan rusuhan dan rasanya tidak perlu dilayan sedemikian rupa, terutama dengan kehadiran wakil rakyat dan Exco Kerajaan Negeri,” katanya. 

Exco AMK Kedah yang juga Ketua AMK Pendang, Mohd Zaki Abd Razak menyifatkan parti itu tidak dilayan dengan adil kerana perhimpunan sama juga dibuat parti lawan sebelum ini tanpa diganggu pihak berkuasa. 

“Saya harap tindakan undang-undang tidak memihak pada mana-mana parti politik, serta tidak dipengaruhi mana-mana pemimpin. Polis mesti telus bertindak dan jangan ada unsur pilih kasih,” katanya. 

Menurutnya, AMK tidak tergugat dengan halangan yang dicetuskan mana-mana pihak dan akan terus memberi sokongan terhadap perhimpunan Bersih yang akan diadakan Sabtu depan. 

Mohd Zaki berkata, apa yang dibangkitkan dalam perhimpunan Bersih adalah untuk menuntut pilihan raya yang lebih telus, dan bukannya mahu menimbulkan ketegangan. 

“AMK Kedah berharap polis dan kerajaan membenarkan perhimpunan itu diadakan secara aman dan terkawal, untuk kami serahkan memorandum dan tidak perlu timbulkan isu ianya kelak boleh cetus kekacauan,” katanya.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Memorandum Ambiga dah serahkan ke YDPA. Jadi perhimpunan dah tak perlu skg.

Tanpa Nama berkata...

he...he... komen2 yg tidak bertanggungjawab hangpa nak tapis ye... tulisan2 hangpa yang tak bertanggungjawab dan ditulis dgn kepala lutut hangpa tak tapis.....

jgn samakan baik ahli umno mau pun pakatan sebagai kera, mereka semua adalah pengundi yg menaikkan kera-jaan umno dan kjaan pakatan

uweek...boleh ka aku nak muntah kat sini

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates