Rabu, 3 Ogos 2011

Siam menyerang Kedah?


KENYATAAN MEDIA
YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR
TIMBALAN PENGERUSI
BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI KEDAH DARUL AMAN
1 OGOS 2011

Negara Kebajikan Pas - Rumah Urut Bercambah di Kedah

Tahniah dan syabas di atas pengakuan Exco Kerajaan Kedah PAS yang mengakui bahawa pusat-pusat hiburan termasuk rumah urut memang bercambah di Alor Setar, Sg Petani dan beberapa bandar di Kedah.

Tahniah juga kepada slogan Negara Berkebajikan dan Kedah Sejahtera. Mungkin di atas berkat ke dua-dua slogan ini telah melahirkan lebih banyak pusat hiburan dan rumah urut semenjak tiga tahun yang lalu. Apa pun, pertambahan mendadak pusat-pusat hiburan di sekitar Alor Setar, Sg Petani dan beberapa bandar di Kedah ketika ini boleh dianggap sebagai sesuatu yang mengejutkan bagi sesebuah kerajaan yang melaungkan slogan suci seperti ini.

Persoalannya, kenapa pentadbiran PAS hanya mengakui wujudnya pusat-pusat hiburan yang disyaki menawarkan khidmat tidak bermoral, setelah ianya didedahkan kepada pengetahuan umum? Apakah PAS akan mendiamkan saja isu ini dari pengetahuan rakyat Kedah yang majoritinya Melayu-Islam, jika tiada pihak yang mendedahkannya?

Walaupun wakil Kerajaan PAS memberi alasan pusat hiburan ini tidak berlesen, ianya tidak sekali-kali melepaskan mereka dari tanggungjawab bagi membanteras kegiatan kotor ini. Kenapa tindakan tidak diambil terhadap pusat-pusat hiburan yang tidak berlesen? Ke mana hilangnya sistem penguatkuasaan Majlis Kerajaan Tempatan di bawah pentadbir PAS hingga sesiapa juga bebas untuk menjalankan aktiviti tidak bermoral secara haram?

Persoalan yang lebih menimbulkan kemusykilan kita ialah, apakah faktor yang menyumbang di sebalik kegagalan pemimpin PAS membendung pertumbuhan pusat-pusat hiburan ini, sehingga mereka dilihat seolah-olah tidak berbuat apa-apa untuk mengekang gejala ini dari berleluasa?

Lebih menarik lagi ialah, apabila rakyat melihat bagaimana gelagat tokoh PAS Kedah tarik brek kecemasan dan "go-stan" keputusan awal mereka yang tidak membenarkan pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadhan, setelah menerima tekanan DAP yang turut disokong oleh PKR. Pernahkah para pemimpin atasan PAS merujuk kepada ahli akar umbinya dalam perkara ini? Saya tidak percaya penyokong PAS yang alim akan menerima penjelasan dan justifikasi pemimpin atasan mereka dalam isu ini.

Adakah kebenaran "flip-flop" ini dikhususkan hanya untuk pelanggan bukan Islam?  Melihat kepada percambahan ketara pusat hiburan yang paling dibenci oleh PAS sewaktu partinya memperjuangkan hukum Islam, ia seolah-olah menggambarkan penduduk bukan Islam telah bertambah berkali ganda sejak Kedah ditadbir di bawah PAS, walaupun ini sebenarnya tidak berlaku.

Adakah pakatan "Three Stooges" DAP-PKR-PAS berpendirian begini kerana mereka memikirkan bahawa budaya melanggan rumah-rumah urut, beli arak, berjudi dan lain-lain kerja tidak bermoral ini memang menjadi budaya penganut bukan Islam? Dan, adakah kegiatan ini dianggap suatu hak keistimewaan yang tidak boleh ditarik balik?

Mungkin juga pemimpin PAS Kedah beranggapan tindakannya menarik balik keputusan menutup pusat hiburan pada bulan Ramadhan ini dianggap konsisten dengan konsep Negara Kebajikan mengikut definisi mereka. Walhal konsep negara berkebajikan ala BN selama ini telah memberi fokus kepada usaha membaiki atau membina rumah baru untuk rakyat miskin, meringankan kos sara hidup nelayan, memberi elaun bulanan kepada penjaga OKU atau pesakit terlantar, membina dan membaikpulih masjid dan surau, membantu mangsa banjir dengan memindahkan mereka ke pusat pindahan dan memastikan keperluan mereka cukup, dan banyak lagi. Itupun belum diambilkira, antara lain subsidi berjumlah berbilion ringgit yang telah diberikan untuk faedah rakyat sejak berpuluh tahun lamanya.

Pemimpin PAS tidak sedar konsep negara berkebajikan yang dijanjikannya sudah lebih 50 tahun ketinggalan dibelakang BN. Apabila semua keperluan dan kebajikan untuk faedah rakyat sudah berjaya diangkat dan dimartabat oleh BN, PAS baru terkial-kial mahu mengorak langkah. PAS baru tersedar dari lamunan perjuangan Islam retoriknya dan mengakui realiti bahawa berkhidmat dan melakukan kebajikan secara konsisten dalam memastikan kehidupan rakyat terbela adalah perkara paling pokok dan pra-syarat untuk rakyat menerima perjuangan sesebuah parti. BN telah melakukannya dengan berkesan tanpa perlu pun menjenamakan perjuangan sucinya dengan retorik Negara Kebajikan!

Tindakan flip flop PAS membatalkan keputusan asal ini pada hakikatnya telah mewujudkan persepsi umum, seolah-olah rakyat bukan Islam memang cenderung melakukan aktiviti tidak bermoral.

Saya tertarik dengan aduan yang telah dibuat oleh Profesor Dr Clara Chee. Wakil pertubuhan bukan kerajaan wanita ini bimbang dan telah membuat aduan mengenai kehadiran rumah-rumah urut yang disyaki menawarkan khidmat seks yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan di sekitar negeri Selangor. Aduan beliau ini jelas membuktikan apa yang kami di BN perakui bahawa masyarakat bukan Islam juga sebenarnya menolak keras kegiatan tidak bermoral ini. Mereka juga tidak rela melihat pusat-pusat hiburan ini turut dilanggani oleh suami-suami atau anak-anak mereka, termasuk pelajar-pelajar IPT dan remaja belasan tahun.

Berdasarkan aduan ini, jelas kepada kita bahawa, rakyat dari pelbagai agama menolak alasan kerajaan negeri PAS, yang memberi jaminan bahawa kewujudan pusat-pusat hiburan ini adalah semata-mata untuk memenuhi permintaan masyarakat bukan Islam.

Pendirian mereka itu sebenarnya telah menghina kebijaksanaan (insulting the intelligence) rakyat. Kita juga ingin bertanya kepada pemimpin PAS yang telah acap kali tunduk dengan kemahuan DAP,  bagaimana mereka mahu memastikan pusat-pusat hiburan itu tidak turut dilanggani oleh umat Islam, termasuk di bulan puasa al-Mubarak?

Rakyat Kedah juga mahu bertanya kepada pemimpin PAS, apakah kerajaan PAS hari ini sebenarnya takutkan tekanan DAP atau lebih takut dengan ugutan pengusaha-pengusaha pusat hiburan yang berselindung di belakang DAP? Atau apakah pemimpin PAS lebih bimbang dengan risiko kehilangan sokongan undi masyarakat cina sehingga terpaksa mengkompromi hukum Allah SWT dengan menutup sebelah mata terhadap segala kegiatan tidak bermoral yang sememangnya ditolak oleh semua agama ini?

Apapun, pengakuan berani ini memang kita dialu-alukan. Tahniah kerana hasil transformasi negeri berkebajikan di Kedah (Selangor dan Pulau Pinang), kini telah menyaksikan peningkatan pusat-pusat hiburan dan rumah urut. Ibarat kata pepatah, "lain yang ditanam, lain pula yang tumbuh". Mungkin PAS juga prihatin dalam menjaga kebajikan mereka-mereka yang dahagakan aktiviti tidak bermoral ini.

Mampukah pemimpin PAS memberi alasan atau jawaban dalam perbicaraan di akhirat kelak dengan menggunapakai alasan dan jawaban yang diberi sebagai halwa telinga semasa di dunia ini?

Wallahualam.

YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR
TIMBALAN PENGERUSI
BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI KEDAH DARUL AMAN

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

ini yg pelik ny,satu mlaysia ada msaalah ni tp dia dok crita tang kdah je.sprti wktu PAS mentadbir Trnganu dlu,Rosol Wahid dok tnjuk dlm tv tin arak brtaburan di tmn prmainan knon ny krjaan PAS tk peka masaalah tu.yg kita nk tny ,brani ke tegur krajaan pusat dlm hal tu.sbab msaalah ny dtg dr pusat.bla krjaan Klntan nk haram kn arak,MCA anjur kn pesta minum arak.Krjaan Klntan nk haram kn judi ada le pulak yg nk saman krajaan ngri.sape di blkng mrka ni

Tanpa Nama berkata...

Takdak apa yang peliknya. Dah memang nak tutup hiburan secara total itu mustahil, dan dah dijelaskan sejak puluhan tahun oleh Umno bahawa ianya disebablan masyarakat Majmuk. Tapi PAS kata bagi dia memerintah,dia akan laksanakan semuanya. Umno tak layak memerintah kerana dok bagi alasan. Dengan itu, apabila rakyat Kedah melantik PAs jadi pemerintah, hari ini rakyat nak tengok la apa Pas nak buat. Rupanya, bukan setakat tak buat lebih baik, malah di Kedah, negeri yang majoriti besar umat Islam pun Pas lebih banyakkan hiburan berbanding dengan BN. Itu belum kira Selangor dimana Hasaan Ali terpaksa melutut depan DAP dan mnyerahkan kembali arak yang dirampas.

Ini bukan soal siapa boleh atau tidak, tapi soal siapa munafik, bercakap lain dibuat lain.

ManSungaiLimau

Tanpa Nama berkata...

nak tubuh negara Islam cuma tipu sahaja.Yang masaalah ini pun tak boleh selesai.PAS tipu dari dulu kini dan selamanya.

paktam@ berkata...

>dulu hampa jugak kata...hampa nak perintah cara islam...nak laksanakan hudud la.dan mcm2 lg!!!

>bila rakyat bg peluang hampa perintah...hampa buat sajalah...jgn dok salahkan org lain lg...

>bila hampa xboleh buat atau kena masuk gear gostan...jgn la dok salah kan org lain lak

>la ni baru rasa kot..mcm jadi pemerintah..dulu hampa dok bangkang jer!!!

Kamal Sanusi berkata...

Kalau ada permintaan maka akan ada penawaran. Itu formula ekonomi. Sayangnya yg byk buat permintaan tu datangnya dari kalangan org melayu Islam jugak tak kira apa fahaman poliTAIK skali pun. Sebab itu jugaklah Pekan Dannok semakin maju kerana yg menjana transPORNOmasi ekonomi mereka adalah org melayu Islam jugak.

PAS salahkan UMNO dan UMNO salahkan PAS. Hakikatnya bangsa melayu Islam jugak yg dok berentap sesama sendiri, bangsa lain dok tepuk tangan.

Cina gejut skit, dah dapat biasiswa.
India kezut ajer, dapat jawatan menteri penuh.
Melayu gempaq sakan pun, tarak apa yg dapat. Kena blacklist lagi ader.

Melaka lanjutkan tempoh operasi pusat mcm tu, tiada siapa yg hingaq sbb diam tanda setuju. Klu hingaq pun tak dapat publisiti.

Di Melaka, jururawat tak dibenarkan pakai tudung pun tarak sapa hingaq sbb diam tanda setuju. Klu hingaq pun depa nnt kata itu peraturan kerja swasta, kami tiada hak.

Kedah nak laksanakan akta hiburan di bulan puasa tiada mendapat sokongan dari bangsa melayu sendiri yg diam saja bila rakan bangsa lain dok taji.

Hakikatnya, yang dok rugi adalah bangsa melayu Islam itu sendiri tapi masih tak sedaq lagi.

Hahahahahaha..............

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates