Rabu, 6 Julai 2011

Tun Dol yang amat hebat

Kedah Times bukan hendak mempertikaikan niat sebenar Tun Abdullah Badawi di atas initiatif beliau untuk menasihati Ambiga supaya membatalkan perarakan Bersih, tetapi agak terkilan kerana Ambiga menerima nasihat Tun Abdullah supaya membatalkan perarakan tersebut dan siap berterimakasih.


Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi khabarnya mengambil inisiatif sendiri untuk bertemu dengan Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan.


Kenapa sewaktu Tun Dr Mahathir bersuara tentang demo ini, Ambiga bertambah semangat lagi untuk meneruskan perarakan ini. 

Apakah muslihat Ambiga ini dan apakah kaitan beliau dengan Tun Abdullah. Oooo rupa-rupanya ini jawapannya!


Dalam temubual dengan BERNAMA, Anggota Parlimen Wangsa Maju peguam Wee Choo Keong berkata Ambiga sepatutnya menyertai parti politik untuk memperjuangkan perkara berkaitan politik dan tidak berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan. Katanya penegasan Ambiga bahawa perhimpunan haram itu akan tetap diadakan di jalanraya dan bukan di tempat tertutup seperti stadium, yang lebih selamat, menimbulkan tanggapan bahawa perhimpunan itu memang didalangi parti pembangkang dengan tujuan untuk mencari momentum politik.

Sebagai contoh, kata Wee pada 2009,ketika menjadi presiden Majlis Peguam, Ambiga mengadakan jamuan malam untuk anggota majlis itu di hotel JW Marriot dengan mengundang beberapa ahli politik terpilih, khususnya daripada pembangkang.

“Selepas itu, pendedahan dibuat bahawa kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi membelanjakan RM90,000 untuk majlis itu. Kenapa mengadakan majlis itu atas nama Majlis Peguam, tanpa mengumumkan bahawa ia ditaja oleh kerajaan,” soal Wee.


Ini soalan dari ABIDIN TAWAU:
Persoalannya kenapa Ambiga bertemu dengan Pak Lah untuk minta nasihat samada untuk meneruskan perhimpunan haram Bershit? Apakah kaitan Pak Lah dengan perhimpunan tersebut??

Kedah Times bukan nak tuduh apa-apa, tetapi nampak macam ada kaitan saja mereka ini. Kita tidak tahu apa yang dijanjikan Pak Lah kepada Ambiga ini sewaktu dia berkuasa sehingga Majlis Peguam boleh mengadakan jamuan dan jemputan adalah pembangkang, walhal kos ditanggung Kerajaan Pak Lah. MUNGKIN, Kedah Times kata Mungkin, ada pakatan untuk hancurkan UMNO dan bangsa Melayu pada waktu itu? Dan sikitol mungkin berada dalam 'circle' ini.  Hanya Allah SWT Yang Mengetahui perkara yang sebenarnya.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Macam tikus membaiki labu....

Tanpa Nama berkata...

Dua2 ni ada internal affair ka?

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates