Isnin, 22 Ogos 2011

Aksi Ghairah Mat Sabu! Untukmu Anwar...


Kedahtimes dapat e-mail dari pembaca. Kata mereka 'Awat Kedahtimes senyap saja? Tak ada isu nak tulis ke? Habis modal ke? Ataupun dapat 'warning' dari Ostat Azizan supaya berhenti dari terus menghentam PAS?


Bulan puasa ni tak seronoklah nak hentam menghentam. Yang penting menjalani ibadah puasa dan melaksanakan iabadah-ibadah yang dituntut dalam Ramadhan ini. 

Tetapi tergeraklah jugak nak menulis rentetan baru-baru ini Azmil Mustapha pula menjadi selebriti yang ke berapa ntah yang terus menghentam Kerajaan dan mengkafirkan orang Islam yang lain selepas dikatakan mendapat hidayah dan berubah dari menjadi seorang pelakon, kini menjadi pendakwah.

Seorang kenalan rapat berkata, dalam PAS ni memang agak menghairankan serta membingungkan. Katanya, Azmil Mustapha, Bob Lokman selalu mengibaratkan diri mereka sebagai orang seni yang menjalani kehidupan yang penuh dosa. Dan bila sudah bertaubat maka lantanglah mereka bercakap itu ini dan terus menerus menyalahkan Kerajaan kerana menyebabkan diri mereka berdosa. Terus sahaja UMNO kafir dan sebagainya. Kiranya bagi mereka, bila dah berubah jadi baik ni, maka berhaklah mereka berkata si polan ini jahat, si polan ini hina, si polan ini kafir, si polan ini sembahyangnya tak sah.

Cuba pembaca bayangkan. Ini baru cakap-cakap orang PAS yang dari buruk jadi baik. Tak ambil kira lagi yang tak pernah tunjuk buat dosa dan tak pernah jadi buruk contohnya macam Tok Guru Nik Aziz dan sebagainya. Lagilah tinggi darjat mereka di mata ahli-ahli PAS.

Kalau macam nilah caranya PAS memperkenalkan Islam kepada orang Islam, 'no wonder'lah tak ramai yang memeluk Islam kerana mereka sering saja menghukum orang dengan senang sekali. Sesama Islam pun mereka mengkafirkan dan sering berkata buruk bila melihat pemakaian seseorang, tudung tiga segi dan sebagainya. Inikan pula kepada yang bukan Islam. 

Orang tua-tua dulu pernah berkata, orang yang jahat bertukar menjadi baik selalunya mulut mereka tak pernah keluarkan perkataan yang buruk-buruk dan mencela orang yang jahat selepas dia berubah. Sebabnya berubah itu pun sudah besar rahmatnya dan akibat mengingati dosa-dosa yang berat dululah yang buat mereka senyap dan beristighfar membersihkan diri sendiri. Secara tak langsung perubahan dan perlakuan perubahan secara diam dan tenang itulah yang lebih menarik orang lain untuk berubah. 

Tetapi kalau ikut macam di bawah ni, tak tahulah. Mungkin bagi si polan ini, politik adalah darah dagingnya. Jadi, walaupun pernah buat salah dan ditangkap klalwat, itu tak mengapa..Janji 'havoc' macam mana jeritannya. Selamat menilai perubahan tuan-tuan dan puan-puan..


0 comments:

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates