Rabu, 13 Julai 2011

Umno ni Ada Najib dan Muhyiddin Saja Ka?

Oleh: DonPancung

Aku tengok, sejak kebelakangan ni, terutamanya selepas demonstrasi Haram Bersih ni, twitter dan blog pembangkang bukan main aktif lagi. Macam macam fitnah diupload. Hari-hari dok celarukan fikiran rakyat, dan dok memantapkan lagi kebencian rakyat kepada BN dan Umno.

Tak kiralah Khalid Samad ka, Lim Kit Siang ka, Tian Chua ka, Anwar Ibrahim sendiri ka, depa macam dah takdak kerja melainkan dok tunggu nak tweet saja. Kalau nak dikatakan depa pembangkang, tak dak kerja lain selain dari dok pemohong, memang boleh terima juga.

Pemimpin Umno pula macamana? Kurang sangat bertweet atau berblog. Takkan nak harap blogger picisan saja, hangpa jadi pemimpin awat takut sangat? Kalau jumpa kat luar bukan main lagi, telefon tangan, tablet sampai dua tiga biji, tak pernah tertinggai mengikut trend gadjet terbaru. Tu belum kira yang dibawa oleh pembantu peribadi. 

Tapi nak baca kenyataan hangpa lawan pembangkang, apasal susah sangat? Nak dikatakan sibuk, bukan ka di Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan di Kedah sendiri, Umno ni parti pembangkang. Awat sibuk juga ka?

Nampak macam Umno ni ada Najib dan Muhyiddin saja, pemimpin lain pi mana? Tidor lagi ka?

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

Bkn x ada, cuma 2 org pun dh cukup gegarkan 'anu'ar. X payah nk panggil aci ahkau tlg. Ini baru nama pemimpin. Bkn bacul mcm dia tu kena panggil org tlg..

Tanpa Nama berkata...

umno - dulu, kini dan selamanya...

x berkata...

Apa yang hang kata memang betul. Handphone dalam poket kiri-kanan. Yang PA bawa ada dua. Nombor hset sampai 4-5 dari yang senang orang hafal sampai yang orang susah hafal.

Kalau malas, nanti kalah PRU dan masuk jel baru menyesal kot.

Tanpa Nama berkata...

Budak-budak yan jadi Pegawai khas ka, Press-sec ka, apa menatang kerja keliling Menteri-Menteri kita yang berbelas-belas orang tuuuu... asyik naka jaga pungkoq Menteri jeeeerrr... Bukan depau nak guna segla kudahan yang ada ditangan depa tu jawab segala tohmahan pembangkang pada BN.

SEMUANYA DEPA NI MACAM TUNGGUL TAK BERNYAWA....

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates