Khamis, 25 Ogos 2011

INILAH YANG DAP IMPIKAN

Kedah Times petik dari Empayar Pemuda yang memetik dari Malaysian Insider tulisan dibawah. Anak orang kaya yang telah memperolehi segala kemudahan semasa di alam persekolahan dan berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran telah dengan segala keegoaan menyaman sesiapa saja yang pada pendapatnya menghalang beliau dari mencapai cita-citanya. Keluarganya kaya kerana peluang diber kepada mereka secara bebas untuk berniaga dan sebagainya. Akibatnya mereka merasakan yang semua di Malaysia ini adalah milik mereka.

Kita tidak hairan jika orang sebegini apabila diberi peluang dengan duit biasiswa dan apabila pulang kelak bakal menjadi tukang melalak DAP dan PKR.

Ingatlah orang Melayu dan Bumiputera, kita sekarang sedang diserang dengan hebat oleh bangsa chauvinist DAP ini. Apa yang termaktub dalam perlembagaan cuba dirampas oleh mereka. Diberi betis hendakkan Peha. Itulah DAP.


Seorang pelajar yang gagal mendapat Biasiswa Khazanah-Cambridge menfailkan saman terhadap Khazanah Nasional Berhad dan tiga lagi. 


Chan Xian Yao, 19, memfailkan saman itu melalui firma guaman bapanya Chan Chow Wang di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur hari ini. 


Menurut laporan Bernama Online, dia menamakan Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar, pengarahnya Azman Mohd Hussein, Khazanah dan Yayasan Khazanah sebagai defendan. 


Dalam saman itu Chan memohon perisytiharan bahawa pemberian Biasiswa Khazanah-Cambridge kepada tiga penerima adalah tidak sah. 


Dia juga memohon pampasan dan ganti rugi kerana mengalami perasan malu dan tekanan akibat gagal mendapat biasiswa itu. 


Chan, yang ditawarkan tempat di Universiti Cambridge selama empat tahun bagi mengikuti kursus kejuruteraan kimia bermula Oktober tahun ini, mendakwa defendan tidak menjalankan proses pemilihan yang baik atau adil semasa peringkat pemilihan. 


Pelajar itu berkata Yayasan Khazanah telah menghantar satu e-mel kepadanya menyatakan dia tidak berjaya dalam permohonannya tanpa sebarang alasan. 


Katanya, defendan dalam kenyataan akhbar bertarikh 11 Jun lepas telah menyatakan hanya tiga pemohon telah diberi biasiswa itu tanpa memberi maklumat pemohon itu seperti nama, kursus atau keputusan akademik mereka. Malaysia Insider

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

> CEH...ANAK LAWYER PUN MAU MINTA BIASISWA
>AKU INGAT ANAK PETANI MANA!!!

Catat Ulasan

DISCLAIMER

Assalamualaikum.

Segala Komen atau kritikan adalah atas tanggungjawab pemberi komen sendiri.

Buat masa kini komen boleh diberikan atas nama Anon, tetapi pihak Kedah Times masih terpaksa menapis komen-komen yang tidak bertanggungjawab.

Harap maklum.

Sekian, terima kasih.

 

Dari Mana Mereka

Pelawat sejak 18-04-2010

free counters

Arkib

Pengikut 2

Pengikut

© 2010 Laman Kedah Times Copyright by Kedah Times | Courtesy of Three Column Templates